Ketirisan Fokus dan Tertipu

1.56 am – Kembali ke Kampung Berop. Menulis catatan mingguan sebelum melelapkan mata yang semakin mengecil. 3 hari dalam seminggu ini, tema kebingungan dan bercelaru menjadi-jadi. Seperti tersasar daripada landasan biasa. Fikiran dan hati sentiasa berbisik mengatakan sesuatu yang terkadang luar jangkaan. Ia seperti muhasabah, mencari identiti, hilang fokus dan tertipu dengan fitrah.

7 hari lagi melengkapkan 2 bulan di universiti antarabangsa. Salah satunya, tersimpan persoalan yang tiada jawapan yang pasti. “Kenapa dahulunya Pengajian Sunnah dan kini Sains Perpustakaan…”. Akui, mengelak untuk menjadikan persoalan ini sebagai peluru melemahkan segala impian. Masih usaha untuk konsisten mencari dan memahami hikmah di atas ketetapan dan peluang yang diberi oleh-Nya. Secara tiba-tiba, perkataan “Legal Informatics” melegakan kegusaran. Tak tahu kenapa.

“Legal informatics” merupakan salah satu masa depan buat mereka yang berenang di dalam lautan mata pelajaran Sains Perpustakaan. Ia seperti ada tarikan. Begitu juga dengan nama beliau, Ibn al-Nadim al-Warraq, musabab sesi muhasabah, mencari identiti, kehilangan fokus itu tadi lenyap dan mampu untuk tersenyum. Kenapa perlu puitis begini kalimah di dalam tulisan ini. Mungkin menulis lewat pagi.

Ibn al-Nadim al-Warraq di “Kulliyyah of ICT” ini ingin mengenali dan berada diposisi “Legal informatics” di zaman maklumatnya.

Ya! Sekurang-kurangnya, keazaman untuk menjadi seperti beliau dengan posisi jawatan yang baharu dan bukan hanya sebagai “Bibliographer” di gudang buku ini, terhasil untuk visi pengajian. Memang ramai yang kehairanan apabilan kawan-kawan dan jua saya mengaku, “kami manusia perpustakaan…”.

Ada apa dengan bidang kalian? Jawapan ringkas seorang kawan, Naelah, “Ya! Memang kerja kami di perpustakaan susun buku sahaja…”. Sambil beliau membetulkan cermin mata yang tampak “old school”. Cuba mengelak untuk memberi jawapan seperti itu, dengan tujuan memberi khayalan baharu kepada generasi maklumat hari ini, perpustakaan dan pustakaan mampu mengubah insan bernama manusia. Allah SWT menyeru dengan “Bacalah…”.

Ini kecelaruan yang berfilem di dalam minda. Sentiasa terpasang walaupun tiada penontonnya lagi.

Tidak konsisten dan berasa rendah diri dengan kelemahan. Bahasa inggeris. Menyesal sememang nostalgia kerana tidak betul-betul memahirkannya sewaktu dibangku sekolah. Tahap keinggerisan. Harap sesuai istilah ini. 1 semester di “language wash”, siap “polish” untuk memastikan “reading, listening, speaking and writing” berkilat.

Ia sebagai cabaran sebenarnya. Jika tidak meletakkan diri dengan sengaja (bukan ditempat yang mendatang mudharat besar) di tempat sememangnya mencabar tahap sabar dan usaha, mungkin kita tidak akan menjadi produk yang berkualiti suatu hari nanti. Munzir, kawan daripada Arab Saudi, mempunyai misi dan visi (cita-cita) yang tenang lagi jelas. Nasihat beliau, “sentiasa fikirkan kita mampu dan boleh melakukannya (lulus kelas bahasa inggeris 1 semester ini), Allah SWT akan membantu nanti…”. Kecelaruan sedikit menipis setelan menulis semua ini. Manusia itu pelbagai. Menampilkan expresi jua pelbagai. Mungkin ini antara cara menenangkan kecelaruan dan kebingungan untuk rasa lega sementera.

Diakhirnya, membelek tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi berkaitan masa, seolah-olah ditampar dengan beberapa tulisan beliau antaranya, manusia (diri) ini lalai dan leka serta tidak mengambil peluang di atas kekosongan waktu untuk memahami kejadian-Nya dengan batiniyyah dan bukan sahaja zahiriyyah. Mungkin itu sebab kegagalan (kebingungan dan bercelaru) berlaku minggu ini. Kurang memahami kejadian dan semakin lalai dan leka dengan mempertingkatkan bacaan supaya otak dan minda waras di dalam membentuk diari hidup.

Mungkin keseorangan.

2 thoughts on “Ketirisan Fokus dan Tertipu

  1. salam’alaik dr.aliff,
    pada perenggan keenam, anda ada nyatakan…

    “Cuba mengelak untuk memberi jawapan seperti itu, dengan tujuan memberi khayalan baharu kepada generasi maklumat hari ini, perpustakaan dan PUSTAKAAN mampu mengubah insan bernama manusia.”

    soalan sy.. apekah PUSTAKAAN sptnya ada mksd tertentu yg tidak diketahui oleh sy..

    sila terangkan moga sy lbeh phm…

    syukran!

  2. memberi pandangan baharu (mungkin) kepada umum bahawa dunia perpustakaan ini juga memainkan peranan penting. lagi-lagi ia merupakan tempat terkumpulnya bahan bacaan yang berbagai-bagai spt buku. jadi, seruan Allah swt untuk umat-Nya, ‘bacalah…’. saya berusaha membaca bacaan berkaitan bidang ‘kita’ ini. bukan sekadar ‘manusia tahan sejuk’ di dalam perpustakaan. wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s