Bersedia Untuk Menjadi Anak Panah

Bismillah.

Alhamdulillah, C-Fest Ketujuh telah selesai petang tadi dengan acara Majlis Perasmian Penutup oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, TNC (Akademik dan Antarabangsa). Tahniah dan syabas kepada semua terutamanya AJK C-Fest Ketujuh yang saya difahamkan seramai hampir 120 orang.

Anda memang hebat!

Peristiwa paling bersejarah dalam sambutan C-Fest Ketujuh kali ini adalah pencapaian Malaysia Book of Record. Mengarang esei Bahasa Arab seramai 1000 peserta dalam masa 1 jam setengah. Alhamdulillah, sambutan diluar jangkaan. Seramai 1450 peserta telah bersama-sama  membantu memecahkan rekod ini.

Sedikit sebanyak ini menunjukkan komitmen pelajar USIM dalam berbahasa terutamanya Bahasa Arab amat menggalakkan. Moga pencapaian ini membuktikan pelajar USIM juga mampu dan mempunyai daya bersaing bersama universiti tempatan yang lain.

Begitu juga dengan acara-acara yang lain. Sebentar tadi, saya sempat hadir program Reunion Bersama Alumni USIM yang telah berjaya. Jamuan ringkas telah diadakan dan sedikit sebanyak perkongsian idea dan pengalaman dapat dicurahkan kepada adik-adik di USIM ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Abang-Abang dan Kakak-Kakak semua.

Akhir kalam, moga sambutan C-Fest Ketujuh ini sedikit sebanyak memberi tanda sesungguhnya kami di USIM ini juga gembira dengan kejayaan senior-senior. Kekurangan dan kelebihan dalam penganjuran C-Fest kali ini semestinya ada, namun apa yang penting kita sama-sama mempelajarinya dan memikirkan kaedah penambaikkan di masa akan datang.

‘Generasi Aktif Menjana Perubahan’, ini tema yang telah kami ungkapakan. Moga kita sama-sama menghayatinya dengan aplikasi yang tersendiri. Ingatlah kata-kata Saad Bin Abi Waqas RA ini, ” Aku merupakan panah daripada panah-panah Islam, tujukanlah aku dimana saja yang engkau inginkan”. Panah ini adalah graduan dan kita yang telah bersedia dididik di bumi USIM, moga kita juga bersedia untuk diletakkan dimana-mana saja selepasa ini.

Kepada AJK C-Fest Ketujuh, jangan serik dengan cabaran, kesusahan ketika mana anda berada dalam penganjuran C-Fest ini, belajarlah sesuatu walaupun hanya satu perkara.

Anda memang hebat, tahniah dan terima kasih!

2 thoughts on “Bersedia Untuk Menjadi Anak Panah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s