Jangan Lupa Si ‘Pekebun’ Ini

Dreaming

Bismillah.

Syukur! Tamat sudah peperiksaan terakhir di alam universiti. Kertas terakhir tamat tepat jam 5.00 petang. Termenung sekejap selepas peperiksaan tadi. Berbaur pelbagai perasaan. Ye la, tak lama rupanya 4 tahun ini. Kawan-kawan juga memberi pelbagai reaksi juga selepas tamat peperiksaan tadi. Tidak kurang hebatnya bergambar kenang-kenangan.

Dahulu, 2006. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana terkeliru untuk kekal selama 4 tahun diuniversiti tempatan ini. Macam-macam pandangan dan nasihat diluahkan. Guru, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Kuat di dalam hati untuk berada di luar negara. Ini impian. Ini angan-angan sejak dizaman persekolahan lagi.

Akhirnya, detik terakhir 4 tahun yang dikatakan lama itu baru sahaja berlabuh. Ini bukan penutup, ini dunia baru untuk saya sebagai seorang dewasa! Betul tak? Manusia ada persepsi tersendiri di dalam memberi ‘caption’ kepada kenangan mereka.

Itulah kata-kata saya memujuk diri untuk terus bersedia menghadapi masa-masa depan.

Oh ye! Moga kekuatan sentiasa bersama kita. Maksudnya saya, selepas ini mungkin jarang-jarang kita akan bersama kawan-kawan seperti di dalam kuliah dahulu. Suka, duka, merajuk, marah dan sebagainya. Selepas mungkin tiada lagi, kalau ada pun mungkin tidak seindah dulu.

Indahnya kebetulan ini.

Drama ditahun akhir begitu asyik dan terkadang kelakar, tertekan dan keliru. Selepas peperiksaan petang tadi, saya ada berborak dengan seorang teman. Beliau kata, lelaki dah mula nak kena cari kerja untuk menyara ‘anak orang’. Perempuan dah mula menunggu siapa ‘tulang rusuk’ mereka. Ketawa kecil saya mendengar kata-kata beliau.

Mungkin ada benarnya.

Masing-masing sudah mula matang dalam memilih jalan hidup. Pastinya, tiada yang senang untuk bahagia jika bukan jalan dari-Nya, Tuhan sekalian alam ini. Tercubit sedikit bimbang. Wahai kawan-kawan, pilihlah bukan sekadar sama seperti ‘tulang rusuk’, dia yang memimpin tanganmu ke syurga.

Moga terus bahagia di sini dan di sana nanti.

Hmm… Saya dah mula memikirkan jalan pertama yang memungkin membuka jalan kedua nanti. Sambung pengajian mungkin pilihan dihati sekarang, tak tahulah esok dan lusa. Sekurang-kurangnya saya mencuba untuk memiliha lukisan terbaik untuk hidup saya.

Oh, kahwin. Bukan jalan penyelesaian untuk semua masalah yang ada. Namun, akan saya santuni sunnah. Janganlah bimbang. Masa dan ketika pasti menentukan. Cuma, bekalan perlu memadai untuk sebuah bahagia. Teringat perbualan saya dengan seorang di masjid dulu, perkahwinan ini bukanlah semata-mata ‘nikmat’ yang diimpi-impikan itu. Ia lebih daripada itu.

Kalau dulu dia dijaga bagaikan minyak yang penuh, apakah kita nak sambil lewa menjaganya. Sangat menarik kata-kata beliau. Ringkas dan berpengaruh.

Lama pula bercerita berkaitan ‘tulang rusuk’ ini. Apa-apa pun, moga kalian bahagia kelak.

Impian bersama bermula. Rindu sangat-sangat Syiria. Hati saya sangat tenang apabila terfikir mengenainya. Tak tahu kenapa. Sangat rasa bahagia dengan suasana yang semulajadi di sana yang memaksa saya untuk menjadi manusia hebat. Kuliah-kuliah agamanya yang padat, guru-gurunya yang masyhur. Allahu robbi. Perolehilah aku ke sana lagi.

Bukan apa. Ada juga baru-baru bertanya-tanya dengan kenalan yang masih di sana. Tiket penerbangan pun ada juga dijenguk-jenguk dilaman-laman internet berkaitan. Rasa ingin dicelup sekali lagi di sana. Demi memperbaiki bacaan al-Quran dan memperkukuh bahasa Arab saya yang berterabur ini.

Moga ada peluang kali kedua itu.

Cerita lain. Maaf kalau agak kelam-kabut. Dihujung semester baru-baru, disiplin saya sedikit lari. Tak tahu kenapa. Rasa lemah, malas dan bermacam-macam lagi. Saya serahkan perasaan begitu kepada Pemilik hati. Mohon pada-Nya, janganlah membolak balikkkan hati saya yang lemah ini.

Ketenangan perlu dimiliki oleh hati saya. Biarlah terkadang orang kata saya ini ‘lambat’. Saya ingin ketenangan itu. Saya tidak suka dengan keserabutan. Tapi tak salah kiranya teguran ‘lambat’ itu membuatkan saya sentiasa ingin berubah.

Banyak kerja-kerja biasa saya tangguhkan. Mungkin ketenangan itu hilang. Mungkin anda ada cara lain untuk terus maju. Pilihlah. Tiada siapa yang melarang. Yang penting, anda suka dan tidak menyusahkan orang lain. Sekadar menyusahkan orang lain disebabkan kelambatan anda, rasanya anda tidak perlu terasa hati, mahu pun saya sendiri.

Cukuplah sekadar ini saya berceloteh. Memang menjadi amalan, rasa kongsi itu sentiasa ada. Moga berakhirnya sesi pengajian 4 tahun kali ini, kawan-kawan yang ada dapat memperbaiki kesilapan silam.

Jangan lupa si ‘pekebun’ ini.

2 thoughts on “Jangan Lupa Si ‘Pekebun’ Ini

  1. Jom p Syria….da dpt green light ni. kite buka tanah kebun baru di sane…dan cuba tanam pokok dan dapatkan buah yang kekal ranum dan manis u brkongsi bersama orang lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s