Respon isu blog

Bismillah.

Assalamua’laikum WBT dan salam aidil fitri untuk semua.

Beberapa minggu sebelum menyambut Aidil Fitri, kampus USIM dilanda suatu ‘Protes Senyap’ terhadap satu jabatan yang dikatakan bertanggungjawab berkaitan isu halangan tanpa sebab atau penjelasan melayari laman-laman blog.

Tentunya isu dan protes ini mendapat tempat yang rapat lagi dekat dikalangan warganya terutama mahasiswa. Secara prinsip dan berdiri sebagai mahasiswa biasa di menara gading, juga tidak bersetuju dengan halangan tersebut tambahan ianya menimbulkan kekeliruan kerana tiada notis rasmi berkaitan isu tersebut.

Pihak MPP melalui emel peribadi YDP telah pun memohon penjelasan daripada pihak bertanggungjawab untuk memberi respon segera supaya warga kampus memahami situasi sebenar yang berlaku disebalik isu ini.

Pelbagai pandangan dan respon telah didengari. Insha Allah, moga isu berkaitan halangan ‘hak asasi’ untuk melayari laman-laman blog ini dapat diselesaikan dengan segera dan berakhir dengan baik.

Terima kasih saya ucapakan kepada mereka yang cakna dan rasional terhadap isu halangan melayari laman-laman blog di kampus USIM ini.

Yang Dipertua MPP USIM

 

Promosi: Karnival Mahasiswa 2009 USIM, julung-julung kali diadakan. Ini medan untuk mahasiswa berpencak. Sila layari http://www.karsis09.blogspot.com

Advertisements

Raya 2009 Syahdu Lagi Meriah

Salam raya daripada keluarga Ismail dan Masitah

Salam raya daripada keluarga Ismail dan Masitah

Bismillah.

Assalamua’laikum WBT dan salam ukhwah di bulan Syawal Al-Mubarak.

Alhamdulillah, tahun ni kita semua dapat lagi merasai nikmat Hari Raya, Eid Fitri Al-Mubarak. Pelbagai suasana dan rasa dapat kita lihat dan rasa. Tangisan, bangga, syahdu, meriah lagi sebagainya.

Tahun ni, raya aku di kampung nenek amat syahdu lagi meriah. Warna-warni begitu kelihatan, oren, hijau, ungu, merah dan sebagainya. Macam pelangi kebahagiaan.

Bukan senang nak rasa bahagia dalam berkeluarga ni, lagi-lagi keluarga yang besar. Perangai, memang macam-macam. Begitu fitrah Ilahi, datangnya Eid Fitri ni menyatukan semua perkara, baik perangai yang berbeza mahupun cara fikir yang bertentangan.

Cuma, janganlah dilupai kenangan terindah di bulan Ramadhan yang baharu sahaja melabuhkan tirai kerahmatan dan keampunan. Moga amalan dan bekalan yang kita sama-sama dambakan di bulan al-Mubarak itu memberi kekuatan kepada untuk terus beramal dengan agama-Nya.

Berbalik cerita mengenai raya di kampung tadi, keluarga Pak Cik dan Mak Cik sebelah Mak kebanyakkannya berhari raya pertama di kampung nenek. Rumah nenek yang dahulunya agak sepi kini riuh macam kenduri. Meriah-meriah.

Budak-budak dengan ragamnya, orang dewasa dengan caranya dan tidak lupa yang berumur. Cara aksi dan fikir cukup berbeza.

Aktiviti bertambah meriah dengan bermulanya sesi bergambar, dah alang-alang semua dah macam model raya, terus diajak bergambar. Gambar sama warna, keluarga, menantu nenek, anak-anak nenek, cucu-cucu nenek dan sebagainya.

Kecoh dan huru-hara dalam keluarga yang agak besar ni memang biasa, lagi-lagi sepupu yang ramai-ramai ni kebanyakkannya masih budak-budak. Jadi, sebagai cucu sulong, letih juga nak ‘control’ budak-budak ni. Bersabar dalam tarbiyah itu penting.

Ehem, nak cerita apa lagi. Macam biasa, selesai sesi bergambar. Sesi ucapan otai keluarga yakni macam Pak Long. Nangis-nangis ni biasalah. Lelaki yang sejati mestilah boleh nangis macam perempuan, paling tidak pun mengalir air mata setitik.

Begitulah suasana hari raya. Ternyata kelebihan Syawal ni menyatukan hati insani. Seganas-ganas sahabat Nabi SAW pun akhirnya kembali kepada fitrah Islami seperti Umar al-Khattab RA, apatah lagi kita ni. Maafkanlah diri dan mereka di bulan Syawal ni.

Maha penting, biarlah dalam menyambut bulan kemenangan ni kita benar-benar rasa insaf dan syukur di atas kejayaan kita merealisasikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan dahulu.

Kita sama-sama doa moga amalan kita yang sedikit di bulan Ramadhan itu akan menjadi banyak dan berkat dengan kita senantiasa melakukannya.

Salam raya untuk semua dan eratkanlah hubungan sementara ‘mood’ raya ni masih segar dan bugar. Inilah masanya. Jangan tunggu.

Maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga, jemputlah ke rumah kalau lalu di Tanjung Malim, Perak ni…

Salam Eid Fitri Al-Mubarak

Assalamua’laikum WBT.

Praise be to Allah, The Creator and The Sustainer of the Worlds. Peace and Blessings be upon the Holy Prophet Muhammad S.A.W, his family and companions.

I feel grateful to Allah for giving me this opportunity experience a lot of wonderful moments with other USIM students throughout the most blessed month, Ramadhan al-Mubarak. As we all know, we have now reached the last 10 days of Ramadhan al-Mubarak. Within this time, our Creator, Allah SWT has promised us that whomsoever (His slave) performs their ibadah well; His Blessings and forgiveness will be upon him and will be kept away from the Hellfire (An-nar Jahannam). As a muslim, it is a loss and waste if we don’t grab this precious moment to get the Blessings from Him. Personally, I really hope that we will catch our train and will not miss the boat of Barakah even once. Let us strive together for our sake and our brothers and sisters in this world and in the hereafter.

In conjunction with the month of Ramadhan al-Mubarak and Eid Mubarak1430H, all the 24 members of Students’ Representative Council (SRC) 08/09 wish you a very happy and Blessed Eid Fitri. We hope, this Eid Fitri will bring us true happiness and blissfulness. Before going back to your home town, make sure that all your belongings including your private vehicles well taken care of. Also, make sure that the hostel or rented houses are in the very best condition before leaving Nilai.

In addition, we also hope that all USIM students will arrive at their ‘kampung’ safely. And for all international students, although this Eid will be different with celebrating it in your hometown, we hope, it will be an exciting and enjoyable experience. For those that will travel back, it is a must to take some precautions like servicing your cars/motorcycles before your journey. As a reminder, our life is one of the most priceless gifts, from Allah and it will not return back to us once it’s gone. Therefore, please take good care of yourself and beware of the threats like the H1N1 virus. Let us pray and ask from Him that we will be back at USIM campus in a good condition and continue our journey in seeking true knowledge.

وأخيراَ, قبل ان انهي كلامي، يشرفنى أن أبعث لشخصكم الكريم أحمل التهاني والتبريكات بمناسبة حلول عيد الفطري المبارك انشاء الله فى  اسبوع القادم ، أعاده الله عليكم بالخير والبركة، وكل عام وانتم بخير.