1948 – Tiada Bahasa Diplomatik!

Nakba 1948

Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel. Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan persekongkolan antara US , British dan Israel.

1- Peristiwa Nakba 1948. Sangat kalimah jihad sahaja yang sesuai diluncurkan kepada Zionis ‘haram jadah’. Aku betul-betul tersentuh dengan penderitaan orang Palestin. Tiada kata-kata, hanya air mata.

2- Tiada lagi harapan kepada pertubuhan ‘kuat beresolusi’ seperti PBB. Nak mengiktiraf Palestin sebagai anggota PBB pun ditangguh sekian lama. Nampak sangat tak ikhlas lagi ‘Pembohong Bangsa-Bangsa Bersatu’.

2- Banyak usaha & iklan disarankan kepada kita seperti di Malaysia ini. Boikot barangan yang ada kaitan dengan Zionis ini. Itu pun kita masih ragu-ragu. Aku faham, setelah lama kita dijajah; bukan hanya pemikiran, makanan segera pun kita dijajah. Bukan senang! Kalau ada 10 jenis perlu diboikot, tak dapat semua, boikot 5 jenis pun dah berbaloi. Selemah iman.

3- Apa kerja kita? Bagi aku sebagai anak muda yang biasa, kena baca & faham kisah Palestin. Kena tengok cerita tentang Palestin. Kena doa untuk mereka. Sekurang-kurangnya, kita faham sebab apa kita kena boikot.

4- Tak pun, aku usaha untuk tidak terlepas dalam setiap doa untuk kebebasan orang Palestin & negara mereka. Bergema & bergerak perlahan nafas aku apabila Ustaz Ridhuan Mohd Noor menyebut di dalam bukunya, Ismail Haniyeh berkata, “akan sama-sama solat di Masjid al-Aqsa…”. Allahuakbar!

5- Aku tinggal tulisan “Hari Nakbah 2012, Lancar Jihad Bebaskan Palestin [http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10319-hari-nakbah-2012-lancar-jihad-bebaskan-palestin]” untuk bacaan semua.

Kami menegaskan tahun 2012 seharusnya diisytiharkan tahun dilancar jihad fisabilillah membebaskan Palestin.

Ketegasan kami beralasan. Setelah sekian lama masalah Palestin menjadi seolah barah yang tidak boleh dirawat, maka tidak ada lagi pendekatan yang boleh dipilih selain dari jihad.

Ketika kami melihat pelbagai kenyataan dan sejumlah resolusi diluncurkan PBB sejak Perjanjian Oslo 1993 dimeterai sehingga sekarang, Israel tidak pernah tunduk kepada sebarang bahasa diplomatik.

Malah yang dilakukan oleh Israel lebih ganas dari sebelumnya. Dari pembesaran kawasan kediaman Yahudi di tanah Palestin yang hanya tinggal 22% dari asal sehingga  melancarkan serangan militeri berterusan ke atas Tebing Barat dan Gaza, membunuh, memusnah dan merampas hak rakyat Palestin. Israel tidak sedikitpun gugur cirinya sebagai negara teroris.

Kami menegaskan Zionisme tidak mengenal erti taat kepada sebarang perjanjian. Sejarah jelas memperlihatkan Yahudi Zionis bukan sahaja melanggar perintah Allah malah sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.

Inilah hakikat yang perlu diterima oleh pejuang pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa bila berdepan dengan Zionis Yahudi.

Sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948, baki kawasan yang tersisa untuk rakyat Palestin hanya tinggal tidak sampai 22% sahaja, itupun kawasan ini terdedah kapada pencerobohan dan bedilan bom dari jet pejuang.

Perjuangan Yasser Arafat untuk menuntut sempadan tanah sebelum 1967 seluas 44% dari kawasan Palestin yang asal tidak kesampaian, kini Mahmud Abbas menagihkan kawasan yang jauh lebih kecil untuk Palestin.

Tuntutan ini juga tidak dilayan malah sehingga bulan September 2011, proposal untuk Palestin diterima sebagai anggota penuh dalam PBB masih tergantung kerana 126 negara yang menyokong, kurang dua lagi undi untuk diluluskan dalam Sidang Umum PBB.

Malah Majlis Keselamatan sendiri tidak dapat menjaminkan kemasukan penuh Palestin sebagai anggota penuh PBB. Sehingga ini sebahagian anggota-anggota yang ada sekarang dalam Majlis Keselamatan ialah Bosnia dan Herzegovina , Inggeris, Perancis, Gabon, German, India, Nigeria dan Portugal yang masih belum menentukan sikap.

Jelas umat Islam tidak dapat berharap kepada PBB. Resolusi 181 yang dikeluarkan pada 29hb September 1947 yang mengisytiharkan kewujudan Israel adalah titik bermulanya musibah yang sambung-menyambung ke atas rakyat Palestin. Tanah Palestin dibahagi dua: untuk Yahudi 53% dan untuk Arab 43%. Pokoknya PBB telah menerima penjajahan.

Kejahatan global yang diterajui oleh Israel dan didukung oleh US tidak dapat dicabar dengan efektif oleh bahasa diplomatik. PBB yang lebih merupakan pertubuhan pengumpul resolusi paling maksima hanya mampu mengeluarkan kecaman, kritikan, dan kata-kata ultimatum yang tidak pernah dihiraukan oleh Israel.

Resolusi 106 dikeluarkan pada 29hb Mac 1955 yang mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Resolusi 111 dikeluarkan kerana mengutuk serangan Israel yang menyerang Syria, Resolusi 162 yang mendesak Israel mematuhi keputusan PBB, Resolusi 237 yang mendesak Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka seperti sebelum 1967 dan banyak lagi.

Kami menyeru agar semua Persidangan Khas yang diadakan saban tahun oleh pelbagai pihak mengenai Palestin dan Al Quds menghantar suatu semboyan jelas iaitu Jihad Membebaskan Palestin dan Al Aqsa.

Peredaran masa 64 tahun sudah terlalu lama. Israel yang merupakan proksi US dalam merekayasa hegemoni kuasa Barat ke atas politik Asia Barat sangat terang dan jelas. Untuk mengharapkan negara-negara Barat mengembalikan hak Palestin adalah suatu kemustahilan. Malah untuk bergantung kepada pemimpin negara umat Islam yang terikat dengan kuasa Barat juga tidak menjanjikan harapan.

Kuasa sebenar berada dalam tangan umat Islam sendiri. Umat Islam yang tersusun dalam pelbagai organisasi massa dan NGO harus menggembleng seluruh tenaga dan sumber untuk melancarkan jihad dalam semua bidang untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al Quds kepada kaum Muslimin.

Jihad ekonomi dengan melancar boikot kepada semua produk dan perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan Israel. Ini termasuk seluruh syarikat yang berpengkalan di Israel.  Tindakan memutuskan sebarang hubungan perdagangan dalam apa bentuk sekalipun hendaklah dilancarkan secara efektif.

Jihad sosial dengan memboikot seluruh acara sosial dan institusi sosial seperti universiti dan sebarang institusi yang yang berkait dengan pembangunan sosial. Ini termasuk dalam acara sukan dan industri hiburan.

Jihad politik iaitu melumpuhkan seluruh perjanjian yang dimeterai oleh negara dengan Israel dalam apa sahaja bidang perhubungan politik dan diplomatik.

Jihad ketenteraan dengan mendesak pemerintah negara-negara umat Islam menghantar tentera Islam ke Palestin untuk merampas kembali bumi Palestin yang ditakluki Yahudi Zionis.

Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel. Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan persekongkolan antara US , British dan Israel.

Untuk semua medan jihad ini kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya seluruh NGO dan gerakan Islam antarabangsa menumpukan seluruh tenaga dan sumber ke arah pembebas Palestin. Kekuataan kepakaran dan jaringan organisasi sosial, ekonomi, politik, gerakan alam sekitar, hak asasi manusia, undang-undang hendaklah dipusatkan sehingga realisasi pembebasan Palestin dapat dicapai.

Sempena peringatan Hari Nakbah 2012 ini kami mengesa bahawa mesej jihad sebagai satu- satunya jawapan kepada penaklukan Israel terhadap Palestin akan tercapai. Sindrom meluncurkan resolusi dan kata- kata tidak lagi boleh diharap lagi untuk membebaskan Palestin melainkan hanya dengan aksi jihad.

Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM

Datin Aminah Zakaria

Yang Dipertua SALIMAH

NIAT – 7 Tahun Dahulu

Niat kerana Allah SWT.

1- Di KUSZA dulu, aku tak sangka dipilih untuk diselia oleh seorang pensyarah yang bukan popular dikalangan pelajar. Maksud aku, pensyarah ini memang hebat & bijak cuma nampak ‘garang’ dalam penilaian. Mana tidak, hari pertama kelas je pensyarah ini dah tunjuk graf pelajar yang lulus & gagal. Memang banyak gagal daripada yang lulus. Sungguh menakutkan!

2- Kuasa Tuhan. Aku & kawan-kawan sekelas lulus. Tiada yang gagal seperti rekod sebelum ini. Jawapan ringkas pensyarah itu,”rezeki kamu belajar dengan saya di bulan ramadhan. Mungkin saya murah hati…”. Aku & yang lain mengiyakan sahaja.

3- Di semester terakhir, pemilihan ‘supervisor’ dibuat oleh pihak kuliah. Kuliah memilih berdasarkan salah satu subjek ‘core’. Takdirnya, entah macam mana aku boleh dapat gred B. Jadi, memang menggelabahlah sebab gred B ke atas akan diletak dibawah seliaan ‘supervisor’ yang tahap sifu termasuk pensyarah tadi. Memang betul, aku diselia oleh pensyarah ‘garang’.

4- Sepanjang di bawah seliaan beliau, tak lah ‘segarang’ yang disangka-sangkakan. Malah, lebih baik & diluar jangkaan. Lagi-lagi fikrah & cara beliau berfikir. Aku suka & boleh jadi geng. Alhamdulillah, projek pun berjalan dengan baik. Banyak teguran, nasihat & tunjuk ajar beliau yang dapat aku manfaatkan.

5- Di saat akhir menyiapkan projek bersama beliau, aku adalah tanya hal masa depan seperti hal akademik ini. Bidang apa yang patut aku buat. Pengajian Islam pun ada, IT pun ada. Dengan ringkas tapi membekas, beliau menasihati aku, “tak kisah mana-mana bidang pun, kalau kamu sambung IT, kamu boleh bawa Islam dalam tu… Sama juga, sambung Pengajian Islam, IT juga membantu Islam & orang Islam…”.

Setelah 7 tahun berlalu, kini aku di bidang IT atau lebih tepat “Library & Information Science”. Semoga sepanjang ini perjalanan pengajian, ada manfaat untuk umat & diri. Pastinya, aku tak akan tinggal pengajian Islam! Pensyarah itu ialah Encik Nazari. Aku doakan beliau sentiasa sihat & terus memberi untuk umat, ameen.

Better MUSLIM. Terus Berjuang!

WABAK – Uzlah

UZLAH – Diizinkan oleh Allah SWT

1- Uzlah atau sikap & perasan mengasingkan diri. Ia merupakan satu wabak atau penyakit yang kebiasaannya menjangkiti individu yang terlibat di dalam kerja amal ma’ruf wa al-mungkar. Alasan ber-uzlah kebiasaanya disebabkan sikap berteori yang hanya semata-mata mahu membina kebaikan melalui individu, bukan secara berkumpulan.

2- Lumrahnya, amalan kebaikan sangat sukar dijangkiti. Berbeza dengan keburukan. Contohnya, jika seorang sahaja di kampong bergelar ‘kaki judi’, nescaya dalam beberapa minggu sahaja, terkumpullah ‘ahli judi’. Kalau ahli surau, dari dulu, kini dan selamanya tidak berubah. Bilangannya tetap minoriti.

3- Suatu hari, Saidina Umar al-Khattab melihat sikap seorang sahabat di dalam masjid yang hanya solat & membaca al-Quran, kemudian menangis. Lalu Saidina Umar al-Khattab memukul belakang (menegur) dengan menyatakan, “Nabi Muhammad SAW tidak mengajar ini sahaja (solat & membaca al-Quran)…”. Jelas uzlah seperti itu tidak diizini kerana tidak peduli tentang hal luar seperti kezaliman pemerintah & gejala maksiat dikalangan rakyat. Lagi menyedihkan, uzlah sampai tak nak buat kerja Islam.

4- Jadi, apakah bentuk uzlah yang dibenarkan oleh Allah SWT? Sebelum itu, uzlah juga boleh dikatakan pengasingan diri untuk bermuhasabah dengan iltizam melakukan perubahan & diterjemah dilapangan. Allah SWT mengizinkan maksud uzlah seperti itu. Contohnya, disebabkan kerja dilapangan gangguan & ujian sangatlah hebat, marilah kita contohi sikap alim ulama’ dengan beruzlah di hari jumaat bermula waktu pagi hingga selesai solat jumaat; penuhi bacaan al-Quran, berzikir, bermuhasabah, solat-solat sunat, mendengar kuliah, membaca kitab & sebagainya. Semua ini untuk MEMBINA KEKUATAN.

5- Selesai ‘sesi uzlah hari jumaat’ itu, bertebaran di dunia yang luas ini. Uzlah seperti inilah menepati syarak; menjaga hubungan dengan Allah SWT & hubungan sesama manusia. Ada juga yang berpandangan bahawa uzlah ini mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Sebabnya diri adalah punca orang lain menjadi lagha & dosa. Ada benarnya.

Pengasingan ini biasanya melibatkan hal tasawuf & tidak salah mempelajari tasawuf. Ingatlah, “mempelajari tasawuf tanpa feqah, zindiq & mempelajari feqah tanpa tasawuf, fasiq…”.

Better MUSLIM. Terus berjuang!

SYIRIA – Tergigit Buah Zaitun

Kami dah bersedia untuk ke bumi Syam.

1- Izzat, Fareed & aku dah ready nak ke sana. Kurus bahasa Arab selama hampir 4 bulan di Damascus University. Di balai berlepas, peluang terakhir menghantar SMS kepada kenalan & keluarga. Paling melucukan, kalau tak tutup handphone dalam kapal terbang, nanti kapal terbang terhempas. Biar betul!

2-Sepanjang separuh hari di dalam kapal terbang Emirate, kami dilayan dengan mesra. Makanan pun boleh tahan, ala-ala Arab food. Siap tergigit buah zaitun. Ingatkan rasa zaitun macam anggur. Tersasar sama sekali. Pahit! Kisah buah zaitun ini, Dr. Zahazan pernah menceritakan tentang buah zaitun ini. Abang senior di Jordan menguji adik-adik junior, “siapa nak tahu tingginya iman sesorang, makan buah ini (zaitun). Kalau manis, itulah tandanya.” Sabar je la.

3- Setiba kami di Dubai, waktu subuh. Aku dah mula keliru. Terutamanya tentang masa. Memang berbeza. Cuaca diwaktu subuh yang sejuk di Malaysia, berbeza di Dubai. Bahang kepanasan terasa. Air di toilet pun panas macam air baharu mendidih. Seksa juga untuk berwuduk. Tiba-tiba Izzat sakit perut, aku senyum je la. Pandai-pandailah nanti.

4- Hampir setengah hari kami di Dubai. Macam-macam ragam. Orang kata Dubai ialah syurga orang Arab. Macam-macam ada! Suasana di airport, sangat meriah. Selamba je tidur di kaki-kaki lima airport,seperti tidur di rumah. Kalau KLIA macam ini, memang dah kena halau.

5- “Bila kita nak praktis cakap Arab ni?”, tegur si Izzat. “Ye la, dari Malaysia ke Dubai, cakap Inggeris je…”, aku menyapa. Sampai di Syiria kot baharu kami mula bercakap bahasa Arab. Itu pun sangat basic. Tak jadi beli bawang untuk memasak di sana sebab tak ingat bawang dalam bahasa Arab. Seminggu pertama di sana, aku dah boleh adapt & berbahasa Arab.

Pesan cikgu di Damascus University, “bahasa (Arab) ini, al-Istiqlaqiyah (kena guna/praktis)”.

SYIRIA – Pesan Ustazah

SYIRIA – Pesan Ustazah

1- Aku masih ingat & mengamalkannya. Segalanya bermula dengan niat. Seawal tahun di tingkatan 4, aku mengalami sedikit kepelikan (perubahan). Terutama di dalam pengajian. Antaranya, subjek Bahasa Arab yang sebelum ini seperti tiada harapan untuk cemerlang, berlaku sebaliknya. Pada awalnya, aku disyaki meniru. Tidak! Aku tak meniru pun.

2- Pesan Ustazah Hafilah, “enta hafal je dulu semua perkataan (Bahasa Arab) & wazan-wazan (Nahn wa al-Sorof) ini, satu hari nanti, enta akan tahu sebab apa. Lagi satu, kalau nak ke Mesir (Universiti al-Azhar as-Syarif), enta niat daripada sekarang…”. Aku menuruti nasihat beliau.

3- Niat ke Mesir ketika usia masih nakal, akhirnya aku berjaya memperolehi peluang ke Mesir itu. Ia tercapai setelah 5 tahun lamanya. Ketika itu, aku baharu tamat pengajian Diploma di KUSZA. Subhanallah! Hebatnya nasihat Ustazah Hafilah dan lintasan niat.

4- Usaha tangga segala-galanya. Dalam pertimbangan ke Universiti al-Azhar as-Syarif, aku ditawarkan ke KUIM (sekarang USIM). Berlaku sedikit pertimbangan. Aku redha dengan membatalkan tiket ke sana. Untuk kali keduanya, aku berniat supaya diberi peluang ke tanah arab. “Aku tak kisah mana-mana tanah arab, asalkan aku dapat jejak ke sana…”, bisik hati setelah rasa sedikit kecewa.

5- Subhanallah! Allah SWT menunaikan niat aku untuk kali kedua ini. Melalui beberapa proses, aku diterbangkan ke bumi Syam, Syiria bersama 2 orang kawan. Walaupun di dalam peperiksaan bertulis & sesi temuduga yang aku rasa tiada peluang, disebabkan ‘orang kuat Bahasa Arab’ di USIM. Namun, semua kuasa Allah SWT dalam membuat pilihan ini.

Moralnya, aku terkesima dengan pengalaman ‘berniat’ ini. Lama kita mendengar & memahami hadith Nabi Muhammad SAW berkaitan niat ini, tapi berapa ramai menyakininya. Niat tanpa usaha yang gigih tidak ke mana-mana!

Niat untuk seterusnya!

 

Sang Pelukis

LUKISAN.

1- Mula-mula aku kenal istilah ‘lukisan kehidupan’ di zaman universiti. Kosa kata yang sangat mengagumkan. Sangat ringkas dan mendalam.

2- Sudah semestinya lukisan nampak cantik dengan pemilihan warna. Terpulang apa lukisannya dan cita rasa si pelukis. Kadang-kadang sukar memilihnya. Perlu sedikit panduan.

3- Aku memilih warna-warna itu dengan panduan kata Tuhan dan kata manusia yang berpengalaman dan aku percayai. Warna pilihan aku untuk lukisan itu maroon, biru, hijau dan akhir-akhir ini kuning.

4- Kata putus ditangan si pelukis atau pewarna. Aku menginsafi warna yang aku tinggalkan dan menghargai warna yang aku kekalkan. Aku ulangi, sukar memilih warna-warna itu.

5- Cuma, disana harus diingat bahawa walaupun ada warna yang ditolak bukanlah bermakna ia tidak cantik dan sempurna. Ia mungkin sesuai dengan lukisan dan si pelukis yang lain. Akhirnya, aku harus memastikan lukisan ini sentiasa nampak segar dan membantu aku untuk terus tersenyum.

Bukan senang untuk menjadi seorang pelukis. Lagi-lagi pelukis kehidupannya. Namun, pelukis menghargai semua warna.

Terus melukis!

MC – We are together!

Menyaksikan kekalahan MU di Mannusalwa.

MC menguasai permainan dengan kawalan yang cukup baik. Beberapa cubaan ke gawang gol tidak berjaya disempurnakan oleh striker.

Dengan sepakan sudut, KOMPANY berjaya menanduk dengan cemerlang ke gawang gol diminit terakhir separuh masa pertama.

Minit kedua menyaksikan MU menguasai permainan seketika. Aku dah jadi menggelabah. Beberapa cubaan untuk menembusi gawang gol MC berjaya diurus dengan kemas oleh defenders. Good job guys!

Walaupun hanya satu jaringan memadai. Dengan maksud, MU kalah. Enough for us!

DS Najib, sang merah MU menerima kekalahan dengan baik walaupun ada aksi ‘ejek-mengejek’ sekejap di antara Ferguson dan Mancini tadi. So, beware!

For all MC fan, we are together! Yeaaay…

Good job, KOMPANY