Celoteh Panjang

Bismillah.

Apa khabar semua? Malam ini saya tidak pasti nak buat tugasan apa. Hakikatnya, memang banyak perkara yang perlu diselesaikan segera. Sedikit naluri malas menjalar dalam jiwa saya ketika ini, dengan inisiatif menulis ini saya harap akan mengurangkan sifat malas itu.

Ini bukan diari untuk saya luahkan rasa hati atas sebab persekitaran yang berubah. Namun ianya lebih kepada impian saya melihat suasana perubahan dalam jiwa sanubari dan cara fikir rakan-rakan di universiti. Mungkin satu cabaran baharu untuk kita semua atau sekadar sembang-sembang kopi maya melalui blog ini.

Terkadang lega dan lapang di benak fikiran apabila dapat menulis lagi meluahkan hasrat hati di penulisan maya ini.

Antara perkara yang saya selalu terfikir dan mungkin tak perlu fikir adalah bagaimana kita mampu membantu rakan-rakan untuk mengubah jadual kehidupan dan cara fikir supaya kita ini benar-benar diiktiraf sebagai Syabab Islam atau Pemuda-Pemudi atau MAHASISWA yang diinginkan oleh suasana dan masyarakat. Kita sering dengar, kita ini pencorak masyarak, agen perubahan dan sebagainya.

Namun, amalan kita tidaklah sekuat itu untuk mengesahkan kita ini agen perubahan atau sepertimana yang ‘orang-orang’ canangkan. Hari ini, kalau kita dapat perhatikan betul-betul, berapa banyak hidangan dan sajian hedonisme. Malah menu sajian itu mampu mempengaruhi golongan seperti kita ini yang mengakui intelek yang habibatnya di menara gading.

Sangat menyedihkan.

Apa salahnya sekiranya kita yang berada di menara gading ini memikirkan soal bagaimana mengenali figura-figura Islam dan Negara untuk disajikan kepada masyarakat kampus. Janganlah pula kita yang lebih-lebih dan bersemangat ke arah menu hedonisme ini sehingga menyebabkan budaya kekeliruan timbul dikalangan warga kampus. Salah atau hukumnya saya tak mahu disentuh kerana kita arif. Cuma elakkan kekeliruan dan kecelaruan fikrah dalam pemahaman terhadap sesuatu yang harus.

Oh! Panjang pula saya berceloteh kali ini.

One thought on “Celoteh Panjang

  1. salam

    sukar utk lihat MAHASISWA kini sepertimana apa yg kita harapkan. apapun, mudah2an kita semua tergolong dalam golongan syabab yg yg sts memperjuangan islam di bumi usim.
    jgn biarkan yg tertidur terus lena nmun, jga kan mereka dengan kalimah suci kita..waalau’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s