Lalu Sekadar Menjenguk

Lalu sekadar menjenguk

Bismillah.

Lewat pagi dah ni. Mata belum lagi mampu dipejam. Alhamdulillah, sedikit perubahan dalam meng-update FYP (Final Year Project). Isnin depan berhasrat menunjukkan hasil kerja FYP ni dihadapan Supervisor, Madam Putri.

Memang lama tak buat ‘appointment’ dengan beliau. Kebetulan, Madam pun semakin sibuk dengan komitmen baharu di universiti. Tidak seperti dulu, hanya seorang pensyarah yang berpengalaman lama sebagai Ketua Pustakawan di UKM.

Kini komitmen beliau dipelbagai tempat, FST – FPQS – Bangunan Canselori.

Bukanlah hal Madam mahu ditulis dalam blog kali ni. Sekadar berkongsi siapa antara manusia hebat yang saya kagumi. Tentunya Madam Putri Saniah Megat Abdul Rahman salah seorang daripadanya.

Tarikh hari ini menyaksikan kesibukan kebanyakkan kawan-kawan. Termasuk diri sendiri. Terasa terlalu banyak perkara yang perlu diselesai segera. Di atas kudrat yang begitu terhad terkadang hambar. Inilah ujian.

Terbaca saya ‘wall post’ sahabat didalam ‘facebook’-nya, ujian merupakan tarbiyyah dari Allah SWT. Banyak kali dah saya mendengar, membaca ungkapan sebegini. Mudah tapi susah untuk dipraktik.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dahulu pernah juga merasa ditahun akhir. Mungkin berbeza sedikit di universiti ini. Bukanlah berniat untuk mempertikai segala ujian, sekadar berkongsi moga sekurang-kurangnya ringan dikepala.

Memang menjadi tabiat saya meluahkan rasa hati dan minda melalui tulisan sebegini. Tujuannya bukan untuk memberitahu dunia bahawa saya sahaja yang teruk menerima ujian. Terkadang habis semua kertas-kertas putih saya tulis apa sahaja yang ada dalam fikiran.

Rasa lega selepas menulis.

Dua hari lepas saya berjaya jua melakar satu contengan yang penuh di’white board’ comel dibilik. Contengan yang berserabut itu juga menggambarkan fikiran saya sebelum ni. Memang penuh dan berserabut.

Selesai sahaja menconteng, fikiran dan minda saya mulai ringan dan saya cuba mengisinya dengan teratur, satu persatu. Mana satu yang perlu dimulakan, siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya jika tugasan tersebut berkumpulan.

Inilah antara konkulsi yang saya dapat.

Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, terkenal dengan tulisannya di saifulislam.com berkata, hidup didunia ni merupakan ‘challenges’ yang mana manusia seperti kita ni harus respon. Respon menggambarkan kita siapa dan bagaimana orangnya. Ulasan ni Ustaz Hasrizal mengaitkan dengan bacaan yang kebiasaan mahasiswa di universiti membacainya. Maza ya’ni, karangan al-Marhum al-Sheikh Fathi Yakan.

Kita mesti respon.

Mungkin ada juga respon-respon saya terhadap ‘challenges’ berbeza. Maaf diminta. Insha Allah, saya sedaya upaya menyantui adab dan rasa hormat memberi respon terhadap ‘challenges’ ni.

Lewat sangat rasanya ni. Moga ada kekuatan untuk sujud solat subuh berjemaah.

Oh ye. Bacaan baru, karangan 11 tajuk daripada Sheikh A’bul A’la al-Maududi dan 4 tajuk daripada as-Syahid Sheikh al-Qutb, terkenal dengan kitab tafsirnya telah memulakan bicaranya soal siapa Muslim dan bagaimana kita respon dalam menerima Islam ni.

Tatkala membaca tulisan ni seperti dekat ditelinga dua orang tokoh ni membisik. Buku tersebut dinamaan Lailahaillah: Manhaj Hidup Muslim.

Sangat bagus tulisannya.

Sheikh al-Maududi menyebut, pentingnya manusia yang mengakui ke-Muslimannya mengakui kewujudnya Allah SWT dan segala apa yang disuruh serta dilarang-Nya. Juga membuktikan dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Erti menerima Islam sebagai ad-Din.

Kata ulama besar ni lagi, pengetahuan dan mempraktik pengetahuan tersebut membezakan Muslim dengan ahli kufr, syirik dan bid’ah.

Hebat tokoh Islam ni. Rugi jika tidak membaca tulisan-tulisan mereka.

Rasanya cukuplah dulu. Zalim pula jika tidak memberi rehat kepada mata ni. Esok masih diperlukan untuk menyiapkan ‘ujian sebagai tarbiyyah’ tu.

Maaf jika tulisan tiada fokus. Sekadar lalu untuk menjenguk sesawang blog. Semoga dengan sedikit perkongsian ni dapatlah  manfaat bersama.

Ujian itu tarbiyyah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s