MPP USIM ke Beijing

Jauh perjalanan, luas pandangan, tambah pengalaman. Begitulah ungkapan yang dapat digambarkan dalam misi lawatan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) ke China. Program anjuran Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPP dan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM ini telah berlangsung pada 24 hingga 30 November lalu.

Seramai 20 ahli rombongan telah melawat ke beberapa institusi pengajian tinggi terpilih seperti Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Tembok Besar China, Forbidden City, Summer Palace dan beberapa buah masjid bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam di sana serta tidak ketinggalan melawat pejabat Kedutaan Malaysia di China.

Menurut Pengarah Program Mohd. Faridh Hafez, objektif utama program ini diadakan adalah untuk melebarkan sayap jaringan kerjasama USIM, khususnya Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat antarabangsa, sekali gus membawa jenama USIM ke persada antarabangsa.

“MPP USIM pada sesi terdahulu telah mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi, Mesir, Kemboja, Eropah, Indonesia dan MPP pada sesi kali ini memilih China sebagai destinasi perkongsian pintar,” katanya.

Antara program yang berlangsung di sana ialah sidang meja bulat bersama Persatuan Pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University , atau lebih dikenali sebagai Student Union.

Menurut Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, diskusi berkisar tentang aspirasi dan idea berkaitan hal ehwal pelajar seperti kebajikan, penganjuran program, keselamatan dan promosi yang dilaksanakan oleh wakil pelajar di universiti masing-masing.

“Kami juga mengedarkan beberapa set soalan kaji selidik kepada pelajar-pelajar BFSU. Objektif soalan kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji perlaksanaan sistem akademik dan penglibatan pelajar dalam berpersatuan di universiti masing-masing sebagai rujukan kami untuk diterjemahkan kepada mahasiswa USIM nanti,” ujarnya.

Pengalaman yang paling manis dalam misi lawatan ini ialah delegasi lawatan berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di Beijing. Sambutan hari kebesaran dalam agama Islam itu juga turut sama dirai oleh para pegawai di Kedutaan Malaysia di China dan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Dalam keadaan suhu mencecah di bawah takat beku lima darjah celsius, sama sekali tidak mematahkan kemeriahan dan semangat erti pengorbanan yang dituntut dalam falsafah Aidiladha.

Selain itu, Yang Dipertua MPP dan beberapa Exco MPP juga tidak ketinggalan ditemubual oleh China Radio International (CRI) yang telah membuat siaran istimewa secara langsung sempena sambutan Aidiladha di Beijing.

kembara tujuh hari itu telah memberi impak positif kepada MPP USIM dalam merencana idea dan pendekatan yang lebih segar serta memastikan MPP berfungsi sebagai platform terbaik sebagai suara mahasiswa yang dinamik dan progresif.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1230&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm&arc=hive

Advertisements

Politik dunia Islam 2009: 10 berita utama

Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.

1. Serangan terhadap Gaza, Palestin

Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara. Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan. Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald’s, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.

2. Dasar luar baharu Turki

Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak. Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif “neo-Uthmaniyah” Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai “Henry Kissinger Turki” yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.

Continue reading

Harakahdaily: Perhaps we should give Islamic governance a try

Remember the huge rally that was held in Kelantan on Dec 4, to show support for Tok Guru Nik Aziz’s leadership? Did you notice the crowd? It was a truly Malaysian-type rally where huge crowds from every race in Kelantan came out despite the rain to show their support for TGNA. Have you ever wonder why Kelantanese love him so much?

Is there something that we miss to learn from the Islamic way that TGNA adopted to govern Kelantan for the last 20 years? Did you know that for 19 straight years, Kelantan government has recorded zero graft cases among its Excos and MBs? How is that possible in Kelantan, but not in other states that were being ruled by Barisan Nasional? Was this a specialty of Islamic governance where it can ensure God-fearing politicians to be incorruptible?

In 2004, TGNA held on as Menteri Besar Kelantan with only 1 seat majority. Yet, despite being such a fragile government, not a single ADUN was successfully bribed to jump ship to topple the PAS’s government in Kelantan. Civil servants remained loyal to TGNA despite the razor thin majority he had for that 4 years. How could that possibly happen with such a powerful Barisan Nasional government we had in 2004; while it could happen to Perak with such a comparatively weaker Barisan Nasional government in 2009? Or is this one of the good effect coming from Islamic governance?

Why are the Chinese and the Indian in Kelantan still happily give their backing to TGNA despite the absence of the 4D gambling shops, lack of entertainment outlets and some restriction on liquor sale in certain areas of Kelantan? What is it in there for them to be happy? Is there something we don’t understand about the quality of life they are getting under TGNA’s Islamic way of governing? Or is it because they feel that life and opportunities are fairer there compared to other states in Malaysia?

Continue reading

Hanya mencari ‘mood’

Bismillah.

Sekadar berkongsi rasa. Semalam berkesempatan ke Masjid Putra Nilai, solat berjemaah dan mendengar nasihat daripada Ustaz mengenai perubatan Islam.

Sangat tertarik.

Rasa lama tidak dapat duduk bersila bersama sahabat-sahabat mendengar mutiara kata Ustaz. Jauh dalam hati terasa jauh dengan majlis-majlis ilmu.

Hari-hari sebelumnya juga diberi peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Kongsi cerita dan kisah ditahun akhir. Sangat singkat waktu ini jika diisi dengan ilmu dan pengalaman.

Berbalik cerita di masjid semalam, Ustaz bercerita mengenai syaitan yang suka menggangu manusia. Gembira mereka melihat anak Adam ini leka dan alpa. Sama-sama beringat dengan Allah dan Rasul-Nya, moga terhindar daripada godaan.

Cerita hari ini. Mulai langkah mencari bahan di perpustakaan. Alhamdulillah, kelihatan barisan buku-buku yang dicari. Berada di Z yang memberi makna buku-buku berkaitan perpustakaan dan kepustakawanan. Senang rasa hati.

Mula membaca. Berat mata terasa sangat. Seperti tidak tidur semalaman. Syaitan cuba bergayut dengan riang agaknya dimata, bisik hati ini.

Teruskan membaca. Kekalkan semangat. Fikiran yang ‘sibuk’ membaca terhasil jiwa dan roh yang berpengetahuan. Maaf, seperti ‘mengarut’ tulisan kali ini.

Hanya mencari ‘mood’.

Salam Hijrah, Ukhuwah dan Ummah

Salam hijrah 1431

Bismillah.

Salam hijrah buat semua. Sesungguhnya hijrah kali ini membawa semangat baru kepada kita sebagai hamba-Nya. Muhasabah dan insaflah diri jika hasrat hijrah terdahulu masih belum lagi tercapai dengan jayanya.

Masih ada umur dan masa untuk kita memperbaiki hijrah itu.

Pelbagai tafsiran dan pemahaman mengenai hijrah ini. Saya cuba membaca dan memahami idea melalui tulisan-tulisan terbaik mengenai hijrah ini. Sangat berbeza, pastinya membawa makna tersirat yang sama dan satu.

Hijrah ialah perpindahan (perubahan) dari sesuatu tempat ke sesuatu yang lain. Ini kefahaman mudah kita. Perpindahan itu perubahan bagi saya.

Saya ingin mengulangi kata-kata sahabat saya, saudara Mohd Najib Taha ketika siaran langsung bersama program Suara Siswa yang mana membincangkan mengenai hijrah daripada persepsi mahasiswa iaitu, hijrah ini perlu diperkukuh dengan beberapa elemen seperti ‘Iktiqad yang jelas atau kepercayaan, ‘Ibadah yang sohih atau pengabdian dan Akhlaqiyah yang mulia atau perbuatan.

Jauh saya merenung apabila mendengar pandangan seperti ini.

Tambah beliau, ini juga antara sebab muda-mudi Muslim kita semakin jauh dengan Islam. Benar, ini antara sebabnya. Justeru mereka tidak gemar dan sensitif dengan kehadiran bulan-bulan Islam ini.

Muhasabah seperti anak panah untuk seribu kebahagian

 Hijrah Rasulullah SAW membawa para sahabat-Nya dari Makkah ke Madinah semestinya menjanjikan pelbagai reaksi. Kita tentunya mengetahui sirah ini. Suka saya mengulanginya supaya reaksi pengorbanan Baginda dan para sahabat ini sentiasa segar bugar dalam pedoman hidup kita ini.

Hayatilah, ingatilah dan ikutilah semangat dan kepercayaan para sahabat ketika memulakan langkah hijrah mereka ini. Anak dan isteri ditinggalkan, harta benda dibiarkan demi mempercayai wahyu yang dibawa oleh baginda.

Ibarat anak panah yang ditarik kuat kebelakang akan lebih laju, jauh dan berbisa apabila dilepaskan apatah lagi tepat mengenai sasarannya. Apa salahnya untuk bahagia dan berjaya yang lama kita hanya perlukan selangkah kebelakang untuk diuji, untuk ditarbiyah? Tentunya berbaloi. (Kredit: http://lelakibiasa.multiply.com/reviews/item/39)

Hijrah minda dan seekor labah-labah

Tahniah saya ucapkan kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor kedua USIM. Tentunya warga USIM berbangga dengan pelantikan beliau.

Kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana berjaya membawa USIM gah dipersada dalam tempoh masa 10 tahun penubuhannya. Saya merindui untuk bertemu dengan kedua-dua tokoh ini.

Apa kena mengena mereka ini dengan cerita hijrah ini. Pelikkkan.

Kebetulan saya membaca perutusan Naib Canselor kedua USIM ini sempena Maal Hijrah. Sungguh tertarik apabila membacanya. Saya kenal gaya berfikir beliau. Sangat jauh dan penuh inovasi dan unsur-unsur mencabar.

Beliau menceritakan mengenai sang labah-labah dalam sirah Rasulullah SAW. Fikir diluar kotak. Apa reaksi kita dizaman moden ini, maksud saya pengajaran. Orang barat berjaya membuktikan bahawa pakaian yang diperbuat daripada air liur labah-labah ini lebih baik daripada pakaian yang diperbuat daripada besi keluli bahkan kali peluru. (Kredit: http://www.usim.edu.my/usim/index.php?option=com_content&view=article&id=373&Itemid=440)

Hebat mereka berfikir disebalik sirah Nabi Muhammad SAW diselamatkan oleh labah-labah ini ketika keluar berhijrah bersama sahabatnya, saidina Abu Bakr r.a.

Bagaimana umat Islam hari ini berfikir disebalik keagungan sirah baginda ini, tepuk dada tanya Iman.

Mengakhiri kalam, hijrah itu perubahan. Ubah cara fikir, ubah gaya amal dan ubah segalanya untuk mencapai ketenangan dan nikmat Iman. Hijrah mahasiswa menentukan iklim masa depan kita dan Negara.

Berhijrahlah daripada jahil kepada ilmu!

Jalan Jeling Ilmiah di Beijing

Jalan Jeling Ilmiah di Beijing

Bismillah.

Assalamua’alaikum dan salam sejahtera semua. Agak terlewat saya mulakan perkongsian mengenai jalan-jalan ilmiah di Beijing. Apa-apa pun, ingin juga saya kongsikan bersama.

Penerbangan kami tertunda sementera dan difahamkan cuaca ketika itu tidak baik untuk penerbangan. Berlapikkan lantai KLIA, saya baring di atasnya sambil membaca sebuah novel lama dipinjam daripada sahabat di UPSI. Di Beijing nanti cuaca agak sejuk dan menyeramkan saya. Tidak tahan sejuk.

Alhamdulillah, penerbangan selama hampir 6 jam akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Suasana seperti dipenuhi kabus menyakinkan bahawa Beijing sudah bermula musim sejuknya. Seminggu sebelum kehadiran kami, Beijing telah dihujani salji. Sangat-sangat sejuk dan mempersona.

Ketibaan disambut riang dengan senyuman Ah Ming, seorang lelaki dalam lingkungan umur 3o tahun fasih berbahasa Indonesia. Bangsa cina dan Muslim. Pengembaraan bermula di dalam bas mini yang dipandu oleh ‘Supir’ atau panggilannya Sifu. Macam ‘otai’ juga.

Kami dibawa ke Kai Heng Century Hotel sebagai tempat bermukim selama 1 minggu. Selesa dan sederhana.

Makan sampai kenyang

Tiada menjadi masalah besar bagi kami untuk mendapatkan makanan dan minuman. Amat-amat selesa dan menyelerakan. Bayangkan setiap hari kami akan dihidang 2 kali dengan pelbagai lauk-pauk dan sayur-sayuran. Sihat tubuh badan. Seperti biasa, kaum Adam menjuarai aktiviti memenuhkan perut ini. Tiap kali santapan akan ditambah dua kali nasi. Menjilat jari!

Ikan seperti masak tiga rasa dan telur dada cukup mengingatkan kami makanan di Malaysia.

Cuaca sejuk dan pakaian seperti Kek Lapis Sarawak

Cuaca mengikut bacaan dalam internet, -3 hingga 10 darjah celcius bagi minggu pertama. Memang membimbangkan terutama manusia seperti saya yang ‘tidak suka’ dengan sejuk. Ini bukan masalah lagi bagi saya, hanya cabaran. Mahu tidak mahu ketika ittu, sudah pun berpijak di bumi Beijing.

Baju  dan seluar seperti Kek Lapis perisa coklat lapisannya. Masih lagi terasa sejuk. Inilah pengalaman yang sangat baru dan mungkin jarang untuk kami berjumpa lagi. Jangan tanya kami soal mandi-manda, amat menyentuh perasaan.

Kunjungan di Universiti-Universiti di Beijing

Alhamdulillah, kami disambut baik oleh dua buah universiti terkemuka di Beijing. Satu, Beijing Foreign Studies University dan dua, Beijing Language and Culture University. Universiti pertama tiada masalah sangat dalam komunikasi kerana mereka mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Sangat mengagumkan kami kesungguhan mereka dalam menguasai bahasa dalam masa yang amat singkat. Berbanding kita yang pasti ‘Made in Malaysia’. Inilah budaya orang Cina di China mahupun di Malaysia.

Saranan bersama, harus mencontohi kesungguhan mereka. Baru-baru ini YAB PM juga ada menyebut mengenai pengusaan bahasa Mandarin. Satu suntikan yang sangat bagus.

Universiti kedua, keseluruhannya berkesempatan berjumpa dan berdialog bersama ‘YB-YB’ mereka iaitu seperti MPP. Sangat menarik perbincangan kami sekitar mengenai aktiviti dan cabaran berpersatuan di dalam universiti.

Terima kasih BFSU dan BLCU.

Jalan-jalan uji ilmu sejarah

Rancak dan hebat Ah Ming menceritakan kisah Maharaja Kaisar. Seorang Maharaja yang sangat berpengaruh dan berkuasa memastikan kerajaannya sentiasa segar dan tampak berkuasa. Pelbagai cerita yang sempat kami dengar dan menghayatinya. Namun, kesimpulan mudah. Bagaimana maharaja yang berpengaruh ini mampu melawan keadilan Ilahi dalam mengurangkan jangka umur sehingga meninggal.

Tentunya meninggalkan kesan yang dalam terhadap masyarakat China di Beijing ini.

Yuan mengalir seperti Ringgit Malaysia

Sangat seronok berbelanja disana. Pengalaman tawar-menawar pastinya meninggalkan kenangan terindah dalam perniagaan. Tidak menang tangan jika ingin diborong barangan dari China ini.

Apa yang kami dapat kesan dan belajar adalah strategik mereka berniaga. Tentunya terkadang mengelirukan. Bayangkan dengan harga sehelai jaket ala-ala kulit di lambung dengan 2 ribu Yuan, dapat dibeli dengan harga 2 ratus Yuan. Memang bijak! Untuk pengetahuan, RM50 kita bersamaan 100 Yuan mereka. Agak untung sedikit.

Kembali ke Malaysia dengan pelbagai perasaan

Hari yang dinanti telah pun tiba. Tak sangka, masa bergerak terlalu pantas. Selamat tinggal Ah Ming. Sempat juga Ah Ming mendendangkan lagunya diwaktu subuh ketika perjalanan ke lapangan terbang Beijing. Kami pun sempat juga membalas lagu ‘Teman Sejati’ untuk Beijing dan Ah Ming disana.

Terima kasih semua atas penghargaan ini. Insha Allah SWT, Beijing akan dilawati lagi.

Beijing memang ‘best’!

Kembara.. Marvelous!!

Kembara Kepimpinan Pelajar IPT 2009 di Unimas, Sarawak

Bismillah.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita bersama anda pengetahuan dan pengalaman baru saya di bumi kenyalang iaitu Sarawak. Mungkin tidak semua dapat saya ceritakan. Namun, sedikit sebanyak suka dan duka selama hampir 2 minggu disana dapat saya coretkan dalam tulisan kali ini. Tidak pasti sebenarnya saya nak mulakan daripada mana. Terlalu banyak keajaiban dan kenangan terindah telah tercipta.

Pengetahuan, pengalaman dan perjalanan bermula

Perasaan ketika memulakan langkah ke LCCT agak mengelirukan. Baru sahaja seminggu mengikuti lawatan ilmiah bersama MPP di Beijing, esoknya memulakan kembara ke Sarawak. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 45 minit ditemani saudari Munirah dan saudari Farhana. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut baik oleh 2 orang pelajar UNIMAS. Merekalah antara orang pertama yang saya kenali di Sarawak iaitu saudara Nasir dan saudari ‘Friend’.

Pandangan pertama di Sarawak Club

Ketika tiba sahaja di Sarawak Club untuk mengikuti ‘Welcome Dinner’, kami dihidangi makanan orang Cina dan beberapa makanana ala-ala Sarawak. Rakan baru dari UTP, UM dan UDM masing kelu memulakan perkenalan. Biasalah, hari pertama. Seperti biasa, persembahan kebudayaan dan kesenian yang wujud di Sarawak ditampilkan oleh sebahagian pelajar UNIMAS. Agak berbeza dengan persembahan-persembahan yang pernah disaksikan di Semenanjung sebelum ini. Memang rasa pelik.

Puncak Borneo didaki

Berjalan kaki selama 6 jam memang memenatkan. Puncak Borneo didaki. Tumbuhan hijau mewarnai lerengan bukit. Sangat mengasyikan. Apa yang dapat saya rasakan ketika itu adalah bila nak sampai ke hujung jalan. Terima kasih kepada Redzlan, pelajar UMK yang mempunyai pemikiran yang sangat positif. Hanya zikir ‘ dekat lagi nak sampai’ dekat ditelinga membantu saya sentiasa bersabar dan tekad berjalan ke garisan penamat. Memang letih, Allah SWT sahaja yang tahu. Bayangkan, tidak bercakap saya buat seketika semata-mata ‘mencari titik fokus’ dalam berjalan.

Akhirnya, sampai juga. Memang puas berjalan. Cuma, macam mana si ‘Ashik’ boleh tahan sebuah kereta ke garisan tamat, tidak adil.

Saudari Siti Mariani Hamlin atau Ninie

Si kembar yang riang

Kebetulan yang indah sepanjang 24 tahun bernafas. Tak sangka, Maha Besar kuasa Allah SWT mencipta makhluk-Nya ‘litaa’rafu’ (berkenalan). Permulaan mendaki puncak Borneo meninggalkan sejarah baru dalam hidup saya, mungkin boleh kata ‘kami’. Siti Mariani Hamlin atau Ninie, koordinator sebaya saya. Mempunyai tarikh lahir yang sama. Sangat menakjubkan! Lebih ajaib, Ninie yang sentiasa riang dan ‘macam’ tiada masalah.

Ini persamaan kami, Ninie 850721-13-6030 dan saya 850721-08-6029. Kebetulan-kebetulan!

Nampaknya sambutan hari lahir selepas ini bakal disambut lebih meriah dan perlu sediakan 2 hadiah untuk 1 tarikh lahir. Suka-suka.

Kezahiran yang sepatutnya dizahirkan

Ini isi hati saya. Tahniah dan teruskan menzahirkan sesuatu ketentuan supaya ‘adik-adik’ tidak leka. Saya bangga! Urusetia yang tidak lekang mengingatkan keseluruhan peserta supaya ‘beringat’ dan kepada yang Muslim harus menjaga solatnya. Saya percaya, tercabar dan mungkin terkeliru kita soal solat kita selama 12 hari mengembara. Nasihat saya, banyak membaca dan bertanya serta jangan keliru dan malu dengan agama Islam ini. Duduk dan belajarlah walaupun satu!

1 Malaysia dan salam segala salam

Saya bertanya pada diri, kalau sapaan ‘Assalamua’alaikum’ jawabnya ‘Waa’alaikumussalam’. Bagaimana salam selain daripada ini harus dijawab dan apa jawapannya? Ketawa mereka apabila saya bertanya. Begitulah suasana yang sangat berbeza disana. Bermula daripada batang tubuh manusianya sehingga kata-kata mereka. Pengalaman baru juga.

Kritikan dalam nasihat untuk anak muda

Saya berpeluang berkongsi pendapat yang tak seberapa bersama mereka ketika asyik membentangkan hujahan mengenai beruang, pemimpin, berbincang dan sebagainya. Sangat seronok sangat memerhati mereka. Teringat zaman darah ‘manis’ dahulu. Maksud saya, darah anak muda berbicara. Saya bangga dikalangan mereka bijak dan sangat relevan dalam berhujah, lagi-lagi hujahan melalui fakta. Sedih juga kerana disebabkan darah muda dan terlalu lantang menegakkan kesalahan, kita kelihatan seperti ‘tidak membaca buku’.

Pemimpin mesti tajam dalam membaca isu dan sentiasa berlapang dada. Sasaran harus tepat dan sabar dalam melepaskan panahan seperti aktiviti kembara UNIMAS di Kolej TAZ. Anda memahaminya!

Muka ganas, air mata tetap mengalir

Seperti biasa. Siapa suka dengan perpisahan. Itulah kehidupan. Tiada yang kekal. Walaupun 12 hari itu terasa seperti 12 bulan diawal kehadiran, akhirnya kunjung tiba dalam sekelip mata. Inilah persahabatan. Cuma apa yang saya dambakan hanyalah kita juga akan menangis bangga di alam yang kekal sana. Ingatlah, kawan-kawan yang baik adalah kawan-kawan yang tidak sanggup melihat kita silap dan terus melakukan kesilapan. Itu kawan bernama sahabat.

Bergambar kenangan bersama saudara Kudin

Sahabat sefikrah dan gelaran Abang Long

Saudara Kudin, nama yang saya akan ingat dan rindu. Insan yang sentiasa bercerita dan berkongsi soal agama dan kebimbangannya. Saya harus bangga dengan anak muda kelahiran Baling ini. Kudin merupakan pelajar di UKM. Begitu juga sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Seperti saudara Bismi, saudara Sudin dan yang lain-lain. Tiap kali ada ruang kosong bijak sahaja mereka ini mengisi pengisian rohaniah secara bersama. Terkadang berkongsi pandangan. Saudara Kudinlah orang pertama memberi gelarab Abang Long dan tidak sangka diketahui ramai. Rasa berumur pula. Apa-apa pun, terima kasih.

Tidak lupa juga bakat dalam lakonan. Memang hebat!

Akhiri kalam dengan serangkap pantun, dua pun boleh!

‘Waktu pagi matahari kembali cerah, awan pula mula tersenyum berseri, mohon ampun silap dan salah, terima kasih kalamku akhiri’. Moga bertemu lagi. Sesungguhnya kembara meninggalkan coretan kenangan baru dalam diari sang pengembara ini. Maaf salah dan keterlanjuran sifat dan perwatakan dalam kembara 12 hari ini. Sama-sama kita beristiqhfar dan berubah ke arah yang lebih baik.

Kembara.. Marvelous!!