Tazkirah di KKNC: Flashback

Bismillah.

Pertama, terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur atas jemputan untuk memberi tazkirah mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Maaf sekiranya ada kesilapan dan tidak memenuhi tujuan jemputan tersebut.

Apa-apa pun, saya telah sedaya upaya mengupas isu dalam peristiwa tersebut dengan lebih dekat supaya para pendengar mampu memahami dengan mudah, Insha Allah.

Sekadar mengulangi beberapa perkara yang sempat disentuh dalam tazkirah satu jam itu. Beberapa sirah atau sejarah yang tercalit dalam lipatan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini, sama ada sebelum, semasa dan selepas berlakunya Isra’ dan Mi’raj.

Begitu juga tidak lupa hebatnya individu-individu yang lahir berikutan peristiwa bersejarah ini pada 27 Rejab 720 M. Antaranya, isteri Nabi Muhammad SAW yang hartawan lagi dermawan, bapa saudara baginda SAW, Salahuddin Al-Ayubi dan ramai lagi.

Rentetan daripada peristiwa bersejarah ini, Nabi Muhammad SAW telah ditarbiyah oleh Allah SWT dengan kehilangan teman yang sangat rapat lagi membantu kerja Islam diawal penyebaran agama Allah SWT ini. Kewafatan Siti Khadijah, pemergian Abu Talib, pergi ke Thoif dihina oleh penduduknya dan sebagainya.

Tarbiyah Allah SWT kepada kekasih-Nya adalah sangat dramatik. Bagaimana Allah SWT mengembirakan baginda SAW dengan berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Isra’ dari Masjid Al-haram ke Masjid Al-Aqsa dan Mi’raj dengan kenderaan bersama malaikat iaitu Bura’ ke langit-langit Allah SWT.

Perkara yang perlu diambil pengajaran bersama terutama golongan srikandi, anda haruslah mencontohi budi pekerti dan akhlak terpuji dikalangan srikandi di zaman Rasulullah SAW. Seperti mana yang biasa saya nasihatkan, walaupun kita tidak mampu untuk mencontohi seperti isteri Nabi Muhammad SAW itu, namun kita cuba dan terus mencuba meletakkan diri ‘in track’.

Akhir kalam, kuatkanlah amal ibadah sebagai tanda  ‘memberi’ kepada kawan-kawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s