Anak muda USIM raih medal sempena National Research and Innovation Competition 2010

GABA dan e-Ms

Baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar 4 pasukan dikalangan mahasiswanya ke National Research and Innovation Competition 2010 (NRIC 2010) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 25 hingga 29 Mei 2010. Penganjuran NRIC 2010 bertemakan Continuous Innovation for Tomorrow’s Sustainability ini ternyata meriah dan hebat dengan penyertaan Institut Pengajian Tinggi, pihak agensi dan industri serta sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Motorola Technology Sdn. Bhd. Majlis perasmian pembukaan NRIC 2010 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Mahasiswa USIM tersebut merupakan mahasiswa tahun akhir daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Produk-produk ini merupakan hasil daripada kajian ilmiah semester akhir di USIM dan telah diberi kepercayaan oleh pihak fakulti untuk dipertandingkan di NRIC 2010 kali ini. Antara produk daripada FST ialah Active and Stable Enzyme Produced Via Immobilization Onto Low Cost Support Materials (Enzyme Lipase), Probiotic and y – Aminobutyric Acid Producing Lactid Acid Bacteria From Cocoa Beans (GABA), MoDe-Sys: Motion Detection For Security. Sementara itu, FPQS julung-julung kalinya menyertai NRIC 2010 ini telah menghantar produk Electronic Manuscript (e-Manuscript).

Menurut Ayunni Mohd Danial, salah seorang peserta daripada USIM di NRIC 2010,  NRIC 2010 membantu beliau dan rakan-rakan berinteraksi dengan penyelidik-penyelidik yang lain serta membuktikan kebolehpasaran mahasiswa USIM.

“NRIC 2010 ini merupakan lapangan terbaik buat kami dalam memperkenalkan hasil kajian dan produk daripada mahasiswa USIM kepada masyarakat kampus yang lain tambahan NRIC 2010 ini merupakan penganjuran diperingkat kebangsaan diantara Institut Pengajian Tinggi (IPT)”, katanya.

“Contohnya, dengan terhasilnya kajian berkaitan Enzyme Lipase ini membuktikan mahasiswa Islam juga tidak ketinggalan dengan dunia Biotechnology ini”, tambah beliau. 

NRIC 2010 ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar USM dengan kerjasama pihak universiti dan komuniti NRIC 2010. Antara objektif penganjuran ialah memberi pengiktirafan kepada produk atau projek yang dihasilkan oleh mahasiswa tahun akhir dan menggalakkan mahasiswa ‘mencipta kerjaya’ melalui dunia penyelidikan dan inovasi ini.

Pasukan USIM juga telah mempertandingkan produk informasi dan teknologi melalui produk MoDe-Sys yang mana bertujuan membantu dalam mengenalpasti pergerakaan sesuatu objek melalui kamera.

Menurut Balqis Nabila Shahiri, salah seorang pembentang produk MoDe-Sys, produk ini memerlukan sedikit penambahbaikkan dan sesuai diaplikasikan dalam membantu menangani masalah jenayah Negara.

MoDe-Sys ini mungkin bukan terlalu baharu dalam pasaran tetapi produk ini merupakan penyelidikan dan inovasi baharu mahasiswa dalam cakna berkaitan peningkatan kadar jenayah di dalam Negara”, kata beliau.

“Tambahan, ia mampu mengenalpasti pergerakan sesuatu objek melalui bintik-bintik berwarna yang telah diprogram bersama di dalam MoDe-Sys ini”, beliau menambah.

Majlis perasmian penutupan NRIC 2010 menyaksikan USIM berjaya merangkul Medal Emas kategori Social Transformation and Creative Art  dan Social Impact Policy Award bagi produk e-Manuscript serta Medal Perak kategori Life Sciences bagi produk GABA yang mana telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USM. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terbaik buat warga USIM secara umunya.

Menurut Mohamad Ihsan Mohamad Arif, mahasiswa tahun akhir FPQS, kejayaan e-Manuscript ini merupakan satu keajaiban yang tidak dijangka.

“Saya dan rakan-rakan bersyukur di atas kejayaan ini dan berharap semoga dengan kejayaan ini menjadi dorongan kepada mahasiswa USIM yang lain untuk mencipta lebih banyak penyelidikan dan inovasi baharu terutama dalam menyumbang kepada dunia Islam seperti khazanah manuskrip ini”, kata beliau.

“Saya juga berharap rakan-rakan di USIM akan lebih bersemangat selepas ini untuk menyertai NRIC 2011 akan datang, moga kejayaan produk Cocoa Beans juga menyumbang inspirasi kepada warga USIM keseluruhannya”, tambah Nur Aqilah Zulkifli melalui kejayaan beliau memperkenalkan produk GABA di NRIC 2010.

3 thoughts on “Anak muda USIM raih medal sempena National Research and Innovation Competition 2010

  1. Maaf, ada pembetulan..medal Gangsa* kategori Life Sciences bagi produk GABA (bukan gangsa tapi Perak) Thanks 4 da post =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s