Dr. Adel dan ‘Brain to System’

Bismillah.

Hari keempat tahun baharu 2010. Terasa ingin berkongsi. Mula berfikir ketika sinopsis silibus semester ini diterangkan oleh pensyarah pagi tadi. Rasa tidak sabar. Mungkin ada yang berulang dan tetap ingin berkongsi. Jika kita mempunyai daya pemahaman dan sedikit ‘focus’, insha Allah kita mampu memahami disebalik yang tampak biasa.

Apa yang nak dikongsi sebenarnya? Sama-sama berkongsi rasa.

Kelas Dr. Adel. Beliau hadir lewat hari ini, seperti biasa kami semua sudah pun bersedia sebelum kuliah Dr. Adel bermula. ‘You know my rule?’. Ini pesan beliau kepada kami seawal kuliah pertama mingggu lepas. Terlambat, sengaja atau tidak sengaja, anda kekal berada diluar bilik kuliah.

Cerita Dr. Adel. Semester terakhir kali ini, kami akan memahami dengan penuh praktikal berkaitan manuskrip. Islam dan Melayu. Sangat mencabar. Dalam masa 1 semester ini sahaja kami terpaksa menumpukan perhatian yang penuh dalam menyiapkan tahqiq. Seperti menyalin kembali manuskrip asal. Tapi ada undang-undang. Sangat menarik tetapi sedikit susah.

Anda bayangkan bukan sahaja menyalin tetapi mengenali atau mencintai manuskrip itu. Tak kenal maka tak cinta. A sehingga Z kami harus tahu berkaitan manuskrip ini.

Sedang Dr. Adel ‘membebel’ dihadapan, saya membuat kefahaman mudah. Sesungguhnya manuskrip yang kita (mahasiswa SPM) bakal jumpa dan tahqiq nanti semuanya ‘salah’ sehingga kita berjaya ‘memperbetulkannya’. Maksud saya begini, walaupun dalam manuskrip menyebut nama sahabat seperti Saidina Umar RA, tidak pasti dan tidak mungkin beliau merupakan Saidana Umar al-Khattab RA. Mungkin orang lain dan potensi.

Sangat memerlukan pembacaan yang banyak.

Bayangkan jika sepotong hadith di dalam manuskrip ini hanya disebut maksudnya. Agak-agak kitab turas mana yang patut kita rujuk? Ketelitian sangat diperlukan disini.

Lain pula cerita di kuliah Prof. Dr. Rosalina. Pensyarah baharu daripada USM. Hampir 27 tahun di universiti Apex. Sangat menarik dan saya suka gaya ‘memujuk’ beliau dalam kuliah Pengurusan Ilmu.

Pengurusan Ilmu, seperti subjek untuk tahun 1. Adaptasi ke dalam dunia keperpustakaan, bukan perkara mudah. Apa yang difahami sebagai muqaddimah adalah bagaimana kefahaman ‘brain to system’ ini direalisasikan.

Seperti contoh Prof., mengenali kerusi. Kerusi ini pelbagai, tapi bagaimana jenis kerusi ini dapat dibeza-bezakan. Ada kerusi kayu, berlainan warna dan sofa juga ‘adik-beradik’ kerusi. Jadi, ‘brain’ ini akan berfikir mengambil ‘data’ (kerusi) ini untuk diterjemahkan dalam ‘knowledge’ (sistem mengenali dan membezakan jenis kerusi).

Mungkin kurang baik analogi ini. Namun, teorinya sangat realistik dalam mengaplikasi ilmu dalam pengurusan.

Tidak sabar menunggu hari seterusnya. Hari dalam memahami ilmu baharu, manuskrip dan pengurusan ilmu.

Tetap cekal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s