Mungkin Esok

Mungkin esok!


Alhamdulillah, keputusan EPT dah pun keluar. Hampir dua bulan atau lebih menunggu. Pelbagai perasaan, bimbang, takut, tak yakin dan macam-macam lagi. Aku membuat keputusan untuk melihat keputusan EPT diwaktu malam, selepas selesai kuliah maghrib bersama jamaah surau Kampung Ketoyong. Aku cuba meyakinkan diri bahawa apa-apa sahaja keputusan yang bakal keluar, diterima seadanya.

Dengan usaha dan takdir-Nya, aku masih ‘diperlukan’ di kelas bahasa lagi. Satu jangkaan yang agak tepat telah aku buat selepas selesai menjawab soalan dalam peperiksaan yang lepas. Aku cuba untuk membuat kesimpulan dan muhasabah. Dimana silapnya? Memang ramai dikalangan kawan-kawan se-level dulu tidak percaya yang aku masih ‘diperlukan’ di kelas bahasa. Kalau mereka tidak percaya, apatah lagi diri aku.

Sempat semalam berceloteh dengan seorang kawan se-level tapi berbeza ‘section’, “ana tak pernah rasa tertekan macam ni (disebabkan tak lulus untuk masuk kulliyyah)…”. Terkesima pula aku mendengar ayat spontan ini. Aku cuba menasihatkan diri supaya redha dan jangan terluka dengan ‘tarbiyyah al-lughawiyyah’ ini, walaupun bahasa inggeris.

Seawal memulakan kelas bahasa yang baru untuk semester pendek kali ini, aku dibisik-bisik dengan soal tujuan hidup. Matlamat hidup atau apa yang aku perlu ‘setting’ dihujung keputusan sebagai bakal ahli akademik ini. Ia membuatkan aku tertanya-tanya, “apa dihujung sana…”. Aku bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi buah nasihat yang sangat membina, “alif, kita buat benda ni untuk masa depan ummah, anak cucu kita nanti…”. Jauh pemikiran kawan-kawan aku ini.

Soal tujuan hidup tadi, aku memang bulat menyakini bahawa disana ada lebih banyak cabaran yang bakal memarutkan jiwa dan raga. Apa salahnya aku ‘dibelasah’ hari ini untuk kecemerlangan hari esok. Agak falsafah bunyinya tapi itulah hakikat. Memang aku tidak pernah menjangka ‘keputusan hari ini’ bakal mengubah segalanya, dengan izin-Nya dan tekad yang jitu. Cuma, jangkaan seperti susah nak faham dan gagal untuk buat kali pertama pastinya berlaku sebab ini gambaran awal aku sebelum memasuki ‘musim sarjana’ di universiti antarabangsa ini.

Apa salahnya kita berselera besar? Apa salahnya kita mimpi indah sentiasa walaupun diwaktu jaganya kita bersengkang mata dan tenaga? Tidak ada salahnya, kan? Cuma, apa pelaburan kita? Aku memang terjentik-jentik dengan kata-kata 3 orang cikgu baru aku untuk kelas bahasa kali ini, antaranya, “kalau kamu nak berjaya, kamu mesti buat pelaburan dan mesti ada modal…”.

Mungkin pelaburan dan modal yang buat dahulu tidak memenuhi tuntutan untuk berjaya seperti kawan-kawan yang lain. Aku mesti mencontohi mereka, rajin mewarna-warnikan nota, rajin buat latihan, ‘kuat bersembang’ dalam bahasa inggeris dan lain-lain lagi.

Aku rasa ia berbaloi, berbaloi untuk tidak berjaya lagi (bukan gagal). Mungkin inilah antara nota-nota ringkas di dalam memahami bisikan doa aku kepada Tuhan sekalian alam berkaitan hikmah dan kemampuan hamba-Nya menanggung cabaran Tuhannya. Ya Allah, Engkau permudahkanlah aku untuk berjaya dengan Engkau memberkati kejayaan itu. Amiin.

Hujung kalam, aku masih belum berjaya hari ini, mungkin esok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s