Baling ‘Enset’ Ke Dinding

Amaran! Tiada kaitan antara yang hidup mahu pun yang mati. Persamaan adalah dianggap kebetulan.

Handphone idaman. Ada sesiapa nak hadiahkan?

[Bahse dalam perbualan ni tak sesuwai digunakan dalam suasana yang skema, formal dan berprotokol. Mungkin mengundang kemarahan pakar-pakar bahse]

2 Ramadhan 1429H, di PJ

“Kamu dah fix enset?”

“Blom lagi la bang.”

“Nape? Takde duit ke? Scholarship dan abeh?”

Ketayap di kepala ditanggalkan. “Hmm, lebey kurang ar. Lagipon malas la nak fix.”

Sebuah bungkusan dikeluarkan penuh berhati-hati dari beg sandang berona coklat. Plastik putih itu bertukar tangan.

“Skang nih abang pakai dua enset. Kamu amek la dulu enset nih. Abang tak guna pon skang.”

“Eh, tanak la!” Bungkusan tadi disuakan kepada pemilik asalnya.

“Eh, amek la. Susah nanti abang nak kontek, nak inform pasal program.”

Adegan tolak-menolak terus berlaku. “Ala, tanak la. Saya dapat je info program. Tiap petang saya pinjam enset kawan, check mesej. Usrah malam nih pon saya dapat info gak.”

“Ala, amek je la. Susah nanti kalo orang len call.” Nadanya makin garang. Sedikit memaksa.

Dia serba salah.

“Susah arr…” Alasan terpacul lagi.

“Takde susah-susahnyer. Amek dan guna jek enset nih.”

Akhirnya dia berterus-terang. “Abang nak dengar citer sebenar ke?”

“Pe dier?”

“Meh saya citer.” Kedua batang tubuh menapak perlahan dari musolla menuju ke kafe di depan. Punggung dilabuhkan di kerusi, keduanya saling bertentang muka.

“Abang tau kan enset saya rosak?”

Jawapan berbalas dengan anggukan ringkas.

“Sebenarnye saya sengaja rosakkan. Saya balik enset tu ke dinding.” Dia tertunduk.

Terkejut, namun kekagetan itu cuba disembunyikan. “Kenapa plak?”

“Hmm, sebenarnye. Err, saya ada suka sorang pompuan.”

“Jadi?”

“Jadi, bila ada enset tangan asyik gatal nak sms die. Sebab nak elak sms die lagik, saya baling enset tu ke dinding, so lepas nih susah la sket nak sms die.”

Seorang lagi terdiam terus apabila mendengar penjelasan.

“Tu je cara yang ada untuk saya jaga diri saya. Saya takleh kawal, takleh stop sms. Jadi, saya rosakkan enset saya.”

Seorang lagi terkedu. Putus bahasa.

“Saya tak hebat cam abang, pandai jaga diri. Tuh jeh solusi yang ada. Saya tanak bersms ngan die. Saya tanak guna enset sampai saya btol-btol lupa nombor tepon die. Susah bang.”

Tidak hebat?

Bukankah itu suatu pengorbanan. Harta sendiri dijahanamkan, lantaran ingin mengelak dari berbuat perkara yang sia-sia. Semata-mata kerana Allah Ta’ala. Apa yang ada pada karunia dunia, jika makin menjauhkan kita dari rindu dan belaian Tuhan? Itu bukan nikmat, tetapi nikmah.

Aku ternganga. Serius, aku tabik spring.

Syabas! Moga-moga istiqamah selalu.

Ya Rabb! Letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku.

p/s:it’s better if tukar je simkad lain,yapi depend kat indvidu tu sendiri long as hati terjaga,n Allah melebihi segala-galanya, buat lah apa yg dirasakan perlu..Wallahu ‘alam..

Sumber: Emel kenalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s