MPP USIM ke Beijing

Jauh perjalanan, luas pandangan, tambah pengalaman. Begitulah ungkapan yang dapat digambarkan dalam misi lawatan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) ke China. Program anjuran Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPP dan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM ini telah berlangsung pada 24 hingga 30 November lalu.

Seramai 20 ahli rombongan telah melawat ke beberapa institusi pengajian tinggi terpilih seperti Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Tembok Besar China, Forbidden City, Summer Palace dan beberapa buah masjid bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam di sana serta tidak ketinggalan melawat pejabat Kedutaan Malaysia di China.

Menurut Pengarah Program Mohd. Faridh Hafez, objektif utama program ini diadakan adalah untuk melebarkan sayap jaringan kerjasama USIM, khususnya Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat antarabangsa, sekali gus membawa jenama USIM ke persada antarabangsa.

“MPP USIM pada sesi terdahulu telah mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi, Mesir, Kemboja, Eropah, Indonesia dan MPP pada sesi kali ini memilih China sebagai destinasi perkongsian pintar,” katanya.

Antara program yang berlangsung di sana ialah sidang meja bulat bersama Persatuan Pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University , atau lebih dikenali sebagai Student Union.

Menurut Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, diskusi berkisar tentang aspirasi dan idea berkaitan hal ehwal pelajar seperti kebajikan, penganjuran program, keselamatan dan promosi yang dilaksanakan oleh wakil pelajar di universiti masing-masing.

“Kami juga mengedarkan beberapa set soalan kaji selidik kepada pelajar-pelajar BFSU. Objektif soalan kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji perlaksanaan sistem akademik dan penglibatan pelajar dalam berpersatuan di universiti masing-masing sebagai rujukan kami untuk diterjemahkan kepada mahasiswa USIM nanti,” ujarnya.

Pengalaman yang paling manis dalam misi lawatan ini ialah delegasi lawatan berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di Beijing. Sambutan hari kebesaran dalam agama Islam itu juga turut sama dirai oleh para pegawai di Kedutaan Malaysia di China dan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Dalam keadaan suhu mencecah di bawah takat beku lima darjah celsius, sama sekali tidak mematahkan kemeriahan dan semangat erti pengorbanan yang dituntut dalam falsafah Aidiladha.

Selain itu, Yang Dipertua MPP dan beberapa Exco MPP juga tidak ketinggalan ditemubual oleh China Radio International (CRI) yang telah membuat siaran istimewa secara langsung sempena sambutan Aidiladha di Beijing.

kembara tujuh hari itu telah memberi impak positif kepada MPP USIM dalam merencana idea dan pendekatan yang lebih segar serta memastikan MPP berfungsi sebagai platform terbaik sebagai suara mahasiswa yang dinamik dan progresif.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1230&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm&arc=hive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s