Cuti Semester Singkat Tapi Indah

Along, Wazif, Adip & Angah di Sungai SamakBismillah.

Cuti pertengahan semester telah pun bermula sejak 15-20 February 2010 (termasuk cuti sabtu dan ahad). Semester kali ni agak pendek berbanding semester pertama dala jadual akademik universiti.

Ternyata pelbagai cerita tercipta sepanjang cuti semester ni. Segalanya indah belaka.

Perkampungan saya di Kampung Simpang Empat Dalam semestinya menjanjikan keseronokan apabila tibanya musim cuti. Kawasan yang dipenuhi kebun dan batang sungai yang sejuk.

Kegembiraan bersama keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk dimilki. Hanya melakukan beberapa aktiviti bersama membuktikan betapa eratnya sebenarnya hubungan kekeluargaan ni.

Ada manusia yang menunjukkan kasih sayang bersama dengan keluarga dengan kata-katanya, begitu juga sebaliknya dengan menggunakan perbuatan seperti rehlah.

Apa-apa pun, saya gembira. Sudah lama tidak berkesempatan untuk rehlah dan berkelah bersama-sama. Sungai Samak ni telah memberi kenangan yang baharu kepada saya dan keluarga. Adik-adik pun gembira.

Insha Allah, ianya akan terus kekal berulang. Senyuman untuk terus gembira bersama keluarga.

Lain pula cerita sahabat-sahabat saya dimusim cuti kali ni. Ramai yang dah mula melangkah kaki kanan dengan majlis pertunangan dan tidak kurang yang telah pun selesai diijabkabulkan. Tahniah dan tahniah (tiada unsur jeles di sini lagi).

Saya dan keluarga mengucapkan selamat pengantin baharu untuk sahabat-sahabat dan pasangan, moga panjang umur, diberkati, dan kekalkan hingaa keakhir hayat, insha Allah ke syurga nanti.

Maaf juga sebab tak dapat hadir.

Begitu serba sedikit cerita musim cuti kali ni. Sungai dan kahwin. Dibawah gambar-gamabar sahabat yang telah selesai walimah.

Faiz & pasangan

Dalila & pasangan

Semua 'on the way'

Advertisements

Lama dan Sama

Kredit: ILuvIslam

Bismillah.

Lemahkan manusia ni. Lama mana sangat mahu mendabik dada menyatakan ‘akulah paling hebat dan kuat’. Lama mana. Mudahkan manusia ni diuji dengan nikmat dunia. Terasa seperti mampu melawan, sebenarnya tidak.

Asyik berfikir untuk berubah. Mana perubahan tu? Manis dibibir sahaja. Bukan kerja singkat dan senang untuk buat perubahan. Zikir perubahan diulang-ulang. Tak juga berubah. Mengulangi dosa yang lama dan sama.

Monolog diri sentiasa membisik-bisik. Bimbang, takut dan buntu menjadi mimpi ngeri sepanjang masa. Apa salah diri? Beratkah untuk memulakan satu langkah dan meninggalkan terus kesalahan lama dan sama? Keliru dan lalai dengan pandangan dunia.

Apa di depan mata, ingin dimiliki. Bukan semua untuk kita, ada juga untuk orang lain.

Cuma perlu kekuatan untuk menghargai dan urus apa yang ada. Kenapa perlu sakit kepala berfikir mengenai perkara belum tentu dimiliki. Jangan terlalu mencari kesempurnaan cukuplah sekadar usaha menyempurnakan apa yang ada.

Menasihati untuk dinasihati. Lebih baik membisu jika tidak mampu menanggung apa yang dinasihati. Fitnah dan serba salah diri dan hati membengkak. Kurangnya pengisian Ilahi, penuhnya nikmat nafsu dan jarang mendekati para ilmuan. Hati terus membengkak.

Lama mana sangat menghargai limpahan duniawi. Fizikal sentiasa dicukupi dengan teknologi tinggi, rohani kekal berkurangan hingga hampir kosong. Bimbang apa sumbangan kepada masyarakat selepas ni oleh orang muda di gedung ilmi. Sumbangan yang sumbang.

Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah nak jadi susah. Hari ni cerminan untuk masa depan. Jika kekal berangan-angan, bermimpi hingga ke siang hari apa maknanya orang muda ni untuk berbakti.

Persekitaran banyak memberi pengetahuan dan pengajaran secara realiti, terkadang tersentuh dihati. Hati ni Allah yang jaga. Syukur kerana hati terjentik untuk sedar dan terus sedar. Selamanya sedar untuk memaksudkan perubahan.

Letih berjuang berseorangan ni. Letih lagi memenatkan.

Apa lagi yang dirasa?

Benarlah ada perkara yang telah ditetapkan. Usaha dicelah ketetapan ni masih lagi bersinar. Biarlah ketetapan ni diusahakan untuk lebih baik dimasa depan dengan mengambil masa walaupun lama dan perit.

Selesaikan dahulu tanggungjawab! Jika dipertengahan ada bahagia juga dialu-alukan. Benarlah hidup ni satu perjuangan, biarlah berjuang ni dengan senyuman dengan memaksudkan kefahaman balasan syurga bakal diberi nanti.

Sabarlah dalam mehnah. Bukanlah teruk dan kejam sangat ujian sebegini. Hanya mengajar diri untuk mengawal diri dan memungkinkan ketetapan masa depan dengan perancangan.

Dosa lama dan sama haruslah dijauhi, jangan diulangi. Istiqhfar dihujung bibir sebagai menyatakan tidak redha dengan perbuatan diri. Hanya Allah sahaja tahu lagi Maha Mengetahui.

Selamat tinggal dosa lama dan sama!

Kahwin dan Kahwin?

Bismillah.

Rasa tenang selepas membaca tulisan terbaru Ustaz Hasrizal mengenai Jangan Sekadar Syurga Dunia. Anda patut membacanya untuk mendapatkan sedikit pencerahan dalam perhubungan. Lagi-lagi kepada mereka yang sedang asyik atau keliru dalam mencari penyelesaian terbaik. Tahniah dan terima Ustaz!

Semester akhir semestinya memikirkan pelbagai perkara. Usia juga makin bertambah. Mencari jalan yang terbaik dalam membina masa depan yang benar-benar terancang. Penulis keliru dan kurang yakin jika perkahwinan merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk titik terakhir dalam perhubungan.

Mesti ada cara lain. Amat baik jika kejayaan dan kebahagian ini dirancang dengan sengaja, bukan tidak sengaja.

Cinta? Memang asyik. Ke mana cinta ini nak dikiblatkan? Hari ini kita melihat begitu ramai muda-mudi mudah ‘terjatuh’ dalam percintaan ini. Salah ke bercinta ini? Penulis terbayang, anak muda berumur dalam belasan tahun berkawan dan bercinta. Jika mereka ingin sebuah perkahwinan yang sah berapa mereka harus tunggu dan mengekalkan percintaan tersebut.

Kerja dan pendapatan harus dicari. Kemungkinan menyambung pengajian di universiti. Kekal ke? Penulis bimbang kita hanya tertipu dengan kenikmatan yang sementara. Lagi pelik jika kepercayaan dan kefahaman kita yang baik berubah sekelip mata disebabkan kemaruk dalam percintaan.

Sila baca dengan lanjut tulisan Ustaz Hasrizal http://saifulislam.com/?p=7508. Selamat membaca!