Kahwin dan Kahwin?

Bismillah.

Rasa tenang selepas membaca tulisan terbaru Ustaz Hasrizal mengenai Jangan Sekadar Syurga Dunia. Anda patut membacanya untuk mendapatkan sedikit pencerahan dalam perhubungan. Lagi-lagi kepada mereka yang sedang asyik atau keliru dalam mencari penyelesaian terbaik. Tahniah dan terima Ustaz!

Semester akhir semestinya memikirkan pelbagai perkara. Usia juga makin bertambah. Mencari jalan yang terbaik dalam membina masa depan yang benar-benar terancang. Penulis keliru dan kurang yakin jika perkahwinan merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk titik terakhir dalam perhubungan.

Mesti ada cara lain. Amat baik jika kejayaan dan kebahagian ini dirancang dengan sengaja, bukan tidak sengaja.

Cinta? Memang asyik. Ke mana cinta ini nak dikiblatkan? Hari ini kita melihat begitu ramai muda-mudi mudah ‘terjatuh’ dalam percintaan ini. Salah ke bercinta ini? Penulis terbayang, anak muda berumur dalam belasan tahun berkawan dan bercinta. Jika mereka ingin sebuah perkahwinan yang sah berapa mereka harus tunggu dan mengekalkan percintaan tersebut.

Kerja dan pendapatan harus dicari. Kemungkinan menyambung pengajian di universiti. Kekal ke? Penulis bimbang kita hanya tertipu dengan kenikmatan yang sementara. Lagi pelik jika kepercayaan dan kefahaman kita yang baik berubah sekelip mata disebabkan kemaruk dalam percintaan.

Sila baca dengan lanjut tulisan Ustaz Hasrizal http://saifulislam.com/?p=7508. Selamat membaca!

3 thoughts on “Kahwin dan Kahwin?

  1. gambar hate love macam familiar sangat kat google..

    “jangan bermain dengan api”,kelak akan memakan diri”

    “jangan bermain dengan cinta,kelak putus asa.”

    solusinya,jangan bermain dengan cinta walaupun ia fitrah jika masih di universiti,masih perlu banyak waktu untuk diri sendiri.

    Betapa hebatnya manusia yang dulunya zigot yg kenit mampu hidup sendiri sehingga umur 20 hingga 25 tahun.

    skang ,duit boleh beli isteri,duit boleh islahkan manusia.pikir2pikirkan;))+

  2. duit bukan segala-galanya, tp ia keperluan…

    nilaian sebuah perkahwinan bkn pd mahar dan hantarannya…

    isteri bukan spt pelacur di jalanan…

    cinta datang tanpa dijemput, adakah perlu menghalaunya…

  3. Maha Benarlah pengetahuan Ilahi bahawa manusia yang benar2 matang dalam umurnya dan agamanya mula mencari nikmat berkeluarga. Usrati, jannati. Abadan abada, amiin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s