Bismillah.
Sekadar ‘melekatkan’ gambar-gambar ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul SAW di Sek. Ren. Mendum.
Perjalanan yang mencabar tetap menarik kerana sejuk dikelilingi hutan dan air sungai yang sejuk. Hanya bermotosikal ke sana bersama sahabat, Muzakkir.
Asyik dan menarik apabila bertemu dengan adik-adik di sekolah tersebut. Sangat bersemangat menyahut salam. Saya bangga!
Ternyata adik-adik begitu ‘excited’ ingin mengetahui siapa Rasulullah SAW. Alhamdulillah, saya cuba memudahkan kefahaman mereka.
Paling penting mereka tahu dan ingin tahu lagi sirah junjungan.
Insha Allah, ketemuan lagi adik-adik yang hebat ni.