Hikmah di Level 4 Section 6

Assalamu’alaikum Wbt.

Ye! Memang lama saya tidak mengemaskini blog. Dah bersawang agaknya. Saya hanya sempat menempel ‘review in 2010’ yang disediakan oleh ‘wordpress.com’. Mungkin itu yang terbaik sebagai mesej ringkas bahawa saya masih mahu menulis di dalam blog. Hari ini saya cuba meluangkan masa untuk mengisi sedikit bingkisan. Saya mengaku, terasa sedikit lega dan lapang setelah menulis di blog ini.

29 November 2010 yang lepas, saya mendaftar sebagai siswa lagi, pasca-siswazah di UIAM, Gombak. Tidaklah begitu lama di universiti ini, cuma suasana baharu menyebabkan saya banyak mempelajari erti kebebasan dan mencipta perubahan. Saya setuju, pasca-siswazah suatu dunia baharu. Bukan lagi seperti di zaman siswa yang sarat dengan ‘idealisme’. Mungkin itu dahulu, suatu catitan sejarah dan pengalaman. Langkah mematangkan tindakan dan gaya fikir siswa kampus.

Seminggu pertama di universiti yang hampir bersempadan dengan Negeri Pahang ini, ternyata kosong dengan jadual kuliah. Sempat jua bersua dengan program-program intelektual di sekitar lembah klang, Diskusi bersama Sheikh Dr. Ramadhan al-Bouti di IKIM, Diskusi bersama Dr. Afifi al-Akiti dan ramai lagi. Inilah keadaan yang saya nanti-nantikan selama ini. Menjadi manusia yang bergerak dan mencari!

Seawal di Gombak dahulu, ada juga merancang untuk sewa diluar, ternyata tidak berhasil. Keadaan dan masa menyebabkan saya dan kawan-kawan akui untuk tinggal di Mahallah. Agak asing bunyinya, tapi itulah tempat berteduh.

2 minggu selepas pendaftaran, peperiksaan menentukan layak ke Kulliyyah pun bertandang. Secara ikhlas, memang saya agak ‘cuak’. Dah lama tak berbahasa inggeris. Peperiksaan bahasa inggeris diakui senang dan membuat saya dan kawan-kawan sedikit yakin untuk lulus. Lulus untuk ke Kulliyyah. Ternyata, tidak sama sekali. Pesan orang lama, peperiksaan ini bukan nak lihat banyak mana idea yang kita mampu luahkan di dalam kertas jawapan, ia lebih kepada mengukur tahap mana ‘ke-inggeris-an’. Maksud saya, ‘english in english or english in malay or jawa and others’.

Level 4 Section 6 hebat bersama Madam Zu dan Ms. Saridah. Ini nama kelas bahasa dan sifu-sifu saya. Macam-macam bangsa ada, alhamdulillah semuanya muslim. Berbekalkan pengalaman berada di negara orang menyebabkan saya agak faham dengan perangai mereka. Ada yang dari Kazakhtan, Arab Saudi, China, Thailand, India, Somalia, Djoubuti dan sebagainya. Macam makan ABC, pelbagai rasa dan warna.

Selama 1 semester saya akan mengadap kawan-kawan yang pelbagai ragam. Saya suka dengan gaya fikir mereka walaupun agak bengang dengan tindakan luar kawalan mereka. Saya pun tak pasti, sama ada budaya mereka atau saja ‘action’ atau memang mereka tak faham apa yang mereka buat. Inilah antara tujuan Allah SWT menjadikan manusia yang berbeza-beza, lil-ta’arauf.

Tentang pengajian, saya sedang menyambung ‘Master in Library and Information Science’. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya, kenapa buat bidang ini? Macam mana daripada Pengajian Sunnah boleh buat bidang Perpustakaan? Hmm… Susah juga nak jawab soalan-soalan sebegini. Konklusinya, saya menyatakan saya masih mencari Hikmah disebalik semua ini.

Pelik. Tentunya pelik. Memang saya meminati bidang-bidang berkaitan media, politik dan sunnah atau hadith. Selalu saya bertanya dan berdoa kepada Allah SWT, kenapa saya di bidang Keperpustakaan ini? Saya bersangka baik dengan semua ini. Bukan senang mencari hikmah ini, tapi yakin pasti ada sesuatu. Kadang-kadang saya menyedapkan hati dengan menyatakan, ‘saya ingin menjadi seperti Ibn Nadim yang mengarang kitab al-Fihris…’. Itu tekad dan langkah saya untuk bercinta dengan bidang ini.

Mungkin kita ada alasan masing-masing di dalam mencorak masa depan. Tetapi yakinlah dengan perancangan Allah SWT. Yang pasti, kita menyumbang kepada agama. Agak falsafah bunyinya.

Suasana yang begitu teruja. Orang kata, juling mata melihat warna-warni pelajar di sini. Macam-macam gaya dan fesyen. Yang melayu pun terkadang seperti orang Arab Saudi. Tepuk dada, tanya iman. Di dalam hadith pertama tulisan Imam an-Nawawi, berkaitan niat. Kalau memang niat nak mencari bakal orang rumah di sini dengan berbagai alasan seperti cantik, kita akan memilikinya. Tetapi, jika ilmu yang kita ‘gila’kan dan kita akan ‘gila’ dengan mencari ilmu. Miftah ilmu bagi saya, bahasa.

Biah. Saya setuju, solat berjamaah disini terjaga. Keadaan landskap yang menjadikan masjid ditengah-tengah menyebabkan kami sentiasa berhubung antara satu sama yang lain. Begitu juga denggan Dar al-Hikmah atau perpustakaan. Bersebelahan masjid. Jenis makanan pun membuatkan saya naik 5 kg. Makanan Arab, ala-ala Arab dan macam-macam ada.

Tulisan ini bukanlah mewakili bahagian promosi universiti akan tetapi perkongsian selama berada disini. Mereka terbuka di dalam komunikasi. Suasana mendesak anda menjadi yang terbaik. Cipta potensi dan lakukan untuk perubahan. Tiada siapa mengawal anda. Keberadaan disini pun mungkin tidak lama, hanya memakan 2 tahun untuk pengajian pasca-siswazah. Ulama dahulu pun sangat lama bergelumang dengan kitab-kitab mereka dan selepas itu baharu bergelas ‘alim. Inikan kita yang baharu berjinak-jinak dengan peringkat sarjana.

Ilmu menuntut kita untuk lama bersamanya. Lagi lama, lagi mesra dan faqih. Jangan bimbang soal masa, itu antara syarat tholib al-ilm. Akhir kata, pastikan kita dalam keadaan sedar di dalam tindakan dan yakin serta berusaha mencari hikmah sebagai manusia. Manusia bergerak adalah manusia yang hebat. Lama tidak bermakna kita gagal. Bak gurauan kawan-kawan saya, lagi lama lagi mahal!

Wallahua’lam.

2 thoughts on “Hikmah di Level 4 Section 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s