Jangan Lupa Si ‘Pekebun’ Ini

Dreaming

Bismillah.

Syukur! Tamat sudah peperiksaan terakhir di alam universiti. Kertas terakhir tamat tepat jam 5.00 petang. Termenung sekejap selepas peperiksaan tadi. Berbaur pelbagai perasaan. Ye la, tak lama rupanya 4 tahun ini. Kawan-kawan juga memberi pelbagai reaksi juga selepas tamat peperiksaan tadi. Tidak kurang hebatnya bergambar kenang-kenangan.

Dahulu, 2006. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana terkeliru untuk kekal selama 4 tahun diuniversiti tempatan ini. Macam-macam pandangan dan nasihat diluahkan. Guru, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Kuat di dalam hati untuk berada di luar negara. Ini impian. Ini angan-angan sejak dizaman persekolahan lagi.

Akhirnya, detik terakhir 4 tahun yang dikatakan lama itu baru sahaja berlabuh. Ini bukan penutup, ini dunia baru untuk saya sebagai seorang dewasa! Betul tak? Manusia ada persepsi tersendiri di dalam memberi ‘caption’ kepada kenangan mereka.

Itulah kata-kata saya memujuk diri untuk terus bersedia menghadapi masa-masa depan.

Oh ye! Moga kekuatan sentiasa bersama kita. Maksudnya saya, selepas ini mungkin jarang-jarang kita akan bersama kawan-kawan seperti di dalam kuliah dahulu. Suka, duka, merajuk, marah dan sebagainya. Selepas mungkin tiada lagi, kalau ada pun mungkin tidak seindah dulu.

Indahnya kebetulan ini.

Drama ditahun akhir begitu asyik dan terkadang kelakar, tertekan dan keliru. Selepas peperiksaan petang tadi, saya ada berborak dengan seorang teman. Beliau kata, lelaki dah mula nak kena cari kerja untuk menyara ‘anak orang’. Perempuan dah mula menunggu siapa ‘tulang rusuk’ mereka. Ketawa kecil saya mendengar kata-kata beliau.

Continue reading

Advertisements