Seminggu Sebelum ‘Exam’

Bismillah.

2 Okt 2009 (rabu), pelajar USIM terutamanya akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2009/2010. Rata-rata pelajar sedang sibuk dengan mentelaah pelajaran dan mengumpul nota-nota berkaiatan sebelum peperiksaan bermula.

Ada yang baru nak mula study dan ada yang dah lama study dan menunggu masa untuk ‘meluahkan’ dalam kertas peperiksaan.

Senario peperiksaan terkadang dramatik dan menyeronokkan. Pelbagai reaksi dapat kita sama-sama lihat terutama dikalangan kawan kelas. Yang dahulunya tak pernah nampak di kelas, hari berkawan rapat. Sungguh pelik.

Keputusan peperiksaan merupakan tanda aras kepada tahap pencapaian (bukan kefahaman) seseorang pelajar di alam pengajian. Impian memperolehi keputusan terbaik merupakan suatu mimpi indah. Mimpi yang terkadang yang membuatkan kita rasa gembira dan tenang.

Begitu juga cerita ‘mereka’ gemar ulangkaji diakhir waktu. Kata mereka mudah nak ingat dan tidak lama untuk menunggu untuk diluahkan dalam dewan peperiksaan. Kalau ulangkaji awal takut-takut ilmu itu akan hilang. Macam-macam teori yang seakan alasan semata-mata. Mungkin ada benarnya.

Seminggu sebelum ‘exam’ ini, penulis lebih mementingkan soal ketenangan dalam strategik kita dalam mencapai mimpi indah tersebut. Bukan masanya kita ‘pulun’ sampai kehidupan menjadi tidak tentu arah. Study hingga lewat pagi, soal ibadah kita tidak endah. Sangat rugi.

Kedua, soal keberkatan. Kita nak pakai lama ilmu yang ada ini. Bukan hanya untuk esok semata-mata. Keberkatan ini milik Allah SWT, jadi kenalah ikut aturannya. Dengan keberkatan ini juga mampu membuka minda dan mata dalam peperiksaan jika kita mengalami gangguan seperti terlupa dan sebagainya.

Kejayaan bukanlah di garisan terakhir, kejayaan merupakan kutipan mutiara disepanjang perjalanan memperolehi kejayaan tersebut. Anda mungkin faham apa yang penulis maksudkan? Jadikan apa sahaja ‘dapatan’ kita dalam hidup ini sebagai suatu trofi kejayaan supaya kita mampu memungkinkan kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan yang diperolehi sekarang.

Akhir kalam, sempena peperiksaan semester, janganlah kita merasakan ‘down’ dan mungkin keliru dengan erti sebuah kejayaan. Kerna kejayaan itu mampu kita rancang. Selamat menduduki peperiksaan, moga maju jaya.

4 thoughts on “Seminggu Sebelum ‘Exam’

  1. Salam perpaduan daripada MPPUTHM…. semoga mendapat keputusan yang baik dalam exam mendatang… salam mahasiswa/i UTHM kepada mahasiswa/i USIM….. daripada YDP MPPUTHM

  2. Salam ..Semoge sukses selalu ya. Entri menarik. terse pulak bile sentuh bab saat2 akhir nih … MUngkin masih di tahap tahu. tahu bhw x elok begitu, Tapi belum mecapai sedar. Sedar bahawa tak elok begitu … Apapun good luck la deh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s