Sang Pelukis

LUKISAN.

1- Mula-mula aku kenal istilah ‘lukisan kehidupan’ di zaman universiti. Kosa kata yang sangat mengagumkan. Sangat ringkas dan mendalam.

2- Sudah semestinya lukisan nampak cantik dengan pemilihan warna. Terpulang apa lukisannya dan cita rasa si pelukis. Kadang-kadang sukar memilihnya. Perlu sedikit panduan.

3- Aku memilih warna-warna itu dengan panduan kata Tuhan dan kata manusia yang berpengalaman dan aku percayai. Warna pilihan aku untuk lukisan itu maroon, biru, hijau dan akhir-akhir ini kuning.

4- Kata putus ditangan si pelukis atau pewarna. Aku menginsafi warna yang aku tinggalkan dan menghargai warna yang aku kekalkan. Aku ulangi, sukar memilih warna-warna itu.

5- Cuma, disana harus diingat bahawa walaupun ada warna yang ditolak bukanlah bermakna ia tidak cantik dan sempurna. Ia mungkin sesuai dengan lukisan dan si pelukis yang lain. Akhirnya, aku harus memastikan lukisan ini sentiasa nampak segar dan membantu aku untuk terus tersenyum.

Bukan senang untuk menjadi seorang pelukis. Lagi-lagi pelukis kehidupannya. Namun, pelukis menghargai semua warna.

Terus melukis!

Urus Duit

Budaya kerjaya terutama tentang pengurusan kewangan.

Duit. Oh… Duit.

Masuk banyak, keluar pun meleleh. Itulah aliran duit untuk beberapa bulan yang lepas. Dah lama tak ‘update’ masuk dan keluar duit daripada ATM.

Pengurusan kewangan ini memanglah penting untuk semua orang. Tak kira yang bergaji besar atau kecil.

Soalnya, urus duit.

Kebetulan, kelas sekarang sedang diskusi tentang pengurusan duit. Panggil duitlah, lebih dekat dan nyata daripada wang.

Apa yang dibuat dengan duit yang keluar meleleh itu?

Joli ke? Makan-makan ke? Beli barangan tak perlu ke? Apa ke? Mana duit ini disalurkan.

Dah berapa banyak perancangan dan buku-buku urus duit ditelaah untuk semata-mata nak lihat duit ini duduk diam-diam di dalam jagaan pegawai bank.

Tentang bank laburkan duit itu, kerja bank-lah. Harap-harap pelaburan yang halal nanti.

Ok, fokus tentang urus duit tadi.

Urus duit. Duit untuk mak ayah, untuk belanja harian dan simpanan masa depan. Masa depan untuk kahwin, untuk tempat berteduh dan tentunya untuk pengangkutan. Sama ada kereta atau pun motor.

Itu belum lagi untuk amal jariah, untuk Islam. Infaq demi perjuangan.

Semua tentang urus duit ini kena detail.

Detail untuk ditulis sebagai catatan. Catat untuk tahu apa dan ke mana duit itu dilaburkan.

Tak untung pun taka pa, tapi biarlah berbentuk pelaburan dan mendapat manfaat daripadanya.

Contoh, orang yang sedekah duit, Allah SWT akan membalas amalan baik tadi.

Kenalah banyak sedekah, banyak menyumbang. Betul tak?

Teringat cerita sahabat Nabi SAW yang kuat dan bijak ‘cari duit’. Saidina Abd Rahman ‘Aus, hartawan, orang kaya Makkah dan Madinah.

Beliau mencari pasar untuk ‘bina duit’.

Hebatkan? Tapi, pastinya dengan urus duit. Pengurusan tadi!

Bukan tiba-tiba ‘kaya dengan duit’ yang banyak.

Labur duit dengan membeli emas pun bagus juga. Pelaburan berzaman yang menguntungkan. Ramai dah kawan-kawan yang beli emas dan mengajak untuk sama-sama beli emas.

Nak emas nanti.

Seorang kawan di UM berjaya mengadakan walimah al-urus dia dengan hasil pelaburan di dalam emas ini.

Sangat memberansangkan, bukan?

Tapi dia dah lama melabur. Kalau sekarang melabur, mungkin awal tahun 2014 boleh fikir-fikir tentang bait al-muslim. Jom urus duit!?

Potential dot dot

2.42 pagi, 30/9/2011 – Post ini ditulis.

Kebanjiran manusia bernama siswa-siswi di kampus semakin meningkat. Terutamanya jantina bernama siswi; wanita. Nisbahnya kadang-kadang menyebabkan siswa menjadi “malu-malu kucing”. Bayangkanlah di dalam satu kuliah sahaja, boleh bilang dengan jari-jemari “Hang Tuah” dan adik-beradiknya; siswa. Sungguh ramai bilangan siswi ini. Apa yang penulis nak sembang dalam tulisan kali ini ialah berkaitan pasangan yang berpotensi. Penulis cuba untuk objektifkan makna potensi ini.

Di antara kebimbangan melangkah alam rumahtangga, ada di dalam ungkapan “indah khabar daripada rupa”. Saat di kampus dulu – selama 4 tahun – segalanya indah. Kadang-kadang pasangan itulah yang paling “hebat” dalam erti kata urus diri, pengajian dan sebagainya; seperti sempurna atau beres segalanya. Ada juga salah diri sendiri yang terpengaruh (mungkin juga dipengaruhi) dengan jalan-jalan cerita Islami dikaca sinetron; TV, yang nampak mudah untuk bahagia dan menyenangkan.

Niat penulis bukanlah nak menunding jari kepada pembaca semua; baik siswa, siswi atau pengisian jalan-jalan cerita Islami tadi, tetapi cuba untuk mengemukakan idea memilih atau mencari pasangan yang mempunyai POTENSI. Yes, berpotensi. Begini, memilih atau mencari pasangan hidup ini bukanlah perkara yang “petik jari” atau “kacang je”. Ia suatu perkara yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kerja kita mencari dengan saluran yang betul. Orang tengah sangatlah disarankan dalam urusan ini.

Andai kata sudah pun dikenalkan dengan “tulang rusuk” pembaca dan kebetulan ada beberapa “tulang rusuk” dijumpai; dengan kaedah orang tengah tadi, ambillah kira soal potensi ini. Maksud penulis ialah pasangan yang mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik; ada usaha untuk memperbaiki diri walaupun mempunyai kekurangan (yang amat sangat), “ketidakreti” dengan izin dan sebagainya. Contoh, pasangan pembaca memang masak tak sedap tetapi rajin (sangat-sangat) memasak; macam kerjaya. Pilihlah dia.

Penulis sengaja menulis hal ini; pasangan yang berpotensi. Mereka ini mempunyai daya usaha untuk sentiasa memperbaiki diri. Yes, sentiasa. Kadang-kadang manusia ini memang suka perkara yang cantik dan sempurna. Lupa soal potensi tadi. Apa salahnya beri mereka peluang untuk membuktikan potensi diri. Sekurang-kurangnya (selepas berkahwin nanti) kita juga berusaha untuk membantu mereka. Pembaca bayangkanlah, mereka yang sempurna dengan jalan senang, dikenali dan dikahwini akan mudah bosan dengan perkara yang dianggap mereka dah lali melakukannya. Terasa sempurna. Baik terasa belum sempurna. Ada juga potensi untuk jadi sempurna kelak.

Berusahalah mencari pasangan yang berpotensi. Penulis pun begitu.