Jalan Jeling Ilmiah di Beijing

Jalan Jeling Ilmiah di Beijing

Bismillah.

Assalamua’alaikum dan salam sejahtera semua. Agak terlewat saya mulakan perkongsian mengenai jalan-jalan ilmiah di Beijing. Apa-apa pun, ingin juga saya kongsikan bersama.

Penerbangan kami tertunda sementera dan difahamkan cuaca ketika itu tidak baik untuk penerbangan. Berlapikkan lantai KLIA, saya baring di atasnya sambil membaca sebuah novel lama dipinjam daripada sahabat di UPSI. Di Beijing nanti cuaca agak sejuk dan menyeramkan saya. Tidak tahan sejuk.

Alhamdulillah, penerbangan selama hampir 6 jam akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Suasana seperti dipenuhi kabus menyakinkan bahawa Beijing sudah bermula musim sejuknya. Seminggu sebelum kehadiran kami, Beijing telah dihujani salji. Sangat-sangat sejuk dan mempersona.

Ketibaan disambut riang dengan senyuman Ah Ming, seorang lelaki dalam lingkungan umur 3o tahun fasih berbahasa Indonesia. Bangsa cina dan Muslim. Pengembaraan bermula di dalam bas mini yang dipandu oleh ‘Supir’ atau panggilannya Sifu. Macam ‘otai’ juga.

Kami dibawa ke Kai Heng Century Hotel sebagai tempat bermukim selama 1 minggu. Selesa dan sederhana.

Makan sampai kenyang

Tiada menjadi masalah besar bagi kami untuk mendapatkan makanan dan minuman. Amat-amat selesa dan menyelerakan. Bayangkan setiap hari kami akan dihidang 2 kali dengan pelbagai lauk-pauk dan sayur-sayuran. Sihat tubuh badan. Seperti biasa, kaum Adam menjuarai aktiviti memenuhkan perut ini. Tiap kali santapan akan ditambah dua kali nasi. Menjilat jari!

Ikan seperti masak tiga rasa dan telur dada cukup mengingatkan kami makanan di Malaysia.

Cuaca sejuk dan pakaian seperti Kek Lapis Sarawak

Cuaca mengikut bacaan dalam internet, -3 hingga 10 darjah celcius bagi minggu pertama. Memang membimbangkan terutama manusia seperti saya yang ‘tidak suka’ dengan sejuk. Ini bukan masalah lagi bagi saya, hanya cabaran. Mahu tidak mahu ketika ittu, sudah pun berpijak di bumi Beijing.

Baju  dan seluar seperti Kek Lapis perisa coklat lapisannya. Masih lagi terasa sejuk. Inilah pengalaman yang sangat baru dan mungkin jarang untuk kami berjumpa lagi. Jangan tanya kami soal mandi-manda, amat menyentuh perasaan.

Kunjungan di Universiti-Universiti di Beijing

Alhamdulillah, kami disambut baik oleh dua buah universiti terkemuka di Beijing. Satu, Beijing Foreign Studies University dan dua, Beijing Language and Culture University. Universiti pertama tiada masalah sangat dalam komunikasi kerana mereka mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Sangat mengagumkan kami kesungguhan mereka dalam menguasai bahasa dalam masa yang amat singkat. Berbanding kita yang pasti ‘Made in Malaysia’. Inilah budaya orang Cina di China mahupun di Malaysia.

Saranan bersama, harus mencontohi kesungguhan mereka. Baru-baru ini YAB PM juga ada menyebut mengenai pengusaan bahasa Mandarin. Satu suntikan yang sangat bagus.

Universiti kedua, keseluruhannya berkesempatan berjumpa dan berdialog bersama ‘YB-YB’ mereka iaitu seperti MPP. Sangat menarik perbincangan kami sekitar mengenai aktiviti dan cabaran berpersatuan di dalam universiti.

Terima kasih BFSU dan BLCU.

Jalan-jalan uji ilmu sejarah

Rancak dan hebat Ah Ming menceritakan kisah Maharaja Kaisar. Seorang Maharaja yang sangat berpengaruh dan berkuasa memastikan kerajaannya sentiasa segar dan tampak berkuasa. Pelbagai cerita yang sempat kami dengar dan menghayatinya. Namun, kesimpulan mudah. Bagaimana maharaja yang berpengaruh ini mampu melawan keadilan Ilahi dalam mengurangkan jangka umur sehingga meninggal.

Tentunya meninggalkan kesan yang dalam terhadap masyarakat China di Beijing ini.

Yuan mengalir seperti Ringgit Malaysia

Sangat seronok berbelanja disana. Pengalaman tawar-menawar pastinya meninggalkan kenangan terindah dalam perniagaan. Tidak menang tangan jika ingin diborong barangan dari China ini.

Apa yang kami dapat kesan dan belajar adalah strategik mereka berniaga. Tentunya terkadang mengelirukan. Bayangkan dengan harga sehelai jaket ala-ala kulit di lambung dengan 2 ribu Yuan, dapat dibeli dengan harga 2 ratus Yuan. Memang bijak! Untuk pengetahuan, RM50 kita bersamaan 100 Yuan mereka. Agak untung sedikit.

Kembali ke Malaysia dengan pelbagai perasaan

Hari yang dinanti telah pun tiba. Tak sangka, masa bergerak terlalu pantas. Selamat tinggal Ah Ming. Sempat juga Ah Ming mendendangkan lagunya diwaktu subuh ketika perjalanan ke lapangan terbang Beijing. Kami pun sempat juga membalas lagu ‘Teman Sejati’ untuk Beijing dan Ah Ming disana.

Terima kasih semua atas penghargaan ini. Insha Allah SWT, Beijing akan dilawati lagi.

Beijing memang ‘best’!

3 thoughts on “Jalan Jeling Ilmiah di Beijing

  1. Beijing tempat yang banyak memberi kenangan kepada kita semua sebelum turun dengan bergaya nanti. kenangan disana turut disemai apabila aku masih lagi berhubung secara email dengan seorang pelajar dari BFSU. terasa seperti bercakap dengan teman-teman di malaysia apabila melihatkan kelancaran berbahasa melayu.sangat kagum…

  2. alhmdlh…pkongsian y sgt mnarik dr Beijing. Lama dh ana nntikan post psl ni dr nta sbnrnya…erm, xde cnderamata ke dr sana?hehe….saje btanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s