Siapkan Abstrak

DAKWAH SIBER MELALUI BLOG, NOVEL ISLAM DAN ANIMASI

 

Muhammad Alif Ismail, Mohd Shahmazan Othman, Zaati Hulwani Abdul Halim, Nurfateyhah Mohamad Zain, Khairah Abdul Rani, Siti Salmah Suliman, Maizatul Akma Mohamed, Nurul Huda Mohd Derus

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah, USIM, Kumpulan Tutorial TQC 2 (QAA 4023)

 

Abstrak

Abad ke-21 merupakan zaman kemajuan teknologi dan penguasaan maklumat dikalangan masyarakat. Pelbagai medium baharu diperkenalkan sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti Blog, Novel Islam dan Animasi. Usaha dakwah al-Qalam melalui wasilah kontemporari ini bertepatan dengan tuntutan firman Allah SWT yang menyeru ke arah jalan kebaikan dengan penuh hikmah dan peringatan yang baik. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dakwah secara siber ini melalui medium blog, novel Islam dan animasi. Golongan sasaran yang menjadi kajian perbincangan ini adalah golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Perbincangan kajian ini akan meliputi beberapa intipati penting yang mana memfokuskan kepada memperkenalkan pendekatan baharu dalam pembangunan modal insan, moral dan sosial dikalangan masyarakat, membuktikan Islam ini relevan sepanjang zaman dan sentiasa mengikut wahana dakwah semasa. Justeru, pembahagian perbincangan ini terbahagi kepada 7 bab termasuk pendahuluan dan penutup. Bab pertama membincangkan mengenai definisi tajuk kajian secara literal dan konseptual atau pembinaan skop. Bab kedua mengemukakan analisa dan hasil dapatan maklumat sebagai satu pemahaman dan perbandingan awal tajuk kajian. Bab ketiga membuktikan peranan atau fungsi yang wujud dalam medium dakwah seperti blog, novel Islam dan animasi ini. Bab keempat memberi perhatian terhadap kesan positif dan negatif terhadap pendekatan dakwah siber ini. Bab kelima merupakan bahagian yang terpenting yang mana beberapa saranan, cadangan penambahbaikkan dan resolusi baharu bakal dikemukan bagi membuktikan keberkesanan pendekatan dakwah al-Qalam melalui alam siber ini. Hasil kajian tajuk Dakwah Siber Melalui Blog, Novel Islam dan Animasi ini juga akan mengemukakan keberkesanan dan keseimbangan yang wujud dikalangan masyarakat yang hidup dizaman teknologi dan maklumat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s