PRK: Muqaddimah

PRK: Hujung Januari 2010?

Bismillah.

PRK hujung Januari 2010, betul ke? Begitulah bahang Pilihanraya Kampus (PRK) semakin hari semakin terasa. Beberapa kampus tampak bersedia menghadapi acara tahunan ini. Tidak dilupai juga, ada beberapa kampus yang telah menjalani PRK pada tahun yang lepas, 2009. Ternyata PRK ini dinanti-nanti oleh mahasiswa samada sumbangan mereka hanya semata-mata mengundi mahupun memeriahkan suasana sahaja.

Biarlah apa sahaja alasan segelintir mahasiswa yang menyatakan sama sahaja jika ada tidak ada PRK ini, kampus boleh hidup seperti biasa, isu kebajikan mahasiswa tidak diperjuang oleh calon yang menang sebelum ini, hakikatnya PRK suatu medan kebijaksanaan mahasiswa memilih dan menaruh harapan baharu kepada calon dalam membentuk lanskap politik kemahasiswaan di alam kampus.

Sebagai muqaddimah, kampus yang berada di lembah klang sentiasa diberi perhatian oleh banyak pihak. Mereka ini seperti qudwah perjuangan kepada kampus-kampus baharu dan diluar lembah klang. Jika menyelusuri sejarah gerakan mahasiswa samada Team A atau Team B ini, kampus seperti UM, UIAM, UKM dan UPM ternyata hangat lagi berasap menjelang PRK ini.

Mungkin andaian semata, PRK kali ini bakal menyaksikan pertemuan dramatik dan mungkin juga hanya semata melebihkan watak individu dalam memenangi kerusi dalam PRK ini. Cuma, kelebihan yang agak nyata dan dapat dilihat mereka ini (calon) ‘berdarah muda dan bersemangat’. Orang muda yang bakal mencorak pemikiran baharu kepada masyarakat kampus.

PRK sentiasa dibentangkan dengan isu kampus dan manifesto. Isu dan manifesto inilah menjadi azimat dan paksi jelas kepada pengundi. Samada perbincangan isu dan manifesto ini hanya retorik mahupun isi perjuangan yang bakal dipersembahkan kepada pengundi kelak. Jadi, fahamilah realiti dan kehendak sebenar mahasiswa supaya ‘umpan yang berharga dan mampu buat’ mendapat tempat disanubari masyarakat kampus.

Baharu ini, UM agak tegang apabila forum berkaitan E-Voting diadakan. Sumbangannya sangat besar kepada mahasiswa di UM (kemungkinan) dan diluar UM dalam memahami isu tersebut. Apa yang difahami, seluruh mahasiswa menerima dengan hati yang terbuka sistem tersebut, cuma persoalan berkaitana amanah, ikhlas dan integriti kepada mereka yang mengawalselia sistem tersebut. Ini kefahaman ringkas apabila membaca tulisan-tulisan berkaitan didada akhbar.

Akhirnya, soal calon, isu, manifesto dan sebagainya haruslah ‘dekat dihati’ bak slogan TV9 supaya kita tidak dipandang sinis dan menyampah oleh masyarakat kampus ini kerana tanpa mereka tiada makna kepada calon yang bertanding. Sama-sama kita mendoakan keharmonian dan kesejahteraan PRK kali dipertingkatkan.

Jangan hanya mencari kesempurnaan sedangkan mahasiswa dikampus hanya seperti ‘dipelajarkan’. Bak kata pepatah Arab, ‘biar sedikit tapi bermanfaat daripada banyak yang mendatangkan si-sia’. Renung-renungkanlah bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s