Dilema Nafsuku

Bismillah.

Nafsu tentunya mencari keseronokan dan kepuasan. Harta, wanita dan sebagainya. Nafsu perlulah dididik dengan baiknya, melalui hidayah. Meronta-ronta keinginan nafsu memiliki hal dunia ini. Memohon petunjuk yang Maha Esa memberi jalan ‘cahaya’ kepada kekeliruan.

Rasa tidak sempurna jika tangan tidak disaluti jam, jam tangan. Rasa ingin memiliki jam yang baharu tetapi keliru menentukan yang terbaik dan wasitah dengan kehidupan. Casio dengan harga melebihi bajet menjadi mimpi indah tiap malam. Terus keliru dan keliru. Apa salahnya memiliki sesuatu dengan rasa puas dengan harga melebihi sedikit bajet? Jauhkan diri daripada perasaan bangga dengan kemewahan. Sahabat menasihati, biar mahal sedikit harganya supaya lama boleh guna, 5 tahun, 10 tahun atau bertahun-tahun.

Mungkin ada benarnya.

Memohon petunjuk moga tidak tertipu dengan godaan nafsu. Membeli dengan niat berbakti, menjaga masa yang telah Allah SWT bersumpah dengannya.

Lain cerita pula, jari-jemari semakin gatal menulis. Komputer riba atau meja masih belum lagi berjaya dimiliki. Susah sekarang untuk senang masa hadapan, kata orang. Ada benarnya. Terima kasih kepada adik sudi bagi pinjam si Acer ini. Banyak baktinya. Tapi selepas ini bagaimana? Komputer meja semakin uzur dan menjadi buntu mencari ‘bahan gantinya’. Tetap duit menjadi habuannya. Komputer riba, beribu harganya. Keliru menentukan modal untuk keperluan begini.

Ah! Guna sahajalah kemudahan di kampus, bisik hati memujuk nafsu yang meronta. Alasan sahaja semua itu. Komputer baharulah konon. Permudahkanlah ya Allah. Engkau Maha Mengetahui segalanya.

Tidak sangka banyak cerita diawal semester. K530i mula menunjukkan rasa tidak selesa, ‘sakit’ sehingga tidak mengeluarkan apa-apa cahaya melainkan duit menjadi taruhannya. Kenapa? Getaran tidak berwajah seolah-olah menyatakan harapan baharu untuk kembali ‘sihat’. Namun, bayaran tetap bayaran. Wah! Ongkos semakin terasa disedut pantas.

Mujur masih punyai teman si Nokia. Jatuh berkecai masih berbakti dengan baiknya. Membisik lagi, ‘dah ada Nokia nak buat apa baiki yang rosak tu, buang duit je?’.  Ada betulnya. Apa kurangnya jika diperbaiki kerana banyak lagi khidmat sosial yang diperlukan melaluinya, gambar, lagu, radio dan sebagainya.

Cuba merisik kawan mencari yang terpakai, namun tiada rasa.

Ya Allah, ini ujian-Mu untukku berfikir apa yang terbaik. Aku sanggup tinggalkan semua ini jika habuannya aku dekat dengan-Mu. Bantu diriku memilih yang terbaik untuk berbakti kepada agama-Mu, bukan semata-mata memiliki hal ini dengan melupai-Mu.

Amiin…

3 thoughts on “Dilema Nafsuku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s