Bismillah.
Assalamua’alaikum WBT dan salam perubahan untuk sekalian mahasiswa/si USIM.
Alhamdulillah, hari ini kita telah melangkah beberapa langkah perubahan dengan lahirnya program Karnival Mahasiswa 2009 yang julung-julung kali diadakan oleh MPP USIM.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.
Karnival Mahasiswa 2009 ini atau dikenali sebagai KARSIS ini, merupakan satu usaha dan idea baharu daripada MPP dengan kerjasama badan-badan pelajar yang wujud di kampus USIM ini. Ianya merupakan medium yang bersifat berani dan matang dikalangan mahasiswa/si USIM dalam mencorak landskap waqi’iyah kampus, melukis zaman dan cetusan idea yang bersifat realistik dalam merealisasikan 10 tahun penubuhan USIM yang tercinta ini.
Kita percaya mahasiswa/si juga merupakan antara entiti yang maha penting dalam pembangunan sesebuah universiti.
Antara harapan baharu penganjuran KARSIS ini adalah untuk memastikan peranan dan tanggungjawab badan-badan pelajar di universiti dikenali dan disedari oleh mahasiswa/si di kampus. Tambahan, ia sebagai satu ‘sentuhan’ yang menjangkaui keseimbangan biasa dalam memberi mesej kepada pihak universiti.
Sidang Pleno menjadi bukti keseriusan badan-badan pelajar dalam membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan kecemerlangan sesebuah universiti dan sumbangan mahasiswa/si. Begitu juga, pengisian bersama masyarakat setempat melalui program Bakti Siswa (BAKSIS) di kawasan Batang Benar menjadi keutamaan bersama. Benarlah, daripada alam kampus kita turun kelapangan ummah.
Ini komitmen dan sumbangan mahasiwa/si yang ingin direalisasikan.
Saranan saya, bersempena 10 tahun penubuhan USIM dan penganjuran KARSIS kali ini, marilah sama-sama kita kearah membina ”kesarjanaan’ dikalangan mahasiswa/si USIM yang berani dan ilmiah dalam menghadapi cabaran dan harapan 10 tahun USIM yang akan datang. Jadikanlah medium KARSIS ini sebagai tempat kita berpencak dengan rasional.
Mahasiswa bersama dan berani memacu minda yang pragmatis. Insha Allah.
Muhammad Alif Ismail
Pingback: KARSIS ‘09 : MEMACU MINDA PRAGMATIS « Cipta Minda Baru