Tolonglah Serius!

Kehilangan Laptop!

Kehilangan Laptop!

Bismillah.

Selepas mendengar kes pecah rumah yang melibatkan kehilangan dikalangan pelajar menyebabkan saya agak terkilan dan tidak selesa dengan pengawasan yang ada di kawasan kolej tersebut.

Ziarah dan tinjauan peribadi saya ke rumah mangsa mendapati ada beberapa perkara yang sangat dan perlu diselesaikan segera bagi mencegah kejadian seperti ini berulang lagi.

Takziah dan tingkatkan sabar untuk mereka yang ditimpa musibah ini dan moga-moga Allah SWT membalasi perkara yang jauh lebih baik untuk kamu semua.

Keseriusan pihak bertanggungjawab dalam menangani kes seperti amat mengaburi pemahaman saya. Terima kasih saya ucapkan atas jawapan bernas  yang telah diberikan berikutan kes yang pertama saya fahami lepas.

Anda memang cekap dalam mengatur.

Cuma, soal keseriusan dan mekanisme yang realistik haruslah dikemukakan. Bukan hanya semata-mata menunding jari (yang manis kot) dan masalah pun tidak selesai dengan baik.

Hari ini hilang barang dan esok atau lusa hilang ‘tuan’ barang, baharu kita nak melatah. Insafilah semua.

Harapan saya (dengan nada amat-amat serius), realistik dalam memberi jalan penyelesaian mengenai kes yang sudah menjadi misteri dan mimpi ngeri dikalangan pelajar. Sejauh mana lagi ingin ditanam sifat sabar dan tawakal tanpa usaha (benar-benar) dikalangan pelajar jika hampir beribu hilang sekelip mata.

Bayangkan jika anda giliran mereka selepas ini? Bak kata Nabil, ‘lu pikir la sendiri’.

2 thoughts on “Tolonglah Serius!

  1. salam..

    saya adalah antara pelajar yang mendiami blok tersebut.blok yang diluar pagar kawalan.
    kami berharap pihak atasan dapat mengambil langkah sewajarnya agar segala kes sebegini dapat dielakkan.
    di mankah tindakan pihak usim jika perkara ini berulang lagi?mahu bertanggungjawab?
    mengapa menempatkan kami di tempat yang sebegitu?
    kami sebenarnya amat risau..bayangkan 7 laptop hilang dalam masa satu hari..dan dalam keadaan rumah yang terkunci!apa salah kami?

    jiran-jiran kami juga warga-warga asing yang sering membuatkan kami risau untuk pulang ke rumah setiap hari…cuba pihak atasan turun padang..lihat sendiri keadaan rumah-rumah kami..

    baru ni tingkat 8 kecurian,cube lihat tingkat 9, gelap dan penuh warga bangladesh..ap ni usim? tolonglah serius!!

    kami perempuan..keselamatan amat penting..

    inikah kegemilangan yang dicanang-canangkan?

  2. Sangat setuju! Terkejut juga bila dengar sampai 5buah laptop hilang. Setakat ini, rasanya yg plg slamat Nilam court. Semoga pihak berwajib memandang perkara ini dengan amat serius.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s