Demam panas tanda kasih-Nya

"Tinggi suhu kamu ni, 38...", kata Doktor

Demam panas! Ini kali kedua aku ditimpa ujian sepanjang dua semester di universiti. Ianya berlaku seawal minggu pertama semester (semester pendek atau semester ketiga). Aku mula merasai tidak selesa semenjak hari khamis yang lepas; selepas makan tengahari di salah sebuah cafe di mahallah universiti.

Keadaan tidak selesa semakin terasa selepas selesai menunaikan solat zohor berjamaah di surau mahallah cafe tersebut. Aku cuba mengimbas takut-takut tersalah makan atau ada musabab yang lain. Gagal juga mencarinya.

Semakin tidak selesa.

Aku mula meyakini keadaan (musabab) ini terjadi disebabkan perubahan suasana, apa yang aku maksudkan ialah kesejukan. Seawal minggu kelasa bahasa kali ini, aku hadir dengan keadaan ‘casual’ tanpa sebarang pakaian anti-kesejukan. Kebetulan ‘air-con’ di dalam kelas kali ini berkeadaan baik; tidak seperti kelas dulu.

Aku teringat nasihat seorang Pak Cik, beliau menyatakan kita yang biasa dengan ‘air-con’ ini kena bijak menormalkan suhu badan. Sebagai contoh, apabila selesai sahaja pengajian di dalam bilik kuliah, kalau boleh janganlah terus ‘terjah’ ke luar untuk mencari bahang cahaya matahari; memanaskan badan. Ia memudaratkan.

Aku mempercayainya.

Semalam, kemuncak ‘kepanasan’. Aku berselimut seperti bungkusan coklat hanya semata-mata ingin mengeluarkan peluh. Ternyata berhasil. Tersiksa.

“Dah macam cerek air yang panas; sedang mendidihkan air…”, aku cuba gambarkan kepanasan tersebut. Benar! Bukan senang memahamkan orang lain dengan apa yang menimpa aku melaui gambaran tadi. Nak tahu kenalah merasainya.

Kepanasan seperti didihan air tadi mengingatkan aku kata-kata ustaz bahawa ingin mengaku orang berjuang kena rasai ujian dulu, lepas barulah boleh akui Orang Berjuang. Kata-kata dan pengalaman semestinya berbeza.

Bukan maksud aku semoga ‘korang’ demam panas nanti, ia sebagai ‘bidalan’ atau gambaran yang aku dapat ketika diuji dengan hanya demam panas kali ini.

Mungkin ada diantara ‘korang’ lebih hebat ujiannya. Beruntunglah mereka yang diuji dan bersabar.

Selepas bertahan dengan demam panas semalaman; hanya memakan sebiji Panadol Active 5 dan dua biji air mineral besar, aku lega sementar. Pelbagai ‘mimpi’ aku lalui sepanjang memejamkan mata untuk melupakan demam panas. Aku syukur, Tuhan mengajar aku erti syukur dan sabar.

Aku membuat keputusan untuk ke klinik. Alhamdulillah, pertemuan dengan Doktor menyebabkan aku semakin lega. Doktor kata, “tinggi kepanasan kamu ni…”. Aku kebingungan untuk memahami maksud Doktor setelah sejenis alat dimasukkan ke dalam lubang telinga.

Aku akui sahaja apa yang Doktor katakan. Rasa tidak bermaya untuk bersembang-sembang lanjut; untuk mendapat nasihat selain biji-bijian ubat daripada seorang Doktor. Akhir nasihat Doktor, “banyakkan minum air…”.

“When I’m Ill It is He Cures Me”. Aku terpandang kalimah ini didinding klinik. Sungguh terubat. Di bungkusan ubat-ubatan aku pun tertulis kalimah ini. Memberangsangkan!

Ujian itu tanda kasih. Aku menyimpul bagaimana pula hamba-Nya yang menerima ujian itu untuk membalas tanda kasih tadi. Semestinya ganjaran bagi mereka yang diuji dan sabar ini adalah besar disisi Tuhannya.

Aku menasihati supaya sentiasa mengucapkan rasa syukur kerana dipilih untuk diuji; walaupun hanya sekadar demam panas, dan sentiasa beristiqhfar kepada-Nya jika ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa silam. Insha Allah, amiin.

Aku yakin, Allah swt menguji hamba-Nya dengan pelbagai bentuk ujian. Ia tanda didikan Allah swt kepada umat kebanggaan Nabi SAW. Sangat jelas bagi mereka yang melepasi setiap ujian dengan sabar, syukur dan sentiasa memohon keampuan, syurga Allah swt menanti-nanti.

Ujian ini pelbagai, jangan ‘korang’ memperlekeh. Percayalah, ia tanda tanda kasih dan peluang untuk kita menjadi manusia ‘baru’ jika ia sebagai ‘kifarah’ dosa lampau. Insha Allah.

Aku redha dengan ujian-Mu, Tuhan rabb al-jalil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s