Muhasabah MPP: Mahasiswa Tidak Selamanya ‘Pelajar’

Berubah Seperti 'Super Sonic'

Bismillah.

Semalam selesai pertemuan rasmi terakhir bersama sahabat-sahabat MPP. Sesi muhasabah setahun memegang tanggungjawab dan amanah memimpin diri, sahabat-sahabat kampus dan universiti. Tentunya banyak kekurangan dan kelebihan sepanjang setahun berada di pejabat MPP ini.

Lusa cukup setahun umur MPP. Kebetulan lesen memandu pun tamat. 13 Januari 2010.

Pelbagai luahan rasa hati, pengetahuan dan pengalaman telah dikongsi bersama sepanjang hampir 3 jam pertemuan tersebut. Hanya beberapan barisan MPP tidak dapat hadir kerana mushaqqah dan komitmen praktikum seperti Saudara Najib (balik kampung zaujah), Saudari Ainul (praktikum di Singapura), Saudari Fadilah (praktikum) dan Saudari Hayati (mushaqqah).

Perubahan menjadi isu dan Key Result Area kepada MPP kali ini. Walaupun dari sudut material tidaklah sebaik sumbangan seperti MPP sebelum ini namun jihad atau desakan untuk mengubah gaya fikir mahasiswa USIM kepada perkara ‘berat’ seperti wacana, pembentangan kertas kerja dan sebagainya tampak berjaya.

Ia tetap diakui sebagai langkah permulaan untuk legasi penerus.

Bukan perkara mudah untuk menyantui sirah Nabawiyyah yang mana Nabi Muhammad SAW cuba mengubah gaya fikir jahiliyyah kepada Nur Allah. Bagaimana peristiwa Baginda menulis surat kepada pembesar-pembesar supaya menerima Islam dan menyebabkan berlaku Fath al-Makkah.

Bidayah dan Nihayah yang baik, insha Allah. MPP telah memulakan lukisan kepimpinan dengan Munajat Kubra Palestin di KKNC dahulu. Seingat saya, dua orang bekas YDP MPP telah dijemput untuk memberi taujihat dan nasihat berkaitan isu Palestin ini. Ketika itu kita menginsafi isu dan mengenal ‘pelakon terkenal’ dalam dunia Islam seperti Salahuddin al-Ayubbi.

Siapa sangka, diakhir kepimpinan MPP ini BPSK (Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian) sekali lagi menampilkan Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anak muda-mudi di USIM.  Seorang manusia yang biasa kepada luar biasa.

Begitu juga kita, siswa-siswi di USIM yang tampak biasa tapi sebenarnya luar biasa.

Akhir kalam, MPP menginsafi sepanjang setahun diberi pinjam kepimpinan dan kepercayaan dalam mentadbir mungkin ada tersalah dan tersilap. Mohon dimaafi. Terima kasih di atas sokongan.

Sesungguhnya, kami BERBANGGA dengan mahasiswa USIM hari ini kerana sudah mula menunjukkan PERUBAHAN sebagai seorang mahasiswa di menara gading, iaitu universiti.

Jangan biarkan mahasiswa selamanya ‘dipelajarkan’. Ayuh berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s