2010 di Masjid Kuarters KLIA

2010

Bismillah.

Kem Jati Diri di Masjid Kuarters KLIA. Pengalaman baharu bersama adik-adik yang rata-rata masih lagi berada di sekolah menengah. Seramai hampir 80 orang peserta mengikuti kem ini, bermula daripada tingkatan satu hingga lima. Kem yang sangat baharu bagi saya.

Rasa tenang dan bahagia di masjid. Suasana mesra Biro Wanita masjid membantu kami lebih bersemangat meneruskan kem ini selama dua hari bermula 31 Disember 2008, khamis. Hebat komitmen ahli masjid ini.

Saya diberi peluang untuk berkongsi bersama adik-adik dalam slot ‘cerita Hassan’ dan praktikal solat. Sangat teruja melihat adik-adik menghayati ‘cerita Hassan’ yang telah banyak memberi mesej ringkas untuk difahami bersama terutamanya mengenai kepentingan solat. Tidak kurang ‘beraninya’ adik-adik yang tidak melepaskan fail untuk menutup mata dan muka kerana terasa amat takut apabila dialog ‘sakaratul maut’. Namun, adik-adik ini berjaya menonton cerita tersebut dengan baiknya.

Selesai ‘cerita Hassan’, mula sesi praktikal solat. Alhamdulillah, saudara Afiq banyak membantu dalam sesi ini. Adik-adik kebanyakkan mengetahui dengan cara yang betul menunaikan ibadah solat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diambil serius seperti bacaan-bacaan didalam solat. Bacaan ini haruslah dibaca dengan kaedah yang betul. Tidak kurang ada juga dikalangan adik-adik yang masih ‘tidak tahu dan tidak pasti’ hal berkaitan solat ini seperti doa qunut, bacaan tahyat dan sebagainya.

Selain adik-adik yang bersungguh untuk berubah, ibubapa juga harus berperanan membantu memperbaiki ibadah mereka supaya amalan ibadah adik-adik ini akan mampu ‘disedekahkah’ kepada ibubapa yang telah dan akan meninggal dunia nanti.

Tahun baharu dan bersujud di pagi hari. Hebat adik-adik ini. Kehadiran tahun baharu 2010 kali ini, adik-adik berjaya melakukan qiamullail bersama-sama. Sekurang-kurangnya adik-adik berjaya mengelakkan diri terlibat perbuatan sia-sia dalam menyambut tahun baharu seperti berlakunya di kota-kota raya. Tahajud, taubat dan hajat menjadi ‘pengisian’ baharu adik-adik bagi tahun 2010 ini. Permulaan dan azam yang hebat sebagai hamba-Nya.

Kem ini telah banyak menekankan aspek ‘diri ini adalah hamba-Nya’. Hamba yang tiada apa-apa diisi-Nya melainkan iman dan taqwa. Begitulah pandangan saya dalam kem yang pertama kali saya ikuti ini. Ketua fasilitator, saudara Mohd Hariri telah cuba sedaya upaya memahamkan adik-adik mengenai tujuan hidup dunia ini. Tahniah saudara Mohd Hariri. Cukup memuaskan dan pengetahuan baharu dipelajari. Bukan senang mendidik adik-adik ini, kesabaran adalah dituntut dalam kem ini.

Akhirnya, moga kem ini bukan hanya meninggalkan kenangan indah bersama akan tetapi memberi daya untuk kita mahu lebih mengenali diri dan agama Islam. Jangan malu dan buat perkara sia-sia dalam kehidupan yang singkat ini.

Tahniah adik-adik.

4 thoughts on “2010 di Masjid Kuarters KLIA

  1. Assalamulaikum.. semalam 8/10/2010.. saya dan anak lelaki melakukan sembahyang jumaat di masjid kuataers KLIA .. anak saya memakai kasut crocs yg mempunyai beberapa buttons .. selesai saja jumaat didapati kasut anak saya tiada .. saya meninjau dan didapati seorang lagi juga menghadapi masalah yg sama.. dan terpandang seserang pembonceng motosikal hanya memakai stoking saja.. saya cuba bertanyakan beberapa budak sekolah dan rata2 menyatakan memang di situ mempunyai budaya kehilangan kasut terutama kasut crocs yg ada button.. Persoalannya apakah budaya ini masih mahu diteruskan..?? tanpa ada tindakan dari ibu bapa atau pihak masjid.. saya merasa tersangat kecewa kehilangan berlaku ditempat ibadat.. apakah para ibu bapa sekitar hanya berdiam diri saja tanpa bertanyakan anak2 memakai kasut yg tidak pernah dibelinya..?? apakah pihak masjid tidak memantau atau membuat umpan krn perkara ini telah diketahui acapkali berlaku.??Melentur buloh biarlah dari rebung .. haram halal perlu diambil kira.. wassalam

  2. Terima kasih kepada yang memberi teguran atas kehilangan kasut anak beliau semasa Solat Jumaat. memang diakui bahawa budaya mencuri dimasjid ini telah menular dengan hebat sekali. Ini bukan berlaku dimasjid Kuarters KLIA saja malah dimana-mana masjid pun kerap berlaku perkara kehilangan hartabenda masjid.
    Masjid Kuarters KLIA telah mengalami 3 kali tabung masjid dipecah dan dicuri. Begitu juga kasut-kasut yg ada harga apatah lagi berlaku diwaktu orang sedang bersolat Jumaat.
    Pihak masjid amat menyedari perkara ini, dan setiap kali Jumaat telah mengupah 2 orang Ustazah dari SARA untuk menjaga anak-anak supaya solat Jumaat. oleh kerana kawasan yang luas dan Ustazah tidak mampu menjaga semua kawasan terutama kasut.
    Walaupun begitu, pihak masjid akan mengambil tidakan sewajarnya bagi membendung jenayah curi dimasjid dari masa kesemasa.
    Atas teguran para jemaah diucapkan ribuan terima kasih.

    Hj Tajul Urus Dawam
    S/Usaha masjid.

  3. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah memberi komen kepada pengurusan Masjid Kuarters KLIA. Memang diakui bahawa dimasjid ini sewaktu solat Jumaat. Bukan sahaja kehilangan kasut tetapi motosikal, basikal dan tabung masjid dibawa lari.
    Pihak masjid sentiasa memantau akan keselamatan ini dan telah melantik 2 orang Ustazah SARA untuk mengawasi anak-anak sewaktu solat Jumaat.
    Kehilangan barangan seumpama itu bukan sahaja dimasjid ini, malah lain-lain masjid juga menghadapi nmasaalah yang sama. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasioh atas teguran para jemaah dan InsyaAllah akan mengambil tindakan sewajarnya dari masa kesemasa.

    Wassalah.

    HJ TAJUL URUS BIN DAWAM
    SETIAUSAHA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s