Flashback: Kosong & Sampah

Kosong

Bismillah.

Ye, kosong dan sampah.

Hari-hari berlalu dengan tipisnya pengisian. Terasa dunia begitu pantas bergerak. Terasa seperti tertinggal jauh seperti dibenam 7-0 oleh pasukan Portugal menentang Korea Utara.

Bukan bola isunya.

Manhaj dan dirasah yang seperti air bertakung. Tidak seperti air sungai yang mengalir walau dihalang batu sebesar kamu. Ia, kamu.

Kehidupan rasmi dikampus selesai sudah. Tiada lagi bebelan pensyarah, bebanan kerja rumah dan menyibuk dengan aktiviti pelajar.

Hanya goyang kaki.

Alhamdulillah, cuba melekatkan komitmen sementara dengan buku. Seperti robot-robot dikilang. Kerja dan terus bekerja. Tiada kepuasan.

Pasti. Zaman mudanya laju, kini sedikit berkurang. Optimis supaya cetus positif di dunia baru. Dunia mencipta komitmen sendiri untuk terus laju.

Begitulah monolog. Monolog mencari sikap.

Mohon dijauhi pandangan Sayyid Abu ‘Ala Maududi, universiti ibarat rumah penyembelihan dan hanya menunggu sijil kematian. Jauhi.

Tidak sama sekali begitu. Harus tekad buat sesuatu.

Mampu tersenyum. Rakan juang bersama bidadari dunia mereka. Ustaz Husni di Kedah, Saudari Baitie di Kelantan, Saudara Muzammil di Perak dan ramai lagi. Saya? Menunggu jawapan istikharah dan mushawarah.

Pasti. Itu sunnah junjungan kami.

Inovasi. Komitmen tidak sengaja. Semakin serius sekarang. Takdir, menang di USM bulan lalu hingga hari ini menjadi sebutan.

Semalam bersama Hafiz Hamidun di Radio Salam 91.1 FM. Siaran tengah pagi. Kebiasaaan di sini (baca: Negaraku, Malaysia), berjenis sentimental dan Islamik ini diwaktu pejam mata. Ubat untuk pejam.

Berseloroh, kalau masuk Mentor ke, bolehlah bersiaran waktu perdana. Nyata sinis.

Apa-apa pun, pengalaman baru di konti radio. Simple. Tak sangka. Terima kasih juga kepada Saudara Hariri, Puan Farhana (Penerbit) dan Ustaz Nabil (Far East).

Maaf. Bersepah menulis. Nyata, kosong dan agak sampah. Hanya meluah untuk mengisi pengisian yang lain.

Dilema.

Pastinya esok difahamkan ada mesyuarat senat. Keputusan peperiksaaan. ‘Cuak giler!’. Doakan supaya berjalan dengan baik semua. Baik juga untuk generasi kedua Sunnah dengan Pengurusan Maklumat.

Insha Allah.

Harapan yang pasti, kekal dan menunggu masa.

Syiria. Sangat merinduinya. Suara ulama-ulama, laungan azan bertalu, bahasa yang lembut, makanan enak, tempat bersejarah. Ya Allah. Teruja.

Sepatutnya bulan ini di sana. Simpan harapan ini demi segala-galanya. Terutama keluarga. Apa salahnya melihat keluarga tersenyum. Pasti membanggakan.

Selalu balik cuma jarang lama. Komitmen zaman mudanya menentukan sikap. Alhamdulillah, kenal sikap.

Ini harta karun. Pesan Ayah diwarung selepas penat mencari kayu getah. Ayah tak ada harta. Harta Ayah, memberi jalan untuk kamu kutip ilmu.

Terima kasih, Ayah! Kita mesti putuskan kekurangan dan kelemahan lama dalam membina keluarga baru. Ayah berpesan lagi kepada anak sulongnya.

Cuba memahami. Inilah Ayah kami. Jauh fikirannya. Teruja kami anak-anaknya.

Hari ini, makin sedar. Bukan lagi budak kecil memimpin adik-adik dan keluargan nanti. Sulong yang meningkat umur.

Harus tabah dan memberi inspirasi. Ini komitmen baru. Ramadhan bakal dimulakan inspirasi ini.

Ramadhan. Pasti berseri dan tingkat amal.

Pasar ramadhan, seperti biasa. Tempat mencari rezeki keluarga. Berniaga.

Mak pesan, biar sikit tak berharta tapi kaya dengan keberkatan. Berkat untuk adik-adik dan kamu.

Terharu.

Mak memang hebat. Kalau tak, kami tak akan mampu begini. Kuat manhaj tarbiyah Mak yang diberi kemulian oleh Nabi SAW, diangkat martabat wanita. Sensitif. Diangkat martabat muslimat.

Dihujung ini, insafi segalanya. Syukuri.

Jangan terus kosong dan dipandang sampah. Pasti ada nilai. Tentunya pasti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s