Raya 2009 Syahdu Lagi Meriah

Salam raya daripada keluarga Ismail dan Masitah

Salam raya daripada keluarga Ismail dan Masitah

Bismillah.

Assalamua’laikum WBT dan salam ukhwah di bulan Syawal Al-Mubarak.

Alhamdulillah, tahun ni kita semua dapat lagi merasai nikmat Hari Raya, Eid Fitri Al-Mubarak. Pelbagai suasana dan rasa dapat kita lihat dan rasa. Tangisan, bangga, syahdu, meriah lagi sebagainya.

Tahun ni, raya aku di kampung nenek amat syahdu lagi meriah. Warna-warni begitu kelihatan, oren, hijau, ungu, merah dan sebagainya. Macam pelangi kebahagiaan.

Bukan senang nak rasa bahagia dalam berkeluarga ni, lagi-lagi keluarga yang besar. Perangai, memang macam-macam. Begitu fitrah Ilahi, datangnya Eid Fitri ni menyatukan semua perkara, baik perangai yang berbeza mahupun cara fikir yang bertentangan.

Cuma, janganlah dilupai kenangan terindah di bulan Ramadhan yang baharu sahaja melabuhkan tirai kerahmatan dan keampunan. Moga amalan dan bekalan yang kita sama-sama dambakan di bulan al-Mubarak itu memberi kekuatan kepada untuk terus beramal dengan agama-Nya.

Berbalik cerita mengenai raya di kampung tadi, keluarga Pak Cik dan Mak Cik sebelah Mak kebanyakkannya berhari raya pertama di kampung nenek. Rumah nenek yang dahulunya agak sepi kini riuh macam kenduri. Meriah-meriah.

Budak-budak dengan ragamnya, orang dewasa dengan caranya dan tidak lupa yang berumur. Cara aksi dan fikir cukup berbeza.

Aktiviti bertambah meriah dengan bermulanya sesi bergambar, dah alang-alang semua dah macam model raya, terus diajak bergambar. Gambar sama warna, keluarga, menantu nenek, anak-anak nenek, cucu-cucu nenek dan sebagainya.

Kecoh dan huru-hara dalam keluarga yang agak besar ni memang biasa, lagi-lagi sepupu yang ramai-ramai ni kebanyakkannya masih budak-budak. Jadi, sebagai cucu sulong, letih juga nak ‘control’ budak-budak ni. Bersabar dalam tarbiyah itu penting.

Ehem, nak cerita apa lagi. Macam biasa, selesai sesi bergambar. Sesi ucapan otai keluarga yakni macam Pak Long. Nangis-nangis ni biasalah. Lelaki yang sejati mestilah boleh nangis macam perempuan, paling tidak pun mengalir air mata setitik.

Begitulah suasana hari raya. Ternyata kelebihan Syawal ni menyatukan hati insani. Seganas-ganas sahabat Nabi SAW pun akhirnya kembali kepada fitrah Islami seperti Umar al-Khattab RA, apatah lagi kita ni. Maafkanlah diri dan mereka di bulan Syawal ni.

Maha penting, biarlah dalam menyambut bulan kemenangan ni kita benar-benar rasa insaf dan syukur di atas kejayaan kita merealisasikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan dahulu.

Kita sama-sama doa moga amalan kita yang sedikit di bulan Ramadhan itu akan menjadi banyak dan berkat dengan kita senantiasa melakukannya.

Salam raya untuk semua dan eratkanlah hubungan sementara ‘mood’ raya ni masih segar dan bugar. Inilah masanya. Jangan tunggu.

Maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga, jemputlah ke rumah kalau lalu di Tanjung Malim, Perak ni…

One thought on “Raya 2009 Syahdu Lagi Meriah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s