Imbauan: Kisah Idealis Dahulu

12.40 pm – “Ustaz, macam mana kita ingin atasi masalah kawan-kawan yang ‘manja’ di dalam berjuang ini?”. Saya mula memikirkan jawapan yang terbaik dan sesuai dengan konteks soalan tersebut. Soalan yang baik daripada orang yang baik.

Cabaran di dalam berjuang ini pasti ada. Sifat peribadi seperti ‘malas’ untuk kemaskini pengetahuan dan latihan antara sebab kita gagal untuk menghadapi dengan cermat cabaran ini. Orang sekarang panggil, “U ni kuno la…”. Ya! Mungkin saya setuju. Kita tahu ‘planet’ apa yang kita hadapi. Manusia dipenuhi maklumat. Manusia cergas bergerak dan bermacam-macam lagi. Generasi X. Terkadang tidak pasti menentukan sifat mereka.

Antara cabaran yang biasa dihadapi apabila berjuang ini, sifat rasa selesa (Ustaz Riduan Mohamad Nor) dengan suasana. Saya menganggap ia sebagai dunia yang melekakan. Contohnya, zaman kampus sebagai MPP, kita leka dengan tawaran-tawaran istimewa. Baju baharu, kem latihan yang selesa seperti di hotel, kerjasama lelaki dan perempuan di dalam ‘aktiviti air’ dianggap biasa dan ianya ‘up-to-date’ dan lain-lain. Siapa tidak leka?

Sebagai manusia yang penuh dengan pengetahuan dan latihan, anda sepatutnya mampu untuk membezakanya. Haq tetap haq, batil selama-lamanya batil. Tiada istilan ‘Ais Batu Campur’ keduanya.

Kesemua ini mungkin dapat di atasi dengan pengetahuan a.k.a ilmu dan latihan a.k.a tarbiyyah. Ia bergerak seiring dan tidak terpisah. Massa hari ini terlalu kompleks untuk kita faham. Ini juga cabaran. Massa kampus juga kompleks seperti warna-warni pakaian mereka.

Persediaan. “Saya perlukan fizikal, mental dan emosi yang terbaik!”. Bisik saya. Dahulunya bersama kawan-kawan menghadapi politik kampus memang menyukarkan. Fizikal kena laju. Stamina harus dalam keadaan cergas. Mesyuarat tak terkira dan terkadang semuanya penting. Mesti hadir semua. Bayangkan jika tiada daya untuk semua ini, mungkin kita akan tertinggal. Tertinggal masa, maklumat dan lain-lain melalui kerja-kerja norma di dalam kepimpinan itu.

Mental, jangan sampai gila. Gila dengan erti kata tidak tahu membezakan yang masa realiti dan fantasi. Seolah-olahnya semua fantasi. Idealis. Memang di zaman kampus semua perkara kita anggap mampu untuk dicapai dengan apa sahaja cara. Demostrasi, diplomasi, rapat umum dan lain-lain. Yang pasti, isu dicapai.

Akhirnya, emosi harus jua di dalam keadaan baik. Emosi menyebabkan kita mudah ‘lulus dan gagal’ melakukan sesuatu. Perasaan sedih dan terkilan dengan masalah-masalah sosial di dalam kampus terkadang membuat kita tersentuh. Tersentuh sehingga tidak melakukan apa-apa kerja. Emosi juga akan diusik oleh manusia lain yang tidak sekufu dengan kita, pastinya mereka dengki dengan kejayaan-kejayaan kita selama ini. Mungkin dihantar emosi ‘cinta’ emosi ‘gagal di dalam peperiksaan’, emosi ‘dengan kerja-kerja luar yang banyak’ dan lain-lain lagi.

Fizikal, mental dan emosi pastinya diberi cabaran. Tanya tentang dengan persediaan kita bagaimana selama ini dan hari ini? Tanyalah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s