Tinggallah tradisi lama!

Bismillah.

Bulan Rejab. Banyak ganjaran yang Allah SWT beri kepada umat-Nya yang tahu. Tahu kelebihan bulan Rejab ini. Sesungguhnya, umat-Nya akan terlalu asyik dan rasa pahala.

Seronok mendengar huraian Dr. Asming dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Nilai baru-baru ini. Beliau begitu menghayati dalam memberi faham kepada kami.

Faham itu kunci.

Sejak kebelakangan ini, terasa dekat dan ditarik memugar kembali Fard al-Muslim. Mencari penambahan dan terkadang berlaku pencerahan.

Inilah ilmu. Cahaya dalam kesamaran dan kegelapan.

Diari selepas zaman kuliah memang berbeza, samaada sedikit mahupun banyak terpulang kepada individu. Namun, tetap berbeza.

Bezanya, memaksa diri ke majlis-majlis ilmu. Bebas menentukan sikap dan tindakan. Nak datang lambat ke tempat kerja, nak tidur lewat melayani Piala Dunia 2010 dan sebagainya.

Dahulunya, semua dalam jadual.

Inilah muhasabah. Pesan Ustaz, apabila kita dan tamat zaman kuliah ini, kita tinggal seorang dalam meniti perjuangan, samaada perjuangan dalam kehidupan mahupun perjuangan bersama pejuang.

Ada kebenarannya.

Motivasinya, paksa untuk tertib dan tertil. Monolog diri, “benar kita berhajat kepada sesuatu perkara tetapi apabila dizahirkan dalam bentuk tindakan dan sikap, kita tidak begitu, teruk lagi tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh”.

Emm…

Tampillah kesungguhan itu. Serlahkanlah keikhlasan itu. Ubah sejarah lama. Kalau perkara kecil lagi remeh dipandang sepi, kecil dan remeh juga. Kita tak akan ke mana. Hanya angan-angan.

Ini kebimbangan dan kerisauan diri.

Hujung kalam, Rejab bulan menyusun kesungguhan, bulan perubahan untuk sejarah lama dan kuno.

Tinggallah tradisi lama!

Cerita tentang keputusan ‘exam’. Alhamdulillah. Segalanya berubah walaupun diakhir. Seram sejuk sebelum melihat keputusan. Najah semuanya.

Apa yang terlintas sekarang ialah, kuasa sebuah niat. Niat menentukan sikap. Sikap bertindak memaksa batang tubuh memenuhi niat.

Mungkin episod terakhir kemanisan dirasai. Hakikatnya, ia semestinya manis.

Tak sangka-sangka.

Apa-apa pun, syukur dan terima kasih kepada semua. Ini suatu permulaan. Tahniah dan syabas buat kawan-kawan. Kita pastinya hebat! Biarlah banyak mana nilai keputusan diperolehi namun lebih bernilai 0.01 itu kita amalkan untuk kekal hamba-Nya yang super, power dan hebat.

Syukurilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s