Kembara.. Marvelous!!

Kembara Kepimpinan Pelajar IPT 2009 di Unimas, Sarawak

Bismillah.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita bersama anda pengetahuan dan pengalaman baru saya di bumi kenyalang iaitu Sarawak. Mungkin tidak semua dapat saya ceritakan. Namun, sedikit sebanyak suka dan duka selama hampir 2 minggu disana dapat saya coretkan dalam tulisan kali ini. Tidak pasti sebenarnya saya nak mulakan daripada mana. Terlalu banyak keajaiban dan kenangan terindah telah tercipta.

Pengetahuan, pengalaman dan perjalanan bermula

Perasaan ketika memulakan langkah ke LCCT agak mengelirukan. Baru sahaja seminggu mengikuti lawatan ilmiah bersama MPP di Beijing, esoknya memulakan kembara ke Sarawak. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 45 minit ditemani saudari Munirah dan saudari Farhana. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut baik oleh 2 orang pelajar UNIMAS. Merekalah antara orang pertama yang saya kenali di Sarawak iaitu saudara Nasir dan saudari ‘Friend’.

Pandangan pertama di Sarawak Club

Ketika tiba sahaja di Sarawak Club untuk mengikuti ‘Welcome Dinner’, kami dihidangi makanan orang Cina dan beberapa makanana ala-ala Sarawak. Rakan baru dari UTP, UM dan UDM masing kelu memulakan perkenalan. Biasalah, hari pertama. Seperti biasa, persembahan kebudayaan dan kesenian yang wujud di Sarawak ditampilkan oleh sebahagian pelajar UNIMAS. Agak berbeza dengan persembahan-persembahan yang pernah disaksikan di Semenanjung sebelum ini. Memang rasa pelik.

Puncak Borneo didaki

Berjalan kaki selama 6 jam memang memenatkan. Puncak Borneo didaki. Tumbuhan hijau mewarnai lerengan bukit. Sangat mengasyikan. Apa yang dapat saya rasakan ketika itu adalah bila nak sampai ke hujung jalan. Terima kasih kepada Redzlan, pelajar UMK yang mempunyai pemikiran yang sangat positif. Hanya zikir ‘ dekat lagi nak sampai’ dekat ditelinga membantu saya sentiasa bersabar dan tekad berjalan ke garisan penamat. Memang letih, Allah SWT sahaja yang tahu. Bayangkan, tidak bercakap saya buat seketika semata-mata ‘mencari titik fokus’ dalam berjalan.

Akhirnya, sampai juga. Memang puas berjalan. Cuma, macam mana si ‘Ashik’ boleh tahan sebuah kereta ke garisan tamat, tidak adil.

Saudari Siti Mariani Hamlin atau Ninie

Si kembar yang riang

Kebetulan yang indah sepanjang 24 tahun bernafas. Tak sangka, Maha Besar kuasa Allah SWT mencipta makhluk-Nya ‘litaa’rafu’ (berkenalan). Permulaan mendaki puncak Borneo meninggalkan sejarah baru dalam hidup saya, mungkin boleh kata ‘kami’. Siti Mariani Hamlin atau Ninie, koordinator sebaya saya. Mempunyai tarikh lahir yang sama. Sangat menakjubkan! Lebih ajaib, Ninie yang sentiasa riang dan ‘macam’ tiada masalah.

Ini persamaan kami, Ninie 850721-13-6030 dan saya 850721-08-6029. Kebetulan-kebetulan!

Nampaknya sambutan hari lahir selepas ini bakal disambut lebih meriah dan perlu sediakan 2 hadiah untuk 1 tarikh lahir. Suka-suka.

Kezahiran yang sepatutnya dizahirkan

Ini isi hati saya. Tahniah dan teruskan menzahirkan sesuatu ketentuan supaya ‘adik-adik’ tidak leka. Saya bangga! Urusetia yang tidak lekang mengingatkan keseluruhan peserta supaya ‘beringat’ dan kepada yang Muslim harus menjaga solatnya. Saya percaya, tercabar dan mungkin terkeliru kita soal solat kita selama 12 hari mengembara. Nasihat saya, banyak membaca dan bertanya serta jangan keliru dan malu dengan agama Islam ini. Duduk dan belajarlah walaupun satu!

1 Malaysia dan salam segala salam

Saya bertanya pada diri, kalau sapaan ‘Assalamua’alaikum’ jawabnya ‘Waa’alaikumussalam’. Bagaimana salam selain daripada ini harus dijawab dan apa jawapannya? Ketawa mereka apabila saya bertanya. Begitulah suasana yang sangat berbeza disana. Bermula daripada batang tubuh manusianya sehingga kata-kata mereka. Pengalaman baru juga.

Kritikan dalam nasihat untuk anak muda

Saya berpeluang berkongsi pendapat yang tak seberapa bersama mereka ketika asyik membentangkan hujahan mengenai beruang, pemimpin, berbincang dan sebagainya. Sangat seronok sangat memerhati mereka. Teringat zaman darah ‘manis’ dahulu. Maksud saya, darah anak muda berbicara. Saya bangga dikalangan mereka bijak dan sangat relevan dalam berhujah, lagi-lagi hujahan melalui fakta. Sedih juga kerana disebabkan darah muda dan terlalu lantang menegakkan kesalahan, kita kelihatan seperti ‘tidak membaca buku’.

Pemimpin mesti tajam dalam membaca isu dan sentiasa berlapang dada. Sasaran harus tepat dan sabar dalam melepaskan panahan seperti aktiviti kembara UNIMAS di Kolej TAZ. Anda memahaminya!

Muka ganas, air mata tetap mengalir

Seperti biasa. Siapa suka dengan perpisahan. Itulah kehidupan. Tiada yang kekal. Walaupun 12 hari itu terasa seperti 12 bulan diawal kehadiran, akhirnya kunjung tiba dalam sekelip mata. Inilah persahabatan. Cuma apa yang saya dambakan hanyalah kita juga akan menangis bangga di alam yang kekal sana. Ingatlah, kawan-kawan yang baik adalah kawan-kawan yang tidak sanggup melihat kita silap dan terus melakukan kesilapan. Itu kawan bernama sahabat.

Bergambar kenangan bersama saudara Kudin

Sahabat sefikrah dan gelaran Abang Long

Saudara Kudin, nama yang saya akan ingat dan rindu. Insan yang sentiasa bercerita dan berkongsi soal agama dan kebimbangannya. Saya harus bangga dengan anak muda kelahiran Baling ini. Kudin merupakan pelajar di UKM. Begitu juga sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Seperti saudara Bismi, saudara Sudin dan yang lain-lain. Tiap kali ada ruang kosong bijak sahaja mereka ini mengisi pengisian rohaniah secara bersama. Terkadang berkongsi pandangan. Saudara Kudinlah orang pertama memberi gelarab Abang Long dan tidak sangka diketahui ramai. Rasa berumur pula. Apa-apa pun, terima kasih.

Tidak lupa juga bakat dalam lakonan. Memang hebat!

Akhiri kalam dengan serangkap pantun, dua pun boleh!

‘Waktu pagi matahari kembali cerah, awan pula mula tersenyum berseri, mohon ampun silap dan salah, terima kasih kalamku akhiri’. Moga bertemu lagi. Sesungguhnya kembara meninggalkan coretan kenangan baru dalam diari sang pengembara ini. Maaf salah dan keterlanjuran sifat dan perwatakan dalam kembara 12 hari ini. Sama-sama kita beristiqhfar dan berubah ke arah yang lebih baik.

Kembara.. Marvelous!!