Entoh le…

Bismillah thumma alhamdulillah.

Assalamua’laikum wbt.

Hmm… Demi masa Tuhanku bersumpah! Hampir 3 minggu sebelum sesi kuliah dan tutorial saya selesai di universiti ini. Tak lama dah kan? Hmm…

Kali ini tulisan saya seperti diari. Tak salah, kan?

Tak tahulah kenapa semester terakhir ini. Macam kelam-kabut. Ada sahaja perkara yang kantoi. Kantoi sokmo. Hmm…

Yang peliknya sempat lagi melayan ‘benda asing’. Patutnya dah tak perlu melayan. Hmm… Inilah kehidupan, kan?

Terbaca tulisan kawan dalam blog beliau. Sibuk-sibuk pun sempat lagi ‘updating’ blog, fb dan lain-lain. Mungkin reaksi spontan untuk menunjukkan rasa tekanan.

Tertekan.

I Praise Allah For Sending Me You My Love – MZ

Bismillah.

Em, lama tak meng-update blog ni. Lagi-lagi tak tahu nak update pasal apa. Currently, ramai member-member updating their news dalam facebook, dah jadi facebooker tegar sekarang.

Cepat betul teknologi berubah dan mengawal diari kita seharian.

Actually, pertama kali posting video dalam blog sebelum ni pernah try tapi tak berjaya. Agak sentimental sikit.

Memang lagu-lagu MZ sekarang dah menjadi halwa telinga member-member, menarik dan mengasyikkan.

Therefore, posting video ni kira dah upated-lah blog saya kali ni.

Nak bincang isu? Maybe saya rehat setelah agak ‘memeningkan’ berfikir pasal isu. Isu negara, diri, member-member dan etc.

Selamat menghayati lagu ni, kredit untuk dia atau mereka yang design video ni dalam YouTube, nice background dan wording.

Salam mahabbah.

Apa Yang Kita Percaya?

Kepercayaan mengubah kehidupan diri. Analogi Ustaz Hasrizal, seorang cikgu terbaik diumumkan oleh guru besar dan diberi peluang mengajar pelajar terbaik di sekolah tersebut.

Akhirnya, keputusan atau pencapaian mereka meningkat beberapa peratus. Rupa-rupanya cikgu dan pelajar tersebut sebenarnya bukanlah yang terbaik. Cikgu bukan cikgu terbaik, pelajar pun bukan cikgu terbaik.

Terkejut cikgu ini.

Guru besar memberitahu bahawa manusia akan melakukan sesuatu perkara (dalam keadaan terbaik) dengan apa yang mereka percayai.

Inilah sistem nilai. Jadi, apa sistem nilai yang kita selama ini percayai? Apa yang kita percayai untuk mengubah diri dan mereka disekeliling kita?

Hebat analogi Ustaz, bisik hati saya.

Tuhan Baik

Gambar hiasan

Ini kisah benar… Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la… Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,  ustaz ni pun bagi la nasihat.

 “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan… Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga… Kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu… Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung…

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam… Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga… Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga… Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga… Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga… Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”, tanya ustaz.

“Ah… Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je…”, rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, “bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya, “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK KITA untuk berpakaian sesuka hati kita”. Ingatlah, semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian… Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Oleh : Amin Fadzlan

Mimbar Ilqa’: Memang Macam-Macam

Mimbar ilqa' sama ke dengan sudut pidato?

Bismillah.

Rehat sekejap sebelum sambung semula ‘khoje’ fyp ni. Terbaca tulisan seorang sahabat berkaitan Mimbar Ilqa’ versi USIM, dikenali Sudut Pidato. Komersial USIM ternyata wujud di sana, walaupun hanya nama.

Difahamkan NC USIM telah pun turun padang merasmikan sudut tersebut di Pusat Komersial atau manjanya dipanggil PK, bukan ‘Lu PK la sendiri’.

Hambar reaksi pelajar.

Apa sebabnya? Pelajar USIM dah jemu kot dengan retorik pemimpin pelajar, mungkin. Atau pun banyak sangat birokrasi (baca: prosuder) yang pelik-pelik dikenakan kepada mereka yang ingin bebas bersuara.

Ilham kementerian membenarkan pelajar terlibat kembali dalam arena ni dialu-alukan kebanyakkan pelajar di universiti. UKM telah memulakan tradisi ni. Tahniahlah. Cuma peliknya, menjadi agak kurang selesa bila pelaksanaannya di USIM.

Niat untuk memperkemas bahasa di medan ni sangat dipersetujui. Namun, apa salahnya bahasa kebangsaan jua dibenarkan. Ni bukan sesi akademik yang mana bahasa pengantarnya bahasa arab atau inggeris.

Hasrat saya hanya ingin melihat pelajar USIM benar-benar berani meluakan rasa dan pandangan. Pelajar pelapis (bukan kek lapis) kepimpinan Negara kelak.

Ambil borang di HEP sebelum melontarkan idea dan suara. Macam peliklah plak. Tujuannya ingin melihat isi kandungan apa yang bakal diutarakan nanti. Bebas terkawal ke yang ingin dimaksudkan di sini?

Apa salahnya pelajar hanya hadir di tempat pengucapan dan meluahkan secara spontan pandangan mereka. Adakah mereka ni akan dikecam jika menyentuh isu ‘rumah tangga’?

Saya berpandangan supaya badan pelajar seperti MPP mengambil jalan tengah untuk memperbaiki kaedah yang ditetapkan kepada Mimbar Ilqa’ ni. Bertindak sebelum sudut ni menjadi satu lagi retorik kepada pemimpin pelajar.

Insha Allah, dengan adanya mimbar sebegini pelajar USIM lebih terisi dengan keberanian dan bukannya penakut dengan bayangan sendiri.

Mimbar Ilqa’ pencetus pelajar USIM yang idealistik, bebas dan berbeza. Amiin. Sekadar pandangan ‘orang luar’.

Abdullah Long, MPP USIM

‘Mengomen’ tulisan saudara Abdullah Long, bacaan penuh beliau di http://lahlong.blogspot.com/2010/03/pandangan-sudut-pidato.html.