AKSIS 2009, ‘enta’ hebat!

MPP di Pan Pacific Hotel KLIA

Bismillah.

‘Tahniah, akhirnya terbukti enta hebat’. Ungkapan yang sempat saya sampaikan kepada sahabat-sahabat yang terpilih sebagai jaguh AKSIS 2009.

AKSIS atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM nampak berbeza kali ini. Dibawah kelolaan BHEP dan ULPM, majlis di Pan Pacific Hotel KLIA ini diserikan lagi dengan kehadiran Ayahanda mantan NC, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin.

Cerita ‘adik-beradik’. Alhamdulillah, sahabat-sahabat MPP juga ada yang berjaya digelar jaguh AKSIS 2009 ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan sekali lagi, Saudara Afiq (Kategori Pembangunan Insan), Saudara Asyraf (Kategori Kesukarelawan) dan Saudari Hayati (Kategori Perdana Siswi).

Ada benarnya nasihat dan gurauan saya sebelum ini kepada sahabat-sahabat MPP, ‘biarlah kita menjadi orang biasa asalkan kita dapat mendidik dan berkongsi dengan sahabat-sahabat bakal hebat suatu hari nanti, jangan lupa sahabat-sahabat lain bila sudah berjaya’. AKSIS membenarkan nasihat dan gurauan ini sebagai langkah pertama untuk selamanya berjaya.

‘Malam ini kira last kita pakai baju batik oren MPP ini, next weeks tak boleh nak guna dah’. Kata seorang ahli MPP ketika riang mengambil gambar dihadapan Pan Pacific Hotel. Kenyataan yang MPP perlu terima.

Insha Allah, kepimpinan MPP bakal berubah tidak lama lagi. Terasa pantas masa berlalu. Seingat saya, 13 Januari 2010 depan genaplah setahun MPP diberi peluang memimpin warga kampus USIM.

Jangan ditanya siapa pengganti MPP Sesi 2009/2010. Tanya diri anda bersedia atau tidak menjadi wakil mahasiswa? Bersedia atau tidak ‘menghalalkan’ pengganti yang ditangkap lentok untuk bertanding.

Anda menentukannya.

Bukan kisah PILIHANRAYA KAMPUS tulisan kali ini, hanya iklan sementara untuk sejenak berfikir.

Berbalik cerita AKSIS tadi, kehadiran mantan NC diraikan dengan Anugerah HEP yang menghargai kepimpinan, pengorbanan dan dayausaha beliau membawa USIM ke persada nasional mahupun antarabangsa.

Ayahanda mantan NC begitu dedikasi dan cakna soal pandangan dan perubahan melalui sumbangan kerja dan idea mahasiswa.

Segar lagi diingatan saya ketika siri mesyuarat bersama beliau dahulu. Beliau begitu terbuka menerima pandangan mahasiswa khususnya MPP seperti harapan baru mahasiswa melalui Resolusi Sidang Pleno 2009. Sehinggakan beliau bersedia melihat dan mendengar teks asal resolusi tersebut.

Tidak kesampaian, beliau menamatkan jawatannya sebagai NC pertama USIM. Alhamdulillah, perkembangan terbaru NC kedua USIM telah memberi reaksi positif atas pandangan dalam resolusi tersebut.

Sesungguhnya, mahasiswa tidak lupa jasa baik Ayahanda NC selama hampir 10 tahun memimpin USIM.

Akhir kalam, AKSIS gelanggang terbaik (setakat ini) mengiktiraf peranan mahasiswa di USIM dan apa salah sekira saya melontar harapan dan cabaran baru kepada mahasiswa USIM supaya bersedia melakukan ‘kerja-kerja berat’ dalam mencipta sejarah baru.

‘Bukan PEMUDA yang menyatakan inilah AYAHKU, tetapi PEMUDA yang sebenar ialah yang menyatakan inilah AKU’. Sama-sama kita renungkan.

Mahasiswa USIM, ayuh berubah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s