Lama dan Sama

Kredit: ILuvIslam

Bismillah.

Lemahkan manusia ni. Lama mana sangat mahu mendabik dada menyatakan ‘akulah paling hebat dan kuat’. Lama mana. Mudahkan manusia ni diuji dengan nikmat dunia. Terasa seperti mampu melawan, sebenarnya tidak.

Asyik berfikir untuk berubah. Mana perubahan tu? Manis dibibir sahaja. Bukan kerja singkat dan senang untuk buat perubahan. Zikir perubahan diulang-ulang. Tak juga berubah. Mengulangi dosa yang lama dan sama.

Monolog diri sentiasa membisik-bisik. Bimbang, takut dan buntu menjadi mimpi ngeri sepanjang masa. Apa salah diri? Beratkah untuk memulakan satu langkah dan meninggalkan terus kesalahan lama dan sama? Keliru dan lalai dengan pandangan dunia.

Apa di depan mata, ingin dimiliki. Bukan semua untuk kita, ada juga untuk orang lain.

Cuma perlu kekuatan untuk menghargai dan urus apa yang ada. Kenapa perlu sakit kepala berfikir mengenai perkara belum tentu dimiliki. Jangan terlalu mencari kesempurnaan cukuplah sekadar usaha menyempurnakan apa yang ada.

Menasihati untuk dinasihati. Lebih baik membisu jika tidak mampu menanggung apa yang dinasihati. Fitnah dan serba salah diri dan hati membengkak. Kurangnya pengisian Ilahi, penuhnya nikmat nafsu dan jarang mendekati para ilmuan. Hati terus membengkak.

Lama mana sangat menghargai limpahan duniawi. Fizikal sentiasa dicukupi dengan teknologi tinggi, rohani kekal berkurangan hingga hampir kosong. Bimbang apa sumbangan kepada masyarakat selepas ni oleh orang muda di gedung ilmi. Sumbangan yang sumbang.

Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah nak jadi susah. Hari ni cerminan untuk masa depan. Jika kekal berangan-angan, bermimpi hingga ke siang hari apa maknanya orang muda ni untuk berbakti.

Persekitaran banyak memberi pengetahuan dan pengajaran secara realiti, terkadang tersentuh dihati. Hati ni Allah yang jaga. Syukur kerana hati terjentik untuk sedar dan terus sedar. Selamanya sedar untuk memaksudkan perubahan.

Letih berjuang berseorangan ni. Letih lagi memenatkan.

Apa lagi yang dirasa?

Benarlah ada perkara yang telah ditetapkan. Usaha dicelah ketetapan ni masih lagi bersinar. Biarlah ketetapan ni diusahakan untuk lebih baik dimasa depan dengan mengambil masa walaupun lama dan perit.

Selesaikan dahulu tanggungjawab! Jika dipertengahan ada bahagia juga dialu-alukan. Benarlah hidup ni satu perjuangan, biarlah berjuang ni dengan senyuman dengan memaksudkan kefahaman balasan syurga bakal diberi nanti.

Sabarlah dalam mehnah. Bukanlah teruk dan kejam sangat ujian sebegini. Hanya mengajar diri untuk mengawal diri dan memungkinkan ketetapan masa depan dengan perancangan.

Dosa lama dan sama haruslah dijauhi, jangan diulangi. Istiqhfar dihujung bibir sebagai menyatakan tidak redha dengan perbuatan diri. Hanya Allah sahaja tahu lagi Maha Mengetahui.

Selamat tinggal dosa lama dan sama!

4 thoughts on “Lama dan Sama

  1. Salam. Agak mendalam penulisan enta kali ni, dan benar-benar ana ‘tenggelam’ dengan maksud yang cuba disampaikan.

    Segala puji bagi Allah, beserta selawat ke atas Rasul.

    Terima kasih atas sedikit pencerahan yang bermakna.

  2. Sekadar meluah rasa hati untuk dikongsi. Terima kasih kerana sudi menjenguk sesawang Ana ni. Allah merahmati kalian jua dalam perjuangan yang abadi, insha Allah. Amiin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s