Asas dan ‘The Frame’

Yes, i can do it!

Aku seperti tidak keruan apabila otak terlintas untuk menulis. Aku cuba katakan, “nantilah…”. Tapi, aku semakin gusar kalau tak menulis. Ye, memang aku ada terfikirkan sesuatu untuk dikongsikan bersama. Ia seakan-akan motivasi baru yang patut (aku rasa) disebarkan. Entah kenapa, motivasi itu menjadi-jadi untuk diberi melalui tulisan kali ini.

Ia berkait rapat dengan minggu kedua kelas bahasa aku. Aku cuba memerhatikan sebanyak mungkin bentuk-bentuk sokongan yang wujud disekeliling, begitu juga bentuk-bentuk halangan yang akan menyebabkan aku menjadi malas atau ‘fedup’!

Pertama, asas. Aku mulai sedar bahawa apa-apa sahaja perkara yang mahu aku lakukan, aku mesti menguasai asas. Asas untuk tidur, ada bantal, tilam dan selimut. Asas untuk makan di cafe, mesti ada duit sekurang-kurangnya. Jadi, tanpa asas-asas (contoh-contoh mudah yang aku sebutkan tadi) ini agak sukar untuk aku melalui kehidupan. Tak tahu dengan ‘korang’!

Otak mula berfikir agak sedikit dalam. Kenapa aku fikir tentang asas ini? Ye, asas (bagi aku) adalah pembuka kepada jalan yang lebih jauh dan aku tidak mudah goyah, keliru, gelabah, takut, ‘confius’ dan macam-macam lagi bila aku nak buat sesuatu. Memang berfikir tentang asas ini lahir bila aku muhasabah tentang bahasa; inggeris semestinya!

Aku cuba untuk pergi lebih dalam tentang bahasa ini sebagai contoh, tapi ‘can not go-lah’. Entah ‘apasal’! Rupa-rupanya, masalah asas. Baru aku faham. Ada juga kawan-kawan yang mempertikai soal asas ini. “Ana OK je sheikh, lulus je ape exam bahasa inggeris ni…”. Em, macam-macam. Itu ‘korang’ punya alasanlah kot. Bagi aku, tetap soal asas!

Kedua, ‘the frame’. Apa gunanya kalau hebat dah tentang asas, tapi ‘frame’ tak jelas, tak nampak, keliru. Tak tahu nak yang mana satu. ‘Frame’ ini aku cuba faham ia lebih kepada persoalan taktikal. Dengan taktikal inilah apa-apa penulisan akan tidak goyah. Ye lah, ada startegilah katakan.

Ok, ‘the frame’. Hari ini aku dah pun study tentang taktikal itu. Alhamdulillah, sedikit pencerahan. Bukan senang nak wujudkan taktikal begitu. Kesannya, bagi aku, ‘level of the confident’ untuk menulis lebih tersusun. Cantel bak kata kawan aku, Saifullah.

Asas dan ‘the frame’ inilah yang cuba kongsikan dalam tulisan kali ini. Asas akan memberi aku satu ‘arahan umum’ untuk bergerak; bukan lagi untuk mengelak dan ‘the frame’ tadi lebih kepada teknik untuk menyusun asas tadi dengan lebih cemerlang. Yang penting dengan dua benda ini mampu menguatkan aku menulis dan memahami ‘bentuk’ penulisan.

Tak adalah aku berterabur dan kabur nanti. Harap-harap!

Advertisements

Demam panas tanda kasih-Nya

"Tinggi suhu kamu ni, 38...", kata Doktor

Demam panas! Ini kali kedua aku ditimpa ujian sepanjang dua semester di universiti. Ianya berlaku seawal minggu pertama semester (semester pendek atau semester ketiga). Aku mula merasai tidak selesa semenjak hari khamis yang lepas; selepas makan tengahari di salah sebuah cafe di mahallah universiti.

Keadaan tidak selesa semakin terasa selepas selesai menunaikan solat zohor berjamaah di surau mahallah cafe tersebut. Aku cuba mengimbas takut-takut tersalah makan atau ada musabab yang lain. Gagal juga mencarinya.

Semakin tidak selesa.

Aku mula meyakini keadaan (musabab) ini terjadi disebabkan perubahan suasana, apa yang aku maksudkan ialah kesejukan. Seawal minggu kelasa bahasa kali ini, aku hadir dengan keadaan ‘casual’ tanpa sebarang pakaian anti-kesejukan. Kebetulan ‘air-con’ di dalam kelas kali ini berkeadaan baik; tidak seperti kelas dulu.

Aku teringat nasihat seorang Pak Cik, beliau menyatakan kita yang biasa dengan ‘air-con’ ini kena bijak menormalkan suhu badan. Sebagai contoh, apabila selesai sahaja pengajian di dalam bilik kuliah, kalau boleh janganlah terus ‘terjah’ ke luar untuk mencari bahang cahaya matahari; memanaskan badan. Ia memudaratkan.

Aku mempercayainya.

Semalam, kemuncak ‘kepanasan’. Aku berselimut seperti bungkusan coklat hanya semata-mata ingin mengeluarkan peluh. Ternyata berhasil. Tersiksa.

“Dah macam cerek air yang panas; sedang mendidihkan air…”, aku cuba gambarkan kepanasan tersebut. Benar! Bukan senang memahamkan orang lain dengan apa yang menimpa aku melaui gambaran tadi. Nak tahu kenalah merasainya.

Kepanasan seperti didihan air tadi mengingatkan aku kata-kata ustaz bahawa ingin mengaku orang berjuang kena rasai ujian dulu, lepas barulah boleh akui Orang Berjuang. Kata-kata dan pengalaman semestinya berbeza.

Bukan maksud aku semoga ‘korang’ demam panas nanti, ia sebagai ‘bidalan’ atau gambaran yang aku dapat ketika diuji dengan hanya demam panas kali ini.

Mungkin ada diantara ‘korang’ lebih hebat ujiannya. Beruntunglah mereka yang diuji dan bersabar.

Selepas bertahan dengan demam panas semalaman; hanya memakan sebiji Panadol Active 5 dan dua biji air mineral besar, aku lega sementar. Pelbagai ‘mimpi’ aku lalui sepanjang memejamkan mata untuk melupakan demam panas. Aku syukur, Tuhan mengajar aku erti syukur dan sabar.

Aku membuat keputusan untuk ke klinik. Alhamdulillah, pertemuan dengan Doktor menyebabkan aku semakin lega. Doktor kata, “tinggi kepanasan kamu ni…”. Aku kebingungan untuk memahami maksud Doktor setelah sejenis alat dimasukkan ke dalam lubang telinga.

Aku akui sahaja apa yang Doktor katakan. Rasa tidak bermaya untuk bersembang-sembang lanjut; untuk mendapat nasihat selain biji-bijian ubat daripada seorang Doktor. Akhir nasihat Doktor, “banyakkan minum air…”.

“When I’m Ill It is He Cures Me”. Aku terpandang kalimah ini didinding klinik. Sungguh terubat. Di bungkusan ubat-ubatan aku pun tertulis kalimah ini. Memberangsangkan!

Ujian itu tanda kasih. Aku menyimpul bagaimana pula hamba-Nya yang menerima ujian itu untuk membalas tanda kasih tadi. Semestinya ganjaran bagi mereka yang diuji dan sabar ini adalah besar disisi Tuhannya.

Aku menasihati supaya sentiasa mengucapkan rasa syukur kerana dipilih untuk diuji; walaupun hanya sekadar demam panas, dan sentiasa beristiqhfar kepada-Nya jika ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa silam. Insha Allah, amiin.

Aku yakin, Allah swt menguji hamba-Nya dengan pelbagai bentuk ujian. Ia tanda didikan Allah swt kepada umat kebanggaan Nabi SAW. Sangat jelas bagi mereka yang melepasi setiap ujian dengan sabar, syukur dan sentiasa memohon keampuan, syurga Allah swt menanti-nanti.

Ujian ini pelbagai, jangan ‘korang’ memperlekeh. Percayalah, ia tanda tanda kasih dan peluang untuk kita menjadi manusia ‘baru’ jika ia sebagai ‘kifarah’ dosa lampau. Insha Allah.

Aku redha dengan ujian-Mu, Tuhan rabb al-jalil.

Mungkin Esok

Mungkin esok!


Alhamdulillah, keputusan EPT dah pun keluar. Hampir dua bulan atau lebih menunggu. Pelbagai perasaan, bimbang, takut, tak yakin dan macam-macam lagi. Aku membuat keputusan untuk melihat keputusan EPT diwaktu malam, selepas selesai kuliah maghrib bersama jamaah surau Kampung Ketoyong. Aku cuba meyakinkan diri bahawa apa-apa sahaja keputusan yang bakal keluar, diterima seadanya.

Dengan usaha dan takdir-Nya, aku masih ‘diperlukan’ di kelas bahasa lagi. Satu jangkaan yang agak tepat telah aku buat selepas selesai menjawab soalan dalam peperiksaan yang lepas. Aku cuba untuk membuat kesimpulan dan muhasabah. Dimana silapnya? Memang ramai dikalangan kawan-kawan se-level dulu tidak percaya yang aku masih ‘diperlukan’ di kelas bahasa. Kalau mereka tidak percaya, apatah lagi diri aku.

Sempat semalam berceloteh dengan seorang kawan se-level tapi berbeza ‘section’, “ana tak pernah rasa tertekan macam ni (disebabkan tak lulus untuk masuk kulliyyah)…”. Terkesima pula aku mendengar ayat spontan ini. Aku cuba menasihatkan diri supaya redha dan jangan terluka dengan ‘tarbiyyah al-lughawiyyah’ ini, walaupun bahasa inggeris.

Seawal memulakan kelas bahasa yang baru untuk semester pendek kali ini, aku dibisik-bisik dengan soal tujuan hidup. Matlamat hidup atau apa yang aku perlu ‘setting’ dihujung keputusan sebagai bakal ahli akademik ini. Ia membuatkan aku tertanya-tanya, “apa dihujung sana…”. Aku bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi buah nasihat yang sangat membina, “alif, kita buat benda ni untuk masa depan ummah, anak cucu kita nanti…”. Jauh pemikiran kawan-kawan aku ini.

Soal tujuan hidup tadi, aku memang bulat menyakini bahawa disana ada lebih banyak cabaran yang bakal memarutkan jiwa dan raga. Apa salahnya aku ‘dibelasah’ hari ini untuk kecemerlangan hari esok. Agak falsafah bunyinya tapi itulah hakikat. Memang aku tidak pernah menjangka ‘keputusan hari ini’ bakal mengubah segalanya, dengan izin-Nya dan tekad yang jitu. Cuma, jangkaan seperti susah nak faham dan gagal untuk buat kali pertama pastinya berlaku sebab ini gambaran awal aku sebelum memasuki ‘musim sarjana’ di universiti antarabangsa ini.

Apa salahnya kita berselera besar? Apa salahnya kita mimpi indah sentiasa walaupun diwaktu jaganya kita bersengkang mata dan tenaga? Tidak ada salahnya, kan? Cuma, apa pelaburan kita? Aku memang terjentik-jentik dengan kata-kata 3 orang cikgu baru aku untuk kelas bahasa kali ini, antaranya, “kalau kamu nak berjaya, kamu mesti buat pelaburan dan mesti ada modal…”.

Mungkin pelaburan dan modal yang buat dahulu tidak memenuhi tuntutan untuk berjaya seperti kawan-kawan yang lain. Aku mesti mencontohi mereka, rajin mewarna-warnikan nota, rajin buat latihan, ‘kuat bersembang’ dalam bahasa inggeris dan lain-lain lagi.

Aku rasa ia berbaloi, berbaloi untuk tidak berjaya lagi (bukan gagal). Mungkin inilah antara nota-nota ringkas di dalam memahami bisikan doa aku kepada Tuhan sekalian alam berkaitan hikmah dan kemampuan hamba-Nya menanggung cabaran Tuhannya. Ya Allah, Engkau permudahkanlah aku untuk berjaya dengan Engkau memberkati kejayaan itu. Amiin.

Hujung kalam, aku masih belum berjaya hari ini, mungkin esok!