Kembara Beijing Bermula

Bismillah.

Hari ini penulis ingin memulakan perkongsian mengenai Kembara Beijing yang bakal bermula jam 12.30 pagi hari ini. KLIA menjadi destinasi mula bagi penulis dan kawan-kawan. Kembara ini merupakan perjalanan ketiga penulis ke luar negara sepanjang pengajian di salah sebuah universiti di Negeri yang terkenal dengan slogan ‘Hobin Jang Hobin’ ini.

Alhamdulillah, penulis telah berpeluang sebelum ini ke Syiria, Thailand dan China (Beijing). Kesemuanya mempunyai hadaf ilmiah yang tersendiri. Sangat teruja!

Kembara Beijing ini merupakan inisiatif baru penulis bersama rakan-rakan. Syabas dan terima kasih penulis ucapkan kepada Faridh, Baitie dan Zati khususnya kerana istiqomah dan yakin dalam merealisasikan ‘perubahan’ ini, begitu juga kepada rakan-rakan yang lain secara umumnya.

Penulis sedar dan ‘nampak’ cabaran dalam melaksanakan ‘perubahan’ ini tetapi penulis percaya dengan sifat dan cara fikir rakan-rakan dalam menjayakan kembara seperti ini.

Kembara Beijing ini bakal menyaksikan pertemuan bersama 2 universiti terkemuka di Beijing. Lebih dramatik, penulis buat kali keduanya akan berhari raya (Eid Adha) di Kedutaan Malaysia di Beijing. Pengalaman baru! Universiti tersebut adalah ‘Beijing Foreign Studies University’ dan ‘ Beijing Language and Culture University’. Salam ukhwah untuk mahasiswa di 2 buah universiti ini.

Persiapan rasmi dan individu hampir selesai semuanya. Barangan universiti sebagai cenderamata telah pun dimasukkan ke dalam beg khas. Cuaca difahamkan sejuk sehingga mencecah negatif darjah celcius. Tentunya asyik jika berpeluang bermain dengan salji!

Doakan keselamatan dan kesihatan penulis dan rakan-rakan disana nanti. Insha Allah, 30 November 2009 penulis akan kembali semula ke tanah air. Semoga kembara ke Negara yang besar populasi penduduknya ini akan berhasil sesuatu hikmah yang dapat dikongsi bersama.

Beijing! Nantikan kedatangan kami.

Sinar Harian : Israel intip maklumat orang Islam menerusi Facebook

fb

Facebook

DUBAI – Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis.

Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux.

“Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5981596.asp

Balik Kampung Dengan KTM

Bismillah.

Perjalanan pulang bercuti memakan masa hampir 3 jam lamanya. Penulis hanya menunggu kertas peperiksaan terakhir pada 16 Nov 2009, Isnin depan. Bukanlah bermaksud balik bercuti ini tiada kerja sepatutnya yang harus dibuat. Tentunya ada.

9.00 pagi mula bertolak menaiki KTM Berhad menuju terus ke stesen terakhir di Tanjung Malim. Transit selama hampir setengah jam di Stesen KTM Rawang.

Lama rasanya tidak menaiki kenderaan awam. Pelbagai reaksi manusia atau masyarakat dapat penulis lihat dan dengar. Pengalaman biasa, jarang-jarang ‘orang Melayu’ sembang dalam KTM dan berbeza dengan bangsa lain. Sembang macam nak bagi tahu semua orang, masalahnya tak dapat nak faham. Cina dengan bahasanya dan India dengan bahasanya.

Meriah sepanjang perjalanan dalam keretapi tadi. Kalaulah ada penterjemah, tentu kami sama-sama meraikan gelak tawa dalam sembang-sembang mereka itu.

Tepat jam 12.30 tengahari, sampai di Stesen Tanjung Malim. Cabar diri untuk berjalan kaki ke rumah. Stesen tidaklah begitu jauh daripada stesen tersebut. Rasa macam zaman persekolahan dulu, balik sekolah jalan kaki. Ada satu pengalaman, balik sekolah tak terus ke rumah. Singgah rumah kawan main ‘game’.

‘Kantoi’ dan kena belasah ala-ala ‘boxing’ dengan mak ayah. Pengalaman mengajar erti kehidupan.

Setiba dirumah, kelihatan si kecil Wazif dengan baju skuad ‘Chelsea’, Adebayor. Si kecil berkepala botak ini memang mengasyikkan.

Okey, ada ‘first’ aktiviti bersama ‘mum and dad’. Jalan-jalan kenduri di Sungai Buloh. Jumpa lagi semua.

Seronok apabila ada masa dan ruang mengembara. Nanti cerita penulis di bumi China dan Sarawak nanti.

Sangat teruja.

Ustaz Najib Taha Akhiri Zaman Bujang

Ustaz Najib dan isteriBismillah.

8 Nov 2009 (Ahad) – Esok, sahabat baik kami, Ustaz Mohd Najib Taha akan mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang kekasih pilihan hidupnya yang juga berasal dari Jerantut, Pahang. Ustaz Mohd Najib Taha atau dikenali denagn Ustaz Najib berasal dari Raub, Pahang.

Difahamkan juga, ‘orang rumah’ beliau juga merupakan rakan seuniversiti di Bandar Baru Nilai, iaitu USIM. Perkahwinan ini membuktikan pasangan ini benar-benar nekad mengakhiri zaman bujang mereka ketika masih diwaktu pengkuliahan.

Seluruh sahabat, ‘adik-beradik’ dan barisan MPP mengucapkan Selamat Pengantin Baru, moga bahagia selamanya dan istiqamah dengan perjuangan dihadapan.

Untuk makluman semua, kenduri dirumah pengantin muslimat di Jerantut pada 8 Nov 2009, yakni esok dan dirumah Ustaz Mohd Najib pada 21 Nov 2009.

‘Ana’ follow ‘enta’ dari belakang…

Kelate Akur Kehebatan Nogri Sembilan

Gomo Kelate Gomo

Gomo Kelate Gomo

Bismillah.

Malam ini menyaksikan pertembungan antara Kelantan dan Negeri Sembilan dalam merebut Piala Malaysia 2009. Kedua-dua ternyata hebat dalam mempamerkan aksi dalam separuh masa pertama. Kedudukan terkini setelah wisel separuh masa pertama ditiup menyaksikan Negeri Sembilan mennyumbat 1 gol hasil sepakan kencang.

Ulasan awal, cuaca hujan agak lebat membantutkan sedikit corak permainan kedua-dua pasukan. Pasukan Negeri Sembilan begitu terancang dan dramtik dalam mempamerkan permainan pada malam ini. Kelatan masih lagi mencari-cari corak permainan.

Sambung perlawanan separuh masa kedua.

Alamak! Baru mula dah gol. Apa cerita ini? Kelatan masih 0, Negeri Sembilan berjaya menggegarkan gawang Kelatan dua kali, 2 gol. Gol kedua telah ditanduk cantik oleh penyerang Negeri Sembilan, Hairuddin. Tergamam penjaga gol Kelatan. Seperti biasa, penyokong mulai agresif dengan bermain mercun seperti di hari raya.

Disebabkan kesilapan pemain pertahanan Negeri Sembilan, penyerang Negeri Sembilan menyepak sepakan penalti dengan mengelirukan penjaga gol Kelantan. Apa dah jadi dengan skuad ‘Red Devil’ Malaya ini.

Sedikit persembahan permainan yang tidak memuaskan sehingga hampir ke minit terakhir. Hantaran tidak tepat dan sentiasan terlepas (sebab hujan kot), asakan ganas, aksi solo dan macam-macam lagi.

Sekarang ini masih kekal 0 bagi Kelantan dan 3 bagi Negeri Sembilan. Nampaknya, penyokong Kelantan dah mula meninggalkan stadium kerana mungkin esok tidak jadi cuti umum (meraikan jika Kelantan bergelar juara).

Kelantan masih lagi mencari rentak permainan. Tapi sampai bila? Masa pun nak habis ini.

Masa hanya tinggal 4 minit sahaja lagi. Selayaknya dinobatkan Negeri Sembilan berjaya sebagai juara baru Piala Malaysia 2009 kali. Tahniah diucapkan. Pasukan Kelantan, harus muhasabah. Meskipun dua kali berjaya layak ke perlawanan akhir, namun corak permainan dan konsisten dalam mengawal bola mestilah diperbaiki sebaiknya.

Indra Putra berjaya membuktikan beliau penjaring terbanyak dengan sepakan percuma yang memberi 1 gol istimewa untuk Kelantan. Kedudukan kekal sehingga tiupan wisel penamat, Kelantan 1 dan Negeri Sembilan 3.

Ini terbukti bukan ‘one men show’ titik penentuan kejayaan, konsep berjemaah dalam mencari gol sang Juara adalah formula terbaik. Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan, anda memang hebat. Kami bangga berada dibawah negeri ini (warga USIM). Buat skuad Kelantan, cuba lagi.

(Malam ini penulis sebagai penyokong skuad Kelantan, kalah. Amat sedih.)

Resolusi 10 Sidang Pleno

Bismillah.

Berikut adalah 10 resolusi sidang pleno yang bakal dibentangkan bersama Pegawai Kanan USIM:-

1- PENDIRIAN USIM TERHADAP PINDAAN AUKU (2009) DAN PENGAPLIKASIAN TERHADAP WARGA USIM SECARA KOLEKTIF

2- KAJIAN SEMULA TERHADAP KEBERKESANAN DAN PEMAHAMAN SISTEM PENGURUSAN DI USIM

3- PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKKAN SISTEM PENGURUSAN AKADEMIK YANG SEDIA ADA

4- PEMERKASAAN SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN YANG MELIBATKAN PERBELANJAAN PELAJAR

5- USIM SEBAGAI QUDWAH KEPADA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM YANG SEBENAR

6- PENUBUHAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN MAHASISWA USIM (JPMU) SEBAGAI MEDIUM PENGIMBANG SUMBANGAN MAHASISWA

7- PEMERKASAAN ETIKA PEMAKAIAN DAN SAHSIAH DIRI TANPA MENGIRA JANTINA

8- MEMANTAPKAN KEGIATAN KEROHANIAN DALAM MENDEPANI MASALAH SOSIAL YANG MERUNCING

9- PENGGALAKAN PENGLIBATAN WARGA KAMPUS DALAM AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI

10- AGENDA BERTINDAK DAN PEMURNIAN RESOLUSI MELALUI SIDANG PLENO

Ahli Persidangan Sidang Pleno

Sempena KARSIS 2009