Tinggallah tradisi lama!

Bismillah.

Bulan Rejab. Banyak ganjaran yang Allah SWT beri kepada umat-Nya yang tahu. Tahu kelebihan bulan Rejab ini. Sesungguhnya, umat-Nya akan terlalu asyik dan rasa pahala.

Seronok mendengar huraian Dr. Asming dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Nilai baru-baru ini. Beliau begitu menghayati dalam memberi faham kepada kami.

Faham itu kunci.

Sejak kebelakangan ini, terasa dekat dan ditarik memugar kembali Fard al-Muslim. Mencari penambahan dan terkadang berlaku pencerahan.

Inilah ilmu. Cahaya dalam kesamaran dan kegelapan.

Diari selepas zaman kuliah memang berbeza, samaada sedikit mahupun banyak terpulang kepada individu. Namun, tetap berbeza.

Bezanya, memaksa diri ke majlis-majlis ilmu. Bebas menentukan sikap dan tindakan. Nak datang lambat ke tempat kerja, nak tidur lewat melayani Piala Dunia 2010 dan sebagainya.

Dahulunya, semua dalam jadual.

Inilah muhasabah. Pesan Ustaz, apabila kita dan tamat zaman kuliah ini, kita tinggal seorang dalam meniti perjuangan, samaada perjuangan dalam kehidupan mahupun perjuangan bersama pejuang.

Ada kebenarannya.

Motivasinya, paksa untuk tertib dan tertil. Monolog diri, “benar kita berhajat kepada sesuatu perkara tetapi apabila dizahirkan dalam bentuk tindakan dan sikap, kita tidak begitu, teruk lagi tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh”.

Emm…

Tampillah kesungguhan itu. Serlahkanlah keikhlasan itu. Ubah sejarah lama. Kalau perkara kecil lagi remeh dipandang sepi, kecil dan remeh juga. Kita tak akan ke mana. Hanya angan-angan.

Ini kebimbangan dan kerisauan diri.

Hujung kalam, Rejab bulan menyusun kesungguhan, bulan perubahan untuk sejarah lama dan kuno.

Tinggallah tradisi lama!

Cerita tentang keputusan ‘exam’. Alhamdulillah. Segalanya berubah walaupun diakhir. Seram sejuk sebelum melihat keputusan. Najah semuanya.

Apa yang terlintas sekarang ialah, kuasa sebuah niat. Niat menentukan sikap. Sikap bertindak memaksa batang tubuh memenuhi niat.

Mungkin episod terakhir kemanisan dirasai. Hakikatnya, ia semestinya manis.

Tak sangka-sangka.

Apa-apa pun, syukur dan terima kasih kepada semua. Ini suatu permulaan. Tahniah dan syabas buat kawan-kawan. Kita pastinya hebat! Biarlah banyak mana nilai keputusan diperolehi namun lebih bernilai 0.01 itu kita amalkan untuk kekal hamba-Nya yang super, power dan hebat.

Syukurilah.

Advertisements

Flashback: Kosong & Sampah

Kosong

Bismillah.

Ye, kosong dan sampah.

Hari-hari berlalu dengan tipisnya pengisian. Terasa dunia begitu pantas bergerak. Terasa seperti tertinggal jauh seperti dibenam 7-0 oleh pasukan Portugal menentang Korea Utara.

Bukan bola isunya.

Manhaj dan dirasah yang seperti air bertakung. Tidak seperti air sungai yang mengalir walau dihalang batu sebesar kamu. Ia, kamu.

Kehidupan rasmi dikampus selesai sudah. Tiada lagi bebelan pensyarah, bebanan kerja rumah dan menyibuk dengan aktiviti pelajar.

Hanya goyang kaki.

Alhamdulillah, cuba melekatkan komitmen sementara dengan buku. Seperti robot-robot dikilang. Kerja dan terus bekerja. Tiada kepuasan.

Pasti. Zaman mudanya laju, kini sedikit berkurang. Optimis supaya cetus positif di dunia baru. Dunia mencipta komitmen sendiri untuk terus laju.

Continue reading

Anak muda USIM raih medal sempena National Research and Innovation Competition 2010

GABA dan e-Ms

Baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar 4 pasukan dikalangan mahasiswanya ke National Research and Innovation Competition 2010 (NRIC 2010) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 25 hingga 29 Mei 2010. Penganjuran NRIC 2010 bertemakan Continuous Innovation for Tomorrow’s Sustainability ini ternyata meriah dan hebat dengan penyertaan Institut Pengajian Tinggi, pihak agensi dan industri serta sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Motorola Technology Sdn. Bhd. Majlis perasmian pembukaan NRIC 2010 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Mahasiswa USIM tersebut merupakan mahasiswa tahun akhir daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Produk-produk ini merupakan hasil daripada kajian ilmiah semester akhir di USIM dan telah diberi kepercayaan oleh pihak fakulti untuk dipertandingkan di NRIC 2010 kali ini. Antara produk daripada FST ialah Active and Stable Enzyme Produced Via Immobilization Onto Low Cost Support Materials (Enzyme Lipase), Probiotic and y – Aminobutyric Acid Producing Lactid Acid Bacteria From Cocoa Beans (GABA), MoDe-Sys: Motion Detection For Security. Sementara itu, FPQS julung-julung kalinya menyertai NRIC 2010 ini telah menghantar produk Electronic Manuscript (e-Manuscript).

Continue reading