Memo 23 VS Resolusi Sidang Pleno

Speaker Corner at KARSIS 2009

Speaker Corner at KARSIS 2009

Bismillah.

Hari ini dalam sejarah. Saya berpeluang berdiri dipentas Speaker Corner menyatakan hasrat baharu golongan muda dikalangan pemimpin pelajar USIM hasil resolusi bersama dalam sidang pleno pada ahad lepas.

Tahniah sekali lagi kepada barisan penganjur KARSIS 2009 yang dipimpin oleh saudara Najid dan saudari Ainul.

Resolusi ini merupakan hasrat murni barisan kepimpinan badan-badan pelajar di USIM yang ingin melihat kematangan warna warga USIM dalam mencorak kebaikan sempena 10 tahun penubuhan USIM ini.

Untuk makluman, resolusi tersebut bakal dibentangkan dihadapan pihak pengurusan terutama dihadapan Naib Canselor setelah mendapat ‘green light’ beliau. “Kita akan adakan pertemuan tersebut”, respon daripada Naib Canselor selepas saya menghadiri mesyuarat (mesyuarat kebajikan) bersama beliau sebentar tadi di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.

Insha Allah, sebelum resolusi tersebut dibentangkan, komitmen ahli sidang pleno akan menyaring kembali dengan masak kesemua usul tersebut supaya tiada pertindihan berlaku.

Tidak dilupakan jua, Memo 23 MPP juga telah saya bentangkan secara langsung ketika sesi Speaker Corner tersebut. Ini komitmen MPP dalam memastikan kebajikan secara keseluruahan dapat ditangani. Namun, tidak semua hasrat kita di dunia ini akan berhasil dengan sekelip mata.

Saya harap hal ini kawan-kawan faham.

Cuma sejak kebelakangan ini, saya selalu dihujani pelbagai isu yang berkaitan pelajar teruatama isu moral dan kebajikan yang tidak pernah selesai dan memuaskan hati pelajar.

Memang susah kalau ingin memuaskan keinginan diri ini.

Seperti contoh, soal bas. Mungkin penegasan atau kepatuhan jadual bas yang ditetapkan. Analogi sinisnya, sama ada bas yang akan mengikut jadual hidup kita di kampus atau sebaliknya. Kita yang perlu mengikuti jadual bas yang telah ditetapkan setelah berkali-kali perbincangan dilakukan.

Sukar memahami orang muda pasca-modenisasi ini. Betul tak?

Menjawab mengenai masalah bas ini, pihak MPP dan pengurusan termasuk pihak yang berkaitan secara rapat seperti pelajar dan pemandu telah pun dipanggil untuk sama-sama berdiskusi. Apa cara terbaik menangani masalah tesebut.

Namun responnya masih sama bahkan semakin parah.

Pihak MPP berkali-kali dipanggil berbincang bagi menyelesaikan masalah ini. Sama ada bersama pihak pengurusan mahu pun turun padang bersama pelajar. Kadang, hasilnya berbalik kepada sikap atau budaya urus tadbir kehidupan seharian kita. Sedih sekiranya pelajar Islam tiada daya tahan. Sedih sangat.

Akhirnya, saya dan kawan-kawan bersedia membantu sekiranya perkara tersebut relevan buat masa sekarang untuk kebaikan bersama. Namun saya, mengharapkan agar pelajar matang dan rasional dalam tindakan.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita risaukan. FIkir-firkanlah… Maaf dipinta.

6 thoughts on “Memo 23 VS Resolusi Sidang Pleno

  1. kami dari pihak mahasiswa amat mengalu-alukan usul-usul yang dibentangkan mendapat feedback yang baik dari pihak pengurusan universiti. Diharapkan pihak MPP dapat meneruskan kecemerlangan tersebut untuk baki beberapa bulan sahaja lagi yang tinggal…Takbir…
    jangan Wat speker Conner kt Bagan Pinang k..huhu

  2. Syabas saya ucapkan kpd barisan MPP yg berjaya mengumpulkan kesemua badan pelajar bagi membincangkan persoalan dasar dan pelaksanaan usim scr matang. Diharap tidaklah hanya bergema di corong2 speaker ja…adios. Mantop!

  3. Salaam’alaikum, YB!

    Apa habaq? Sehat?

    Bercakap tentang Speaker Corner, minggu lepas saya ada dengaq sorang mahasiswa kita bersajak…..sangat unik! Tajuk dia lebih kurang “Kucing di Universitiku”…..sajaknya bermula dengan “Oh! Kucing”…..

    Apa-apa pun, saya sebenaqnya nak test samada ‘message’ saya ni sampai tak kat YB….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s