‘Bil taufiq wal najah fil imtihan’ – Daripada MPP USIM

Salam imtihan daripada MPP USIMAssalamua’laikum WRT WBT dan salam imtihan untuk semua pencipta ilmu

Bismillahirrahmanirrahim

Tarikh peperiksaan semester pertama sesi akademik 2009/2010 kian menjelma, iaitu bermula 2 November 2009 (Isnin). Sesungguhnya, penulis yakin dan percaya mahasiswa/si USIM telah bersedia menghadapinya. Tinggal lagi sekarang hanya melakukan persiapan terakhir.

Ukuran kejayaan bukanlah destinasi terakhir (konvokesyen), kejayaan merupakan mereka yang memperolehi ‘mutiara’ disepanjang menuju destinasi terakhir tersebut. Sama-samalah menginsafinya.

Apa makna sekiranya kita berjaya dengan keputusan yang cemerlang tetapi kita tidak mengenali kitab dan pengarang dalam bidang yang kita pelajari selama ini. Ukurlah sebaik mungkin kejayaan itu.

Akhir kalam, selamat menduduki peperiksaan. Moga-moga peperiksaan ini menjadi salah satu ‘mutiara yang bermakna’ sebelum kita bertemu di destinasi terakhir nanti.

Bil taufiq wal najah, amiin…

Tulus ikhlas daripada YDP dan rakan-rakan Exco MPP USIM

Advertisements

Seminggu Sebelum ‘Exam’

Bismillah.

2 Okt 2009 (rabu), pelajar USIM terutamanya akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2009/2010. Rata-rata pelajar sedang sibuk dengan mentelaah pelajaran dan mengumpul nota-nota berkaiatan sebelum peperiksaan bermula.

Ada yang baru nak mula study dan ada yang dah lama study dan menunggu masa untuk ‘meluahkan’ dalam kertas peperiksaan.

Senario peperiksaan terkadang dramatik dan menyeronokkan. Pelbagai reaksi dapat kita sama-sama lihat terutama dikalangan kawan kelas. Yang dahulunya tak pernah nampak di kelas, hari berkawan rapat. Sungguh pelik.

Keputusan peperiksaan merupakan tanda aras kepada tahap pencapaian (bukan kefahaman) seseorang pelajar di alam pengajian. Impian memperolehi keputusan terbaik merupakan suatu mimpi indah. Mimpi yang terkadang yang membuatkan kita rasa gembira dan tenang.

Begitu juga cerita ‘mereka’ gemar ulangkaji diakhir waktu. Kata mereka mudah nak ingat dan tidak lama untuk menunggu untuk diluahkan dalam dewan peperiksaan. Kalau ulangkaji awal takut-takut ilmu itu akan hilang. Macam-macam teori yang seakan alasan semata-mata. Mungkin ada benarnya.

Seminggu sebelum ‘exam’ ini, penulis lebih mementingkan soal ketenangan dalam strategik kita dalam mencapai mimpi indah tersebut. Bukan masanya kita ‘pulun’ sampai kehidupan menjadi tidak tentu arah. Study hingga lewat pagi, soal ibadah kita tidak endah. Sangat rugi.

Kedua, soal keberkatan. Kita nak pakai lama ilmu yang ada ini. Bukan hanya untuk esok semata-mata. Keberkatan ini milik Allah SWT, jadi kenalah ikut aturannya. Dengan keberkatan ini juga mampu membuka minda dan mata dalam peperiksaan jika kita mengalami gangguan seperti terlupa dan sebagainya.

Kejayaan bukanlah di garisan terakhir, kejayaan merupakan kutipan mutiara disepanjang perjalanan memperolehi kejayaan tersebut. Anda mungkin faham apa yang penulis maksudkan? Jadikan apa sahaja ‘dapatan’ kita dalam hidup ini sebagai suatu trofi kejayaan supaya kita mampu memungkinkan kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan yang diperolehi sekarang.

Akhir kalam, sempena peperiksaan semester, janganlah kita merasakan ‘down’ dan mungkin keliru dengan erti sebuah kejayaan. Kerna kejayaan itu mampu kita rancang. Selamat menduduki peperiksaan, moga maju jaya.

Ragam Hari Selesa

Bismillah.

Minggu ini minggu terakhir kuliah dan tutorial. Dalam masa yang sama terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama hal berkaitan MPP ini. Ahad lepas, sempat juga bergotong-royong di pejabat. Nampak juga ruangan kosong dalam pejabat. Sebenarnya, ada lagi perabot pejabat yang masih belum sampai sejak pindah ke bangunan ini.

Kembali cerita mengenai kesibukan minggu ini, hari ini baru sahaja selesaikan majlis bersama CEO VTLS yang hadir bagi sesi penyerahan lesen ‘virtua’ untuk kegunaan perpustakaan USIM. Kira ‘tuang’ jugalah kuliah Ust Syed dalam 2 jam hari ini. Macam ‘best’, faham-faham sahajalah.

Sebenarnya, mula daripada petang semalam lagi kami (budak SPM) membantu perpustakaan ‘set up’ tempat majlis. Memang mencabar, mengangkat meja dan kerusi daripada tingkat 4 ke tingkat 1, nasib baik ada makhluk lif ini. Pancit juga.

Majlis agak ‘simple’ tapi sangat menarik. TNC HEPA hadir mewakili USIM dalam ucapan perasmian beliau. Turut hadir juga Madam Putri (sifu kami), wakil dekan FST, Encik JJ (Jasmin Jaimon), pustakawan dan pelajar tahun akhir SPM. Segak dan menawan budak SPM hadir dalam majlis ini dengan pakaian korporat dan batik. Merah menawan.

Antara perkara baru lagi berani majlis ini, kedudukan tempat majlis yang mempunyai tema tersendiri. Bak kata Encik Hilmi, sama ada orang akan ‘follow’ atau orang akan ‘comment’ pusingan darjah kedudukan majlis ini. Ternyata, tiada masalah dengan idea tersebut malah majlis dapat diselesaikan dengan baik.

Begitu juga pengalaman berjumpa dan bersembang ringkas dengan CEO VTLS tersebut. Sangat ramah. Mana tidaknya, sekurang-kurangnya dapat juga ‘speaking’. Bukan apa, seronok berjumpa dengan mereka ini. Nak bercakap inggeris atau bahasa ini biarlah bercakap dengan masyarakatnya.

Majlis selesai. Ada satu lagi acara, ‘friendly’ futsal antara pelajar SPM dengan beberapa pensyarah FPQS seperti Dr. Adel. Cuma cuaca malam ini tak berapa mengizinkan. Hujan sangat lebat, tambah kilatnya. Sesungguhnya ada yang terbaik kita boleh buat malam ini kawan-kawan? Kita ‘deal’ lain kali pula.

Begitulah cerita hari selasa penulis dan ragam kawan-kawan. Penuh dengan drama. Sekian, bertemu lagi.

18 November 2009

Pembentangan Resolusi Sidang Pleno

Pembentangan Resolusi Sidang Pleno

Bismillah.

Hari ini dalam sejarah. Pembentangan resolusi sidang pleno bersempena Karnival Mahasiswa anjuran MPP baru-baru ini telah ditetapkan tarikhnya oleh pihak pengurusan.

Sumber makluman adalah melalui emel Timbalan Pendaftar HEP yang menyatakan Mesyuarat Pegawai Kanan Universiti (USIM) bersedia mendengar pembentangan resolusi tersebut.

Resolusi ini merupakan gagasan idea bersama MPP bersama badan-badan persatuan mahasiswa yang telah bersidang tempoh hari yang mana membincangkan harapan baharu mahasiswa sempena ulang tahun ke-10 penubuhan USIM tahun ini.

Antara skop perbincangan dalam pembentukkan resolusi tersebut adalah berkaitan Kepimpinan, Kebudayaan, Akademik, Etika dan Sahsiah, Kerohanian, Kebajikan, Sukan dan lain-lain.

“Kami ingin menyatakan hasrat bersama universiti  dan memastikan entiti penting (institusi kemahasiswaan USIM) telah bijak dan matang dalam sama-sama memastikan kecemerlangan universiti ini”, ujar seorang ahli sidang pleno tersebut.

Beberapa pertemuan akan diadakan kembali bagi memperhalusi kertas-kertas cadangan dan penambaikkan resolusi sidang pleno tersebut. Alasannya supaya idea ini benar-benar rasional dan realistik untuk diaplikasi kelak.

Menghitung 18 November 2009…

Pembentangan Kertas Kerja ‘Dakwah Siber Melalui Blog Dan Novel Islamik’

Bismillah.

Dijemput hadir rakan taulan di USIM atau di luar sana untuk sama-sama mendengar pembentangan kertas kerja daripada pelajar tahun akhir FPQS di Dewan Kuliah Utama, FPQS bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada 17 Oktober 2009 (Sabtu).

Penampilan pembentang daripada wakil kumpulan setiap kursus di FPQS iaitu Pengajian Quran dan Sunnah, Pengajian Quran dengan Multimedia dan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat.

Insha allah, saya akan mewakili kumpulan 14 (sesi pembentangan kedua) akan membentang tajuk ‘Dakwah Siber Melalui Blog Dan Novel Islamik’ dalam masa maksimum 10 minit.

Untuk makluman, pembentangan ini merupakan cetusan daripada subjek semester ketujuh pelajar tahun akhir FPQS iaitu Kajian Quran dan Hadis di Era ICT bersama Ustaz Syed Najihuddin.

Jom sama-sama mendengar pembentangan tersebut di SEMINAR KAJIAN QURAN DAN HADIS DI ERA ICT.

Open House

Kenangan raya 2009 di rumah Madam Putri

Kenangan raya 2009 di rumah Madam Putri

Bismillah.

Betullah kata kebanyakkan orang, di Malaysia sambutan Aidil Fitri sebulan. Kebetulan saya berpeluang semester ini bersama-sama kawan-kawan ke rumah terbuka pensyarah-pensyarah sekitar Bangi, Putrajaya dan Taman Melati (kalau tak silap). Sakan dan ramai yang hadir aktiviti rumah terbuka ini. Macam-macam jenis menu disediakan sama ada berkolesterol atau tidak.

Acara pertama kami (kawan-kawan dan saya) ke rumah Puan Putri, kira otai bagi pelajar Sunnah dengan Pengurusan Maklumat di USIM. Hampir setiap semester kami berpeluang belajar dengan beliau, seorang yang sangat konsisten dengan kerja dan pengalaman yang luas dalam bidang keperpustakaan ini.

Terima kasih kepada Puan.

Suasana rumah terbuka di rumah beliau memang meriah, hampir kesemua pelajar semester ini (yang beliau mengajar sahaja) hadir menyerikan lagi rumah terbuka ini. Kami juga kebetulan dapat berjumpa dengan kawan Puan iaitu Naib Canselor UPM yang turut hadir bersama keluarga.

Otai bertemu otai, memang sentimental. Sekurang-kurangnya kami menggambarkan bagaimana ‘pembinaan’ pengaruh itu penting lagi berharga. Selesai di rumah Puan kami berehat solat zohor di surau berdekatan.

Kali ini, misi ziarah raya masih diteruskan cuma agar hambar sedikit sebab ada diantara kami tak dapat ‘join’ bersama kerana sibuk dengan hal peribadi lagi ‘privacy’. Faham-faham sahajalah.

Dah macam diari pula laman blog ini, mudah-mudahan ada manfaat dalam mengasah penulisan.

Seterusnya ke rumah Madam Amy, pensyarah yang ‘agak’ agrang sebenarnya tapi sangat ‘sporting’ dengan pelajar. Diawal semester dahulu sempat belajar bahasa inggeris dengan beliau. Ada satu masa, memang kena ‘tibai’ sebab tak sediakan apa yang beliau kehendaki dalam pembentangan. Bahasa-bahasa. Lagi sensitif jika perkataan ‘MUET’ disebut berulang-ulang.

Pelajar USIM harus skor dalam ‘MUET’ tahun ini, lagi-lagi pelajar tahun akhir.

Perbualan kami dirumah Madam rancak juga, Madam yang ‘sporting’ memang ‘best’ kalau dapat bersembang. Lama tak jumpa dengan beliau walau satu universiti, sampai dah ‘agak’ besar anak bongsu Madam sekarang. Dulu masih dalam pantang. Cepat putaran dunia ini.

Apa-apa, terima kasih Madam. Doakan kami cemerlang lagi-lagi ‘MUET’ nanti.

Okey, sebelum masuk Tutorial 6.30 petang, ‘last story’ beraya di rumah terbuka Sifu Braille, Cikgu Zakaria. Nyaris-nyaris silap jalan dan silap rumah. Mana tidaknya, tetamu paling awal datang dan hampir tak dikenali oleh tuan rumah.

Malu alah juga. Nasib berbaloi.

Berbaloi sebab pertamanya makanan dan minuman ikut kelas A, daging kambing, cendul manis, ikan patin masak tempoyak yeop dan macam-macam. Kedua, Cikgu kenalkan kami dengan SU Dewan Negara. Orang besar ini, dalam hati saya menyata. Rupa-rupanya, benar dan bukan setakat orang besar, badan beliau pun agak besar dan sihat. Dato’ Zamani yang juga Penasihat PERTIS.

Peruk memang dah kenyang, perjalanan pulang ke Nilai malam tu hampir 1 jam. Tambahan keadaan jalan raya di kawasan Pandan Indah sesak teruk. Nsib naik ‘kuda kepang putih’ ini, boleh menyelit macam Mat Rempit.

Alhamdulillah, hari yang penuh dengan pengalaman dan mencari sekelumit ketenangan. Ketenangan dalam kesibukan. Jumpa di rumah terbuka yang lain pula nanti.

Salam ketenangan untuk semua .

PRK Bermula

Pilihanraya Kampus Bermula!

Pilihanraya Kampus Bermula!

Bismillah.

Bermula bulan Oktober 2009 sehingga awal tahun 2010, suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) kian terasa dibeberapa kampus IPT di negara ini. Tentunya, pengundi dikalangan mahasiswa bakal mencatat sejarah manis dan pahit dalam penentuan kepimpinan baharu. Anda bijak memilihnya.

Daripada beberapa tulisan media, kampus UNIMAP dan UUM telah mendahului acara PRK tahun ini. Ternyata, pelbagai isu dan reaksi bakal terpapar untuk tontonan umum masyarakat kampus khususnya dan luar kampus umumnya. Reaksi ini sangat positif bagi pandangan peribadi saya kerana sedikit sebanyak memberi pilihan kepada mahasiswa untuk menilai.

Bagi kepimpinan MPP yang lama, teruskan usaha dan selesaikan perancangan terakhir supaya kita sama-sama meninggalkan ‘sunnah al-hasanah’ kepada orang baharu. Sesungguhnya anda telah memulakan satu langkah, langkah untuk langkah seterusnya.