Kembara Beijing Bermula

Bismillah.

Hari ini penulis ingin memulakan perkongsian mengenai Kembara Beijing yang bakal bermula jam 12.30 pagi hari ini. KLIA menjadi destinasi mula bagi penulis dan kawan-kawan. Kembara ini merupakan perjalanan ketiga penulis ke luar negara sepanjang pengajian di salah sebuah universiti di Negeri yang terkenal dengan slogan ‘Hobin Jang Hobin’ ini.

Alhamdulillah, penulis telah berpeluang sebelum ini ke Syiria, Thailand dan China (Beijing). Kesemuanya mempunyai hadaf ilmiah yang tersendiri. Sangat teruja!

Kembara Beijing ini merupakan inisiatif baru penulis bersama rakan-rakan. Syabas dan terima kasih penulis ucapkan kepada Faridh, Baitie dan Zati khususnya kerana istiqomah dan yakin dalam merealisasikan ‘perubahan’ ini, begitu juga kepada rakan-rakan yang lain secara umumnya.

Penulis sedar dan ‘nampak’ cabaran dalam melaksanakan ‘perubahan’ ini tetapi penulis percaya dengan sifat dan cara fikir rakan-rakan dalam menjayakan kembara seperti ini.

Kembara Beijing ini bakal menyaksikan pertemuan bersama 2 universiti terkemuka di Beijing. Lebih dramatik, penulis buat kali keduanya akan berhari raya (Eid Adha) di Kedutaan Malaysia di Beijing. Pengalaman baru! Universiti tersebut adalah ‘Beijing Foreign Studies University’ dan ‘ Beijing Language and Culture University’. Salam ukhwah untuk mahasiswa di 2 buah universiti ini.

Persiapan rasmi dan individu hampir selesai semuanya. Barangan universiti sebagai cenderamata telah pun dimasukkan ke dalam beg khas. Cuaca difahamkan sejuk sehingga mencecah negatif darjah celcius. Tentunya asyik jika berpeluang bermain dengan salji!

Doakan keselamatan dan kesihatan penulis dan rakan-rakan disana nanti. Insha Allah, 30 November 2009 penulis akan kembali semula ke tanah air. Semoga kembara ke Negara yang besar populasi penduduknya ini akan berhasil sesuatu hikmah yang dapat dikongsi bersama.

Beijing! Nantikan kedatangan kami.

2 thoughts on “Kembara Beijing Bermula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s