Salam Hijrah, Ukhuwah dan Ummah

Salam hijrah 1431

Bismillah.

Salam hijrah buat semua. Sesungguhnya hijrah kali ini membawa semangat baru kepada kita sebagai hamba-Nya. Muhasabah dan insaflah diri jika hasrat hijrah terdahulu masih belum lagi tercapai dengan jayanya.

Masih ada umur dan masa untuk kita memperbaiki hijrah itu.

Pelbagai tafsiran dan pemahaman mengenai hijrah ini. Saya cuba membaca dan memahami idea melalui tulisan-tulisan terbaik mengenai hijrah ini. Sangat berbeza, pastinya membawa makna tersirat yang sama dan satu.

Hijrah ialah perpindahan (perubahan) dari sesuatu tempat ke sesuatu yang lain. Ini kefahaman mudah kita. Perpindahan itu perubahan bagi saya.

Saya ingin mengulangi kata-kata sahabat saya, saudara Mohd Najib Taha ketika siaran langsung bersama program Suara Siswa yang mana membincangkan mengenai hijrah daripada persepsi mahasiswa iaitu, hijrah ini perlu diperkukuh dengan beberapa elemen seperti ‘Iktiqad yang jelas atau kepercayaan, ‘Ibadah yang sohih atau pengabdian dan Akhlaqiyah yang mulia atau perbuatan.

Jauh saya merenung apabila mendengar pandangan seperti ini.

Tambah beliau, ini juga antara sebab muda-mudi Muslim kita semakin jauh dengan Islam. Benar, ini antara sebabnya. Justeru mereka tidak gemar dan sensitif dengan kehadiran bulan-bulan Islam ini.

Muhasabah seperti anak panah untuk seribu kebahagian

 Hijrah Rasulullah SAW membawa para sahabat-Nya dari Makkah ke Madinah semestinya menjanjikan pelbagai reaksi. Kita tentunya mengetahui sirah ini. Suka saya mengulanginya supaya reaksi pengorbanan Baginda dan para sahabat ini sentiasa segar bugar dalam pedoman hidup kita ini.

Hayatilah, ingatilah dan ikutilah semangat dan kepercayaan para sahabat ketika memulakan langkah hijrah mereka ini. Anak dan isteri ditinggalkan, harta benda dibiarkan demi mempercayai wahyu yang dibawa oleh baginda.

Ibarat anak panah yang ditarik kuat kebelakang akan lebih laju, jauh dan berbisa apabila dilepaskan apatah lagi tepat mengenai sasarannya. Apa salahnya untuk bahagia dan berjaya yang lama kita hanya perlukan selangkah kebelakang untuk diuji, untuk ditarbiyah? Tentunya berbaloi. (Kredit: http://lelakibiasa.multiply.com/reviews/item/39)

Hijrah minda dan seekor labah-labah

Tahniah saya ucapkan kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor kedua USIM. Tentunya warga USIM berbangga dengan pelantikan beliau.

Kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana berjaya membawa USIM gah dipersada dalam tempoh masa 10 tahun penubuhannya. Saya merindui untuk bertemu dengan kedua-dua tokoh ini.

Apa kena mengena mereka ini dengan cerita hijrah ini. Pelikkkan.

Kebetulan saya membaca perutusan Naib Canselor kedua USIM ini sempena Maal Hijrah. Sungguh tertarik apabila membacanya. Saya kenal gaya berfikir beliau. Sangat jauh dan penuh inovasi dan unsur-unsur mencabar.

Beliau menceritakan mengenai sang labah-labah dalam sirah Rasulullah SAW. Fikir diluar kotak. Apa reaksi kita dizaman moden ini, maksud saya pengajaran. Orang barat berjaya membuktikan bahawa pakaian yang diperbuat daripada air liur labah-labah ini lebih baik daripada pakaian yang diperbuat daripada besi keluli bahkan kali peluru. (Kredit: http://www.usim.edu.my/usim/index.php?option=com_content&view=article&id=373&Itemid=440)

Hebat mereka berfikir disebalik sirah Nabi Muhammad SAW diselamatkan oleh labah-labah ini ketika keluar berhijrah bersama sahabatnya, saidina Abu Bakr r.a.

Bagaimana umat Islam hari ini berfikir disebalik keagungan sirah baginda ini, tepuk dada tanya Iman.

Mengakhiri kalam, hijrah itu perubahan. Ubah cara fikir, ubah gaya amal dan ubah segalanya untuk mencapai ketenangan dan nikmat Iman. Hijrah mahasiswa menentukan iklim masa depan kita dan Negara.

Berhijrahlah daripada jahil kepada ilmu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s