Pasar Buku

Suasana di pasar malam sudah menjadi sebati. Hampir 20 tahun membantu keluarga berniaga di pasar-pasar malam sekitar daerah Batang Padang, Perak & Hulu Selangor, Selangor. Pengalaman yang bermakna lagi berbeza.

Sehinggakan semasa berpeluang ke Syiria pada tahun 2008, saya masih mencari di mana pasar malam Syiria untuk dikunjungi. Sungguh dekat dihati saya pasar malam ini.

Ayah kata, hampir semua
benda sudah ada di pasar malam. Bahkan harganya lebih murah berbanding harga di pasaraya. Kadang-kadang, barangan yang dijual pun hampir sama & boleh beli borong.

Apa yang tidak ada, jualan kering seperti kasut, selipar, baju & seluar, dompet, tali pinggang, tudung, aksesori wanita & macam-macam lagi. Jualan basah tentunya lebih popular. Nasi lemak kukus ayam berempah, murtabak, nasi kerabu, laksa, apam balik, nasi ayam, kuih-muih, air balang yang pelbagai perisa; soya, limau, tebu, satay orang minang, lemang & rendang yang kebiasaanya di hari raya pun ada.

Pasti ‘beli borong’ sesekali ke pasar malam.

Sepanjang pengalaman ini & peluang melanjutkan pengajian di dalam bidang Sarjana Perpustakaan & Sains Maklumat di UIAM, saya mula terfikir bagaimana manfaat daripada nikmat berada di pasar malam & gedung ilmu ini dapat digabungkan.

Menyelusuri serba sedikit sejarah & sirah perkembangan ilmu & buku di dalam Islam, Baghdad di Iraq antara kisah agong umat Islam & manusia sejagat. Bagaimana ilmu ditulis di dalam buku-buku untuk tatapan generasi akan datang diusahakan. Walaupun ia musnah dek kerana perang, usaha sebegitu harus diteruskan. Lagi-lagi, di dunia yang kini tanpa sempadan.

Perpustakaan di Malaysia tentunya tidak lena dalam usaha memberi ruang untuk rakyat celik ilmu dengan membaca. Begitu juga, usaha-usaha penganjuran pesta buku secara bulanan & tahunan. Pesta-pesta konvokesyen universiti pun ada walaupun sedikit mengecewakan. Bahkan, ‘electronic books’ diinovasikan untuk ‘mempengaruhi’ rakyat untuk terus membaca.

Oleh itu, suasana di pasar malam juga haruslah dipandang penting di mana usaha seperti mewujudkan Pasar Buku di celah pasar-pasar malam. Contoh, di sekitar Tanjung Malim adanya siswa/si dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) & Politeknik Sultan Azlan Shah, PROTON & Majlid Daerah Tanjung Malim (MDTM). Mungkin ideanya, UPSI & Politeknik sebagai ‘host’ mencari pembekal atau penjualan buku tempatan & bukan tempatan, MDTM menyediakan satu kawasan & PROTON sebagai ‘sponsor’ utama menggerakan budaya beli buku di pasar malam.

Mungkin konsepnya bukanlah seperti pesta buku yang sedikit protokol, cukup sekadar saya katakan ‘Bundle Buku with the Massive Sale’. Ada yang menjual atau mempamerkan buku-buku koleksi peribadi, berbentuk sejarah mahu tulisan sendiri.

Jika usaha sebegini berhasil, saya yakin Bandar Tanjung Malim akan menjadi pelopor Pasar Buku di Perak khusunya, Malaysia umumnya. Tidaklah hanya kuih Pau semata menjadi bualan rakyat tentang Tanjung Malim ini.

Sesungguhnya, keruntuhan & kemusnahan buku-buku di Baghdah, Iraq mengalir kehitaman dakwatnya hingga ke sungai-sungai Tanjung Malim. Dengan itu, terbangunnya pasar-pasar buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s