Terang & Serang – Presiden PAS

Nota ucaptama Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang di KAP 2012, Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam.

Menerang & menyerang. Baharulah mudah untuk kita faham isu-isu pendidikan di negara kita, Malaysia. Muqadimah TGHH di dalam ucaptamanya.

TGHH menyentuh soal pendidikan Malaysia dari perspektif holistik dengan memberi idea-idea umum. Pendidikan ini melahirkan manusia yang boleh diasuh. Asuhan itu berkaitan hal fitrah, naluri & wazifah (tanggungjawab).

Islam menekankan pembangunan insan terlebih dahulu. Inilah yang dimaksudkan holistik pada permulaanya. Contohnya sirah Nabi Ibrahim as meninggalkan anaknya, Nabi Ismail as di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.

Dengan sikap Nabi Ismail as & isteri Nabi Ibrahim as berlapang dada menerima suruhan Allah swt yang jika diikuti akal sememangnya tidak masuk akal – meninggalkan & menyembelih anak (Nabi Ismail as).

Pendidikan secara holistik ini dikaitkan pula dengan tugas manusia iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt, memakmurkan bumi sebagai khalifah & menunaikan amanah yang diberi dengan sikap adil & baik.

Untuk lebih terperinci, kita lihat peranan seorang Ayah ke atas anaknya. Islam mengajar si Ayah memilih nama-nama yang baik untuk anak, berusaha memberi mereka ilmu pengetahuan – fardu ain & fardu kifayah – & membantu mereka menyelesaikan hal rumahtangga atau perkahwinan.

Begitu juga pendidikan atau tarbiyah di dalam Islam ini bermula seawal menjaga anak di dalam kandungan sehinggalah ke liang lahad. Inilah yang dimahukan oleh Islam di dalam mendidik penganutnya.