Raikan Cinta Nabi SAW di MSSAS

Nabi Muhammad SAW dilahirkan dengan berlakunya pernikahan ibubapanya. Dilahir dari kalangan para nabi & rasul. Maha suci Allah SWT, semua kata-kata & perbuatannya dicatat oleh manusia. Tambahan, namanya digabungkan dengan Penciptanya, Allah SWT seperti di dalam ucapan syahadah.

Sungguh agong manusia bernama Muhammad bin Abdullah ini, sollallahu ‘alaihi wassalam.

Bagaimana ada manusia biasa sangg
up & merasa layak menghinanya? Astaqhfirullah al-‘azim.

Ibrahim AS terkenal dengan Khalilullah. Musa AS, Kalimullah. Isa AS, Ruhullah. Akan tetapi, seorang manusia yang berjuang dari Mekah ke Madinah, dihina & disakiti, penyelamat umat & sebagainya, meminta kepada Allah SWT hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Yatiman wa Faqiran (Muhammad yang yatim & piatu).

Allahukabar.

Lantas, Allah SWT menggelarnya, Habibullah. Kekasih Allah SWT.

Tarbiyah Rasulullah SAW sangat hebat. Bijak mengenali potensi para sahabatnya. Sekurang-kurangnya, 8 jenis manusia digilap membahu Islam sehingga tersebar keseluruh dunia.

Dikalangan mereka, pemimpin yang amanah & bijak, ulama yang mendalami ilmu, amlin (petugas) yang sentiasa berpeluh menjadi benteng Islam, darah syuhada yang berperang, ahli sufah (orang soleh yang berdoa), da’i yang hebat, orang kaya yang dermawan & rahim wanita yang solehah (melahir & mendidik anak-anak).

Contohnya, ibu-ibu hendaklah menasyidkan ditelinga anak-anak dengan lagu perjuangan supaya mereka biasa dalam soal perjuangan ini. Apatah lagi, mengekalkan ‘tag name’ di dada-dada mereka, waqaf diri untuk Islam.

Asas pegangan mereka untuk terus istiqamah di dalam perjuangan Islam antaranya, demi Allah SWT, demi Rasulullah SAW & demi Islam yang mulia.

Citra Islam sungguh mulia. Tinggal lagi pakej taqwa, sabar, tidak mudah terpengaruh dengan gimik musuh & ilmu hendaklah sentiasa ditingkatkan.

Setiap kita menjaga ‘tiang gol’ Islam & kitalah ‘goal keeper’. Pastikan musuh tidak mudah lolos.

Ingatlah, tiada alasan untuk kita menyatakan tidak mahu membantu Islam. Sudah lama kita dilantik sebagai ‘goal keeper’, muhasabah diri, dimana pula ‘tiang gol’ kita.

Advertisements

Cinta Hingga Ke Syurga

Datang seorang Arab dalam keadaan tergesa-gesa sambil melangkah-langkah daripada saf belakang ke hadapan. Beliau ingin bertemu Rasulullah SAW yang sedang memberi ‘kuliah/tazkirah’ dengan 1 pertanyaan.

Beliau bertanya, “bilakah berlakunya qiamat?”

Lalu baginda SAW melihat beliau & menyebabkan beliau serba salah disebabkan tindakan tergesa-gesa itu. Beliau kemudiannya kembali duduk di saf belakang
.

Selesai ‘kuliah/tazkirah’, baginda SAW mencari beliau dengan bertanya, “dimanakah yang bertanya tadi?”

Baginda SAW bertanya, “apakah persediaan kamu bila berlakunya qiamat ini?”

Beliau pun menjawab, “tiada apa sangat persediaan untuk ke sana melainkan aku sangat mencintai kami, Ya Rasulullah..”.

Baginda SAW pun bersabda, “di sana (qiamat) nanti, manusia akan bersama dengan apa yang mereka cintai. Jika benarlah kamu mencintai aku, maka kamu akan bersama aku (masuk syurga)..”.

Sollu ‘ala nabi SAW.

Pasar Buku

Suasana di pasar malam sudah menjadi sebati. Hampir 20 tahun membantu keluarga berniaga di pasar-pasar malam sekitar daerah Batang Padang, Perak & Hulu Selangor, Selangor. Pengalaman yang bermakna lagi berbeza.

Sehinggakan semasa berpeluang ke Syiria pada tahun 2008, saya masih mencari di mana pasar malam Syiria untuk dikunjungi. Sungguh dekat dihati saya pasar malam ini.

Ayah kata, hampir semua
benda sudah ada di pasar malam. Bahkan harganya lebih murah berbanding harga di pasaraya. Kadang-kadang, barangan yang dijual pun hampir sama & boleh beli borong.

Apa yang tidak ada, jualan kering seperti kasut, selipar, baju & seluar, dompet, tali pinggang, tudung, aksesori wanita & macam-macam lagi. Jualan basah tentunya lebih popular. Nasi lemak kukus ayam berempah, murtabak, nasi kerabu, laksa, apam balik, nasi ayam, kuih-muih, air balang yang pelbagai perisa; soya, limau, tebu, satay orang minang, lemang & rendang yang kebiasaanya di hari raya pun ada.

Pasti ‘beli borong’ sesekali ke pasar malam.

Sepanjang pengalaman ini & peluang melanjutkan pengajian di dalam bidang Sarjana Perpustakaan & Sains Maklumat di UIAM, saya mula terfikir bagaimana manfaat daripada nikmat berada di pasar malam & gedung ilmu ini dapat digabungkan.

Menyelusuri serba sedikit sejarah & sirah perkembangan ilmu & buku di dalam Islam, Baghdad di Iraq antara kisah agong umat Islam & manusia sejagat. Bagaimana ilmu ditulis di dalam buku-buku untuk tatapan generasi akan datang diusahakan. Walaupun ia musnah dek kerana perang, usaha sebegitu harus diteruskan. Lagi-lagi, di dunia yang kini tanpa sempadan.

Perpustakaan di Malaysia tentunya tidak lena dalam usaha memberi ruang untuk rakyat celik ilmu dengan membaca. Begitu juga, usaha-usaha penganjuran pesta buku secara bulanan & tahunan. Pesta-pesta konvokesyen universiti pun ada walaupun sedikit mengecewakan. Bahkan, ‘electronic books’ diinovasikan untuk ‘mempengaruhi’ rakyat untuk terus membaca.

Oleh itu, suasana di pasar malam juga haruslah dipandang penting di mana usaha seperti mewujudkan Pasar Buku di celah pasar-pasar malam. Contoh, di sekitar Tanjung Malim adanya siswa/si dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) & Politeknik Sultan Azlan Shah, PROTON & Majlid Daerah Tanjung Malim (MDTM). Mungkin ideanya, UPSI & Politeknik sebagai ‘host’ mencari pembekal atau penjualan buku tempatan & bukan tempatan, MDTM menyediakan satu kawasan & PROTON sebagai ‘sponsor’ utama menggerakan budaya beli buku di pasar malam.

Mungkin konsepnya bukanlah seperti pesta buku yang sedikit protokol, cukup sekadar saya katakan ‘Bundle Buku with the Massive Sale’. Ada yang menjual atau mempamerkan buku-buku koleksi peribadi, berbentuk sejarah mahu tulisan sendiri.

Jika usaha sebegini berhasil, saya yakin Bandar Tanjung Malim akan menjadi pelopor Pasar Buku di Perak khusunya, Malaysia umumnya. Tidaklah hanya kuih Pau semata menjadi bualan rakyat tentang Tanjung Malim ini.

Sesungguhnya, keruntuhan & kemusnahan buku-buku di Baghdah, Iraq mengalir kehitaman dakwatnya hingga ke sungai-sungai Tanjung Malim. Dengan itu, terbangunnya pasar-pasar buku.