Syiria Sentiasa Dihati

Rindu syawarma di Syiria

Bismillah.

Memang tak boleh nak tidur sekarang ini, masa pun dah lewat pagi. Teringat cerita dulu di Syiria. Memang tak sangka boleh ziarah bumi Syam ini. Mula-mula sampai di lapangan terbang, masih terpinga-pinga. Tetap membanggakan di sana.

Cerita ini tahun 2007, lama dah. Banyak perkara ditimba di sana. Dulu memang ada angan-angan nak ke tanah arab macam sambung belajar lepas Diploma ke Al-Azhar. Tapi tak ada rezeki dan sambung di universiti tempatan.

Bayangkan sebelum terpilih. Ujian sahaja dah memang susah. Antara mereka yang mengambil memang ‘power’ dalam bahasa Arab. Rasa macam dah tak ada harapan masa itu.

Mula-mula macam tak percaya boleh tersenarai dalam senarai pendek untuk ditemuramah. Sesi temuramah pun boleh tahan. Ada ke Ustazah tanya tentang isu pengebom berani mati. Memang ‘blurr’ masa itu. ‘Member’ satu kumpulan memang cairlah bagi pandangan, siap ada dalil lagi.

Takut-takut. Cuma sempat bagi dua tiga kerat pandangan sahaja ketika itu. Alhamdulillah, terpilih.

Hari kedua di sana kami kena mendaftar untuk mengambil peperiksaan. Nak tentukan ‘level’ mana dalam penguasaan bahasa. Alhamdulillah, boleh tahanlah ‘level’ yang Penulis dapat.

Oh ye! Kami bertiga di sana, Izzat Amsyar, Fareed Hassan dan Penulis. Memang ‘happening’ dan pening kenal dengan dorang ini. Sangat berbeza.

Kelas di pusat bahasa (kalau tak silap) tak lah susah dan lama sangat. Sekadar bermula waktu pagi dan berakhir tengahari. Memang singkat sangat. Penguasaan dan kelancaran bahasa terpaksa berinteraksi dengan masyarakat di sana.

Sangat lembut bahasa mereka. Tanggapan pertama seperti ‘mengada-ngada’ intonasi mereka. Ternyata mempersona!

Selama hampir 2 bulan lebih di sana, macam-macam cerita diperolehi. Yang suka, semangat, sirah dan sebagainya. Sepanjang di sana, kawan karib berasal daripada Malaysia (rumah di TTDI), Ustaz Burhanuddin sentiasa bersama.

Macam ‘tourist guide’. Begitu juga sahabat-sahabat daripada Persatuan Pelajar (lupa nama penuh persatuan).

Tak susah rupanya nak berbahasa Arab. Syaratnya kena bersungguh dan ada suasana seperti berkawan dengan masyarakat Arab. Terkesan jugalah selepas balik daripada Syiria dulu.

Keyakinan untuk berbahasa sangat kuat walaupun tidaklah betul semuanya. Cara sebutan seperti Arab dapat dikuasai. Mana tak nya, di sana nak tak nak kena berbahasa lagi-lagi ada urusan di luar.

Rindu nak ke sana lagi. Bila lagi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di bumi Syam ini.

Moga diberi jalan kemudian hari.

Maksudkan Perubahan & Buat Kerjalah!

Kredit to Google

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini hari baru Penulis. Ruangan baru untuk meneruskan perjalanan yang lebih sukar. Insha Allah, dunia baru kali ini bakal menjanjikan sumbangan terbaik.

Sudah lama mengimpikan kehidupan diluar sedikit kesibukan di alam kampus. Terbang bebas seperti burung merpati. Teragak-agak sebenarnya untuk meninggalkan kawan-kawan lama. Lama berkongsi rasa namun akhirnya terpisah.

Tidak ada rasa soal terasa hati cuma memohon lebih berdikari.

Suatu pertemuan singkat. Tetap menyumbang seperkara untuk bersama muhasabah. Muhasabah untuk memaksudkan perubahan. Letih terkadang apabila zikir mengenai perubahan ini. Kekal angan-angan.

“Macam mana nak ubah diri dan memberi kesan perubahan kepada kawan-kawan?”. Pasti rutin pengubah berbeza dalam fikiran dan amalan. Ini yang Penulis rasa. Tepuk dada tanya iman dan istiqamah dalam amalan.

Penulis bertanya dan ternanti apakah ‘event’ pertama MPP baru. Pasti mengasyikan! Kita ‘boom’ untuk kawan-kawan cakna. MPP memimpin perubahan. Orang lain tak boleh ke?

‘Teh tarik’ lagi. Apa peranan kita? Ibarat pemain bola sepak yang telah dibeli oleh pasukan lain dan apa gunanya untuk melenting. Kita buat kerja ke untuk mendapat pemain yang terbaik ini. Biarlah Robinho berhijrah ke Santos meninggalkan Man. City. Apa yang kita buat dan apa yang berbeza di ‘Santos’.

Kenapa cerita tentang Robinho ini? Kan banyak lagi pemain terkemuka didunia ini. Soalnya mungkin Robinho merupakan ‘manusia lah sepatutnya bersama dengan Man. City buat selama-lamanya’, kerana dia tahu dan faham sesuatu.

Buat kerja kalau nak sesuatu yang hebat. Bukan dengan hanya tersenyum.

Membebel apa ini?

“Ah, biarkanlah pasal tu”. Mentaliti berbeza dalam mengukur kefahaman.

Oh ye, ruang baru tadi. Ruangan untuk ‘performance’ terakhir. Insha Allah, akan terbukti dengan dokongan dan disiplin.

Anda doakan untuk Penulis.

Lama Tak ‘Posting’

Lenovo

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak ‘posting’. Tak tahu nak mulakan dengan apa. Terkadang ‘blur’. Memang lama. Alhamdulillah, lepas ziarah blog saifulislam dan langitilahi tadi, terasa jeles untuk menulis. Berkongsi melalui tulisan.

Amir, ‘ana’ menulis juga malam ini. Jawapan untuk bakal ‘housemate’.

Sebelum melelapkan mata untuk rehat, ‘tag line’ telah diubah. Bukan tidak istiqomah. Ini hasil koreksi diri. Lama berada di gedung ilmu terasa kurang. Jahil.

Ilmu hijrah kejahilanku? Ilmu yang bagaimana? Ada lagi ke hijrah di zaman moden ini? Siapa jahil? Macam-macam terlintas dalam fikiran sebelum ini.

Ilmu itu hidayah, cahaya, penunjuk jalan dan sebagainya. Benar, ilmu berkuasa menjadikan kita seoarang penakhluk, menyebabkan kita sentiasa berasa kurang (jika merendah diri) dan lain-lain. Mana ilmu ini? Selalunya ianya tercabar apabila ada isu.

Isu mencerahkan lagi kefahaman ilmu.

Hijrah? Banyak orang memperkatakan berkaitan hijrah. Ianya membawa maksud perubahan, dan ‘intiqal’ bagi pandangan peribadi.

Lihatlah sirah. Kenapa Nabi Muhammad SAW berhijrah daripada Makkah, kampung halaman ke tempat baru, Madinah. Jahil kepada ilmu. Neraka kepada syurga. Dosa kepada pahala.

Jadi, bertahun di universiti. Hampir ke dunia begitu realiti. Hijrah fantasi kepada hijrah realiti. Masa ilmu untuk diuji dan dikongsi untuk tujuan dakwah.

Jahil. Sebab rasa kurang, tidak yakin dengan kelebihan tersendiri. Teragak-agak dan kabur dalam memberi solusi. Adakah layak semata-mata pengalaman menjadi ‘solver’ kepada semua persoalan. ‘Tuhan dosaku melangit tinggi’, lirik saudara Nazrey bekas anggota kumpulan nasyid Raihan, bukan hairan.

Moga selayaknya ungkapan ‘ilmu hijrah kejahilanku’ ini menjadi azimat, motivasi diri supaya terasa ingin diisi dengan sesuatu. Cahaya, ilmu dan hidayah-Mu.

Ini hijrah diri, kini dan masa depan. Amiin.

Harakahdaily: Pilihan raya kampus, sistem e-Undi yang mengecewakan

harakahdaily.net

Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia bagi sesi 2009/2010 telah pun berakhir diadakan minggu lalu. Berbanding kampus-kampus lain yang ‘panas’ dan menjadi tumpuan pihak luar, proses pemilihan MPP di USIM berjalan dalam keadaan tenang dan tanpa sebarang kekacauan oleh pihak tertentu.

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, sistem e-Undi dikatakan memberi banyak kelebihan, antaranya menjimatkan masa para petugas dan pelajar, mudah untuk sesi pengiraan undi, menjimatkan masa pelajar serta petugas, memudahkan pengiraan dan sangat praktikal untuk dilaksanakan.

Benarkah kenyataan tersebut, atau ianya hanya menguntungkan pihak Jawatankuasa pemilihan MPP bagi memudahkan urusan mereka? Ternyata, dalam proses pemilihan MPP pada kali ini sudah dikesan beberapa kelemahan sepanjang proses pemilihan berlangsung:

1. Lanjutan tempoh mengundi. Waktu pemilihan yang sepatutnya sudah berakhir pada jam 4.30petang , telah dilanjutkan setengah jam hingga ke pukul 5.00 petang. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan para pelajar yang dimaklumkan lebih awal berkenaan tempoh pemilihan. Sepatutnya tempoh pengundi tidak boleh diubah sewenangnya. Menampakkan pihak pentadbiran memanipulasikan PRK.

2. Wujudnya undi rosak. Jika difikirkan secara logik, agak mustahil akan berlaku undi rosak dalam aplikasi IT secanggih sistem e-Undi. Apabila ditanya kepada seorang pensyarah bahagian pengajian teknologi, beliau menyatakan aplikasi e-Undi sudah diguna pakai sejak dulu. Sepatutnya tidak wujud undi rosak kerana sistem tersebut akan sentiasa dinaiktaraf setiap tahun dan diuji beberapa kali dalam siri simulasi sebelum hari pemilihan.

Continue reading

Muhasabah MPP: Mahasiswa Tidak Selamanya ‘Pelajar’

Berubah Seperti 'Super Sonic'

Bismillah.

Semalam selesai pertemuan rasmi terakhir bersama sahabat-sahabat MPP. Sesi muhasabah setahun memegang tanggungjawab dan amanah memimpin diri, sahabat-sahabat kampus dan universiti. Tentunya banyak kekurangan dan kelebihan sepanjang setahun berada di pejabat MPP ini.

Lusa cukup setahun umur MPP. Kebetulan lesen memandu pun tamat. 13 Januari 2010.

Pelbagai luahan rasa hati, pengetahuan dan pengalaman telah dikongsi bersama sepanjang hampir 3 jam pertemuan tersebut. Hanya beberapan barisan MPP tidak dapat hadir kerana mushaqqah dan komitmen praktikum seperti Saudara Najib (balik kampung zaujah), Saudari Ainul (praktikum di Singapura), Saudari Fadilah (praktikum) dan Saudari Hayati (mushaqqah).

Perubahan menjadi isu dan Key Result Area kepada MPP kali ini. Walaupun dari sudut material tidaklah sebaik sumbangan seperti MPP sebelum ini namun jihad atau desakan untuk mengubah gaya fikir mahasiswa USIM kepada perkara ‘berat’ seperti wacana, pembentangan kertas kerja dan sebagainya tampak berjaya.

Ia tetap diakui sebagai langkah permulaan untuk legasi penerus.

Bukan perkara mudah untuk menyantui sirah Nabawiyyah yang mana Nabi Muhammad SAW cuba mengubah gaya fikir jahiliyyah kepada Nur Allah. Bagaimana peristiwa Baginda menulis surat kepada pembesar-pembesar supaya menerima Islam dan menyebabkan berlaku Fath al-Makkah.

Bidayah dan Nihayah yang baik, insha Allah. MPP telah memulakan lukisan kepimpinan dengan Munajat Kubra Palestin di KKNC dahulu. Seingat saya, dua orang bekas YDP MPP telah dijemput untuk memberi taujihat dan nasihat berkaitan isu Palestin ini. Ketika itu kita menginsafi isu dan mengenal ‘pelakon terkenal’ dalam dunia Islam seperti Salahuddin al-Ayubbi.

Siapa sangka, diakhir kepimpinan MPP ini BPSK (Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian) sekali lagi menampilkan Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anak muda-mudi di USIM.  Seorang manusia yang biasa kepada luar biasa.

Begitu juga kita, siswa-siswi di USIM yang tampak biasa tapi sebenarnya luar biasa.

Akhir kalam, MPP menginsafi sepanjang setahun diberi pinjam kepimpinan dan kepercayaan dalam mentadbir mungkin ada tersalah dan tersilap. Mohon dimaafi. Terima kasih di atas sokongan.

Sesungguhnya, kami BERBANGGA dengan mahasiswa USIM hari ini kerana sudah mula menunjukkan PERUBAHAN sebagai seorang mahasiswa di menara gading, iaitu universiti.

Jangan biarkan mahasiswa selamanya ‘dipelajarkan’. Ayuh berubah.

Diari MPP: Resolusi Sidang Pleno 2009

RESOLUSI 10

SIDANG PLENO

SEMPENA KARNIVAL MAHASISWA 2009 

TEMA:

10 TAHUN USIM : HARAPAN BARU MAHASISWA

MUQADDIMAH

Dengan limpah rahmat petunjuk Allah Yang Maha Esa, Sidang Pleno yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia pada 15 Syawal 1430H bersamaan 4 Oktober 2009 (Ahad) telah berkesempatan meneliti, membahas dan merumus beberapa usul yang dibentangkan oleh setiap kumpulan perwakilan daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Badan-Badan Mahasiswa USIM. Pembentangan usul tersebut mencakupi enam aspek dasar berkaitan hal ehwal kemahasiswaan, iaitu akademik, kerohanian, kebudayaan, etika dan sahsiah diri, kepimpinan dan kesukanan.

Sidang telah mencapai kesepakatan dan menyedari bahawa menjadi suatu keperluan bagi mahasiswa USIM untuk memberi penegasan terhadap dasar-dasar tersebut atas rasional peranan pimpinan mahasiswa dalam membantu pihak pentadbiran universiti dalam mengurus selia mahasiwa ke tahap yang lebih baik, selaras dengan misi 10 tahun USIM.

Berdasarkan tujuh cadangan gubal hala tuju mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dikemukakan oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)  jelas menunjukkan peranan mahasiswa sebagai sebahagian daripada keutamaan HEP untuk memperkasakan pembangunan secara bersama dalam hal ehwal mahasiswa.

Sidang juga bersepakat dan sedar bahawa penafsiran pemimpin mahasiswa itu harus dilihat dalam konteks yang realistik dan lebih meluas. Sidang berpandangan bahawa suara mahasiswa itu harus didengar serta menjadi keutamaan bagi pihak yang terbabit untuk mengambi perhatian serius terhadap setiap harapan dan tuntutan yang dikemukakan.

Berasaskan hakikat tersebut, ahli-ahli sidang dengan penuh kesedaran keprihatinan membuat resolusi-resolusi berikut:-

Continue reading