1, 2 & 3…

Hanya tinggal 2 minggu lebih lagi. Peperiksaan bakal menjelma. Lama rasnya tidak merasai tekanan peperiksaan. Tentunya berbeza tekanan, lagi-lagi bentuk persiapan. Alhamdulillah, percubaa pertama hanya berkaitan Bahasa Inggeris. Moga Allah swt mempermudahkan segalanya.

Beberapa minggu yang lepas juga, banyak insiden berlaku di dalam dan di luar negara. Baik kebangkitan rakyat, Tsunami, pilihanraya dan lain-lain. Setiap pakar ilmu melihat kesemua kejadian ini daripada perspektif keilmuan mereka. Faktor masalah sosio-ekonomi di dalam isu kebangkitan rakyat (Tunisia, Mesir, Libya dan lain-lain), faktor alam dan geografi rentetan Tsunami di Jepun, faktor ketuanan Melayu, Islam atau rakyat di dalam siri-siri pilihanraya kecil (di Malaysia seperti Merlimau dan Kerdau) dan lain-lain.

“Dunia dah nyanyuk…”, bisik sahabat saya. Saya mengakuinya.

Kejadian-kejadian itu juga membuatkan saya (secara peribadinya) semakin teruja untuk mencari tulisan-tulisan terbaharu di dada-dada akhbar, televisyen tempatan dan antarabangsa, pandangan dan analisa di dalam blog supaya tidak terlepas dengan perkembangan tersebut.

Pertama, kebangkitan rakyat. Isu yang seperti tiba-tiba muncul yang bermula di Tunisia. “Gua respek sama lu olang la…”. Saya yakin, ia bukan ‘isu tiba-tiba’. Namun, ia merupakan suatu gambaran baharu buat masyarakat tanah Arab untuk bangkit menyuara pandangan dan sokongan demi memastikan negara tercinta itu terbangun dengan aturan agamanya, al-Islam. Begitu jua di Mesir, Bahrain, Libya dan lain-lain.

“Makin lama memerintah, memang susah dorang (pemerintah) ni nak turun…”, seloroh Abang A. “Contohnya macam Muammar Gaddafi, dia naik menjadi pemerintah Libya seumur 27 tahun dan bukan dengan jalan yang senang. Tak kan la dia nak lepaskan senang-senang je Libya tu…”, Abang A menambah. Saya tersenyum. Ada benarnya, makin lama memerintah makin kuat sentimen ‘tak nak lepas jawatan’.

Kedua, Tsunami di Jepun. Saya mengetahui berita ‘Jepun dilanda Tsunami’ ketika sedang asyik dengan Nescafe The Grill. Macam tak percaya pun ada. Jepun, bukan calang-calang negara. Maju dengan teknologi. Manusia yang patuh dan begitu sensitif dengan masa. Terkehadapan dan dikatakan negara contoh berkaitan pembangunan tenaga nukler. Tentunya hebat jika difikir melalui akal semata-mata. Kuasa Allah swt dengan ombak Tsunami meranap impian dan tanggapan tersebut.

Loji nukler pun ‘goncang’ dengan bah air laut.

Ketiga, pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau. Saya membaca beberapa analisa dan pandangan semasa. Jauh saya menyatakan mampu untuk membuat analisa sedemikian. “Baca pun dan kira memadai kot…”. Pertembungan berzaman antara UMNO dan PAS tidak dapat dinafikan. Bak kata sahabat saya, “UMNO memulakan Melayu sebagai premis perjuangan dan PAS istiqamah dengan premis Islam…, sampai bila-bila beginilah pertembungan dasar anatar dua parti di Malaysia ini…”.

Ada benar. Saya membaca beberapa artikel (analisa politik) untuk lebih memahami literal (imej) pertembungan itu. Antara keberkesanan UMNO memenangi kedua-dua pilihanraya tersebut melalui projek-projek pemberian padang futsal dan kemudahan WiFi dikalangan penduduk tempatan terutama anak muda. PAS kekal dengan tema ‘Membawa Perubahan’ kepada masyarakat melalui inisiatif ke arah menguasai Putrajaya dan “PAS Ganti UMNO”.  Tidak lupa dengan dokumen “Buku Jingga”.

Pening memang memeningkan. Saya cuba memahami pertembungan ini. Apatah lagi memahami penyediaan ‘menu terbaik’ kepada masyarakat di dalam memastikan “Rakyat ini benar-benar didahulukan”.

Begitulah sepanjang beberapa minggu lepas yang berlalu dengan pelbagai cerita yang mengejutkan. Ada jua yang seperti dibuat-buat terkejut. Walau apa-apa pun, sebagai ‘manusia belajar’ disini, saya cuba memahami keadaan sekitar dengan sebaiknya. Jangan cerita-cerita terkejut itu berlaku disebelah saya tanpa saya mempedulikannya.

Apa lagi “cerita terkejut” akan datang? Klik disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s